Memaparkan catatan dengan label Sotong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sotong. Papar semua catatan

Isnin, 22 September 2014

SOTONG MANIS

Assalamualaikum..
Sinonimnya kalau kita masak lauk yang menggunakan kicap biasanya dipanggil masak kicap..Kalau kat Malaysia ni, saya rasa memang itulah istilah yang digunakan sama ada memasak daging , ikan ataupun yang sewaktu dengannya.
Adakalanya nak masak yang mudah2 pun macam buntu kan..[ada gangguan mood apabila nak memasak le ni..hihii].Hari tu dalam membelek resepi akibat kebuntuan,  jumpa pulak resepi yang cukup ringkas ni.Tapi saya tukarkan bahan asasnya daging kepada kepada sotong.Memang hilang terus kebuntuan tu.Mudahkan cerita, kalau kat Malaysia akan dipanggil Sotong Masak kicap.Tapi teringin nak try resepi dari majalah SEDAP ni, sebab penyediaan bahannya cukup ringkas sekali pada masa kejadian [sindrom buntu]...semuanya settle dengan pantasnya.Agenda penyelamat la ni...huhuu
SOTONG MANIS
Resepi Asal DAGING MANIS
Sumber Majalah Sedap

Bahan
400 gm sotong [resepi asal;daging lembut, potong 5x7x1/2cm]
2 cm halia, ketuk
3 biji cili merah besar, hiris bulat
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
500 ml air [untuk sotong, jika nak pekat, kurangkan air]
2 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan kisar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara membuat
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan halia sehingga terbit aroma.Msukkan cili, kacau sehingga setengah layu.
2.Masukkan daging/ sotong, kacau sehingga berubah warna.Masukkan kicap manis, garam, gula pasir dan serbuk lada sulah.Kacau rata.
3.Tuangkan air.Masak sehingga matang dan menyerap.[untuk sotong, saya tidak reneh terlalu lama, untuk mengelakkan sotong menjadi liat.


Sabtu, 23 Februari 2013

BISTIK SOTONG ANAK BANYAK


Assalamualaikum..
Selamat petang..Jumpa lagi hari ni alhamdulillah...
Cerah ceria hari ni, bolehlah ambil kesempatan melakukan aktiviti yang sesuai dengannya kan..

Hidangan sotong dari Damai Qalbu sebagai jamuan mata untuk rakan2 maya.Sotong ni pun dah lama habis.Resepinya ala2 masak kicap, cuma ada tambahan rempah ratus.Resepi asalnya adalah menggunakan daging, tapi sebab ada stock sotong je masa tu, makanya jadilah BISTIK SOTONG ANAK BANYAK.Boleh mencuba jika teringin nak rasa kan..

BISTIK SOTONG ANAK BANYAK
Resepi Asal:BISTIK ANAK BANYAK
Oleh:Fauziah Hassan (Majalah SAJI)
Olahan: rohaisha

Bahan-bahan:
400gm sotong (resepi asal ialah daging)
2 biji kentang | hiris & goreng (tak letak)
1 sudu besar rempah | tumbuk (saya kisar)
1 sudu kecil jintan manis | tumbuk (saya kisar)
1 sudu besar cili kisar
1/4 cawan kicap manis
Air secukupnya
1 tin kecil kacang pis | toskan airnya
1 labu bawang besar | hiris
1/4 cm halia tumbuk
3 ulas bawang merah |tumbuk
2 ulas bawang putih | tumbuk
1 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit air
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan:
1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
(Nota:Jika menggunakan daging, rebus terlebih dahulu daging dengan air secukupnya hingga lembut).
2.Masukkan rempah, jintan manis dan cili kacau lagi hingga masak.
3.Tuangkan sotong dan renehkan hingga kuah kering sedikit.
4.Tuangkan kicap, kacau rata.Masukkan bawang besar, kacang pis dan lada hitam.Kacau lagi hingga bawang layu.
5.Sebelum diangkat bolehlah dimasukkan kentang dan balik-balikkan sebentar.
6.Hidangkan bersama nasi atau roti.

Jumaat, 14 September 2012

SOTONG GORENG TOM YAM


Salam.
Beberapa hari lagi syawal meninggalkan kita.Semoga kita dapat bertemu lagi Syawal di tahun hadapan insyaAllah.
Dah bersarapan ke kawan2 semua  pagi ni?Mudah mudahan dapat menikmati sarapan yang enak2 dan berkhasiat.
Hari ni saya "keluarkan" menu sotong.Ni pun lauk time bulan puasa hari tu.Tiba gilirannya untuk ditayangkan hari ni..hehehe..lemau sudah!!.Ringkas je, tapi yakin enak sekali..Makan sekali, rasa nak lagi!!..selamat mencuba!!
SOTONG  GORENG TOM YAM
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
500gm sotong | potong
1 labu bawang besar | potong lapan
4 ulas bawang putih | ketuk
2 tangkai serai | ketuk
5 helai daun limau purut
1 paket perencah Tom Yam ADABI
1/2 biji cili capsicum merah | potong
1/2 biji cili capsicum hijau | potong
Cili padi secukupnya (jika mahu)
Cendawan tiram secukupnya
1 biji tomato | belah empat
Garam
Gula
Minyak untuk kmenumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga naik bau (jangan sampai layu sangat).
2.Masukkan pes tomyam ADABI.Kacau rata.
3.Masukkan sotong, cili capsicum dan daun limau purut.Kacau dan kuali tutup sebentar.
4.Masukkan cendawan dan tomato biji.Perasakan dengan garam dan sedikit gula, kacau rata.Tutup beberapa minit (jangan terlalu lama).
5.Matikan api dan hidang.

Sabtu, 30 Jun 2012

SOTONG UNGKEP


Salam manis semua, moga ceria-ceria bersama keluarga tersayang..
"Ramuannya mudah dan kelihatan ringkas", inilah dia masakan ungkep yang sinonim dengan masyarakat jawa.Cuma jika ada perbezaan di antara jawa berlainan  tempat pun, tidaklah begitu ketara.
Untuk resepi Ungkep Sotong  ni, saya dapatkannya dari sebuah majalah.Resepi asalnya adalah Ayam Ungkep.Resepi ni lebih kurang  sama dengan resepi yang saya selalu buat ni, cuma saya tak bubuh biji ketumbar dan jintan halus.

SOTONG UNGKEP
Sumber rujukan:Ayam Ungkep (Majalah Rasa)

Bahan-bahan:
12 ekor sotong | dibersihkan 
4 batang serai | ketuk
Sedikit serbuk kunyit (item ni saje saya tambah)
Air asam jawa secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk:
2  labu bawang besar
5cm kunyit hidup
5cm halia
2 sudu makan ketumbar* (pastikan ditumbuk lumat)
2 sudu makan jintan halus*

Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kunyit serta serai sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil bahan tumisan digaul rata agar tidak terlalu garing.Biarkan mendidih seketika.
3.Seterusmya masukkan sotong dan air secukupnya.Didihkan sehingga sotong empuk. (saya didihkan sebentar sahaja -tidak lebih dari 5 minit agar sotong tidak liat.)
4.Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. 


note:resepi asal ialah 4 ketul ayam dan ukuran bahan perencahnya adalah separuh adunan dari yang saya gunakan untuk masakan sotong ni.

Sabtu, 5 Mei 2012

SOTONG BERKUAH TELUR




Salam mahabbah..
Resepi ni memang selalu saya buat..yang paling suka ialah anak2 saya,kalau boleh nak ratah macam tu je..Lagi enak kalau kuahnya tidak terlalu banyak, tapi kalau kering sangat rasa cam tak best pulakkan...Sedang2 je lah senang cerita.Resepinya pun "senang cerita" gak.



SOTONG BERKUAH TELUR
resepi oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
600gm sotong | potong kecil
2 biji telur
1 labu bawang besar/holland | hiris
5 biji bawang merah | tumbuk
4 ulas bawang putih | tumbuk
4 tangkai cili besar | tumbuk  (2 lagi boleh buat hiasan jika mahu)
2cm halia | hiris halus memanjang
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 tankai serai| titik
1/2 -1 cawan air 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar halia dan serai, biarkan seketika.
2.Masukkan pula bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan serbuk kunyit dan sedikit gula.Kacau rata.
3.Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian barulah masukkan sotong.Kacau rata dan tutup kuali dalam masa 2-3 minit sahaja.(jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat)
4.Masukkan garam, sebatikan dan kacau rata.Kemudian pecahkan telur.Kacau sebentar/ sekadarnya.
5.Taburkan lebihan hirisan bawang besar/cili merah.Tutup api.




Khamis, 1 Mac 2012

SOTONG SUMBAT TAUFU BERKUAH




Assalamualaikum..
Selamat bersiaran di waktu petang yang cerah ceria...
Santapan yang nak dikongsikan ialah Sotong Sumbat Taufu Berkuah.Sotong yang dibeli ni memang besaaaar sangat, jadi saya dapat inspirasi yang dirasakan sesuai untuk menjadikan sotong ni  sebagai sotong sumbat.Resepi terhasil berdasarkan bahan-bahan yang ada kat dapur ni je..


Ni lah sotongnya, yg saiz besar punye..



SOTONG SUMBAT TAUFU BERKUAH
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
3 ekor sotong bersaiz besar | dibersihkan
1 paket taufu | dihancurkan sedikit (bergantung juga pada jumlah sotong)
1 biji telur
Sedikit daun ketumbar | cincang halus
Sedikit serbuk lada hitam
1 tangkai cili merah | buang biji dan potong dadu kecil
Garam
Lidi untuk mengepil sotong


*jika guna sotong yang kecil saya syorkan kurangkan penggunan taufu (kena agak2 jugelah), takut berlebih saja nanti.

Cara penyediaan:
1.Panaskan kukuskan dan didihkan air.
2.Satukan taufu lembut, telur, cili merah, serbuk lada hitam bersama garam.Kacau menggunakan whisk.
3.Sumbatkan bahan yang digaul tadi ke dalam sotong dan kepilkan hujung badan sotong menggunakan lidi agar isi yang disumbat tidak keluarkan.
4.Susun sotong ke dalam loyang yang sesuai secara menegak sedikit agar isinya tidak terkeluar.
5.Kukus selama 15-20  minit dan toskan.
6.Potong sotong dan ketepikan.

Bahan Kuah/Sos:
½ biji bawang Holland | cincang
2 ulas bawang putih | racik
2cm halia | racik
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil rempah kari
¼ sudu kecil serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cawan susu segar (jika suka kuah/sosnya agak pekat kurangkan yg ni)
4 biji limau kasturi | ambil jusnya

Cara  penyediaan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu.Kemudian masukkan serbuk kunyit, rempah kari dan daun kari.Kacau hingga pecah minyak sedikit.
2.Masukkan pula susu segar dan mayonis.Renehkan.
3.Setelah mendidih, perasakan sos dengan gula dan garam secukupnya diikuti serbuk lada hitam.Perahkan pula jus limau ke dalamnya dan matikan api.
4.Siramkan kuah/sos ke atas sotong yang telah dipotong dan hidangkan.


Selasa, 14 Februari 2012

KARI SOTONG BEREMPAH





Assalamualaikum...
Salam ceria di petang Selasa yang redup ini...Seminggu yang lepas makan sotong...hari ni sotong lagi...Jangan hari-hari makan sotong sudah...
"Pelbagaikan resepi sotong", itu yang saya suka..Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba...



KARI SOTONG BEREMPAH
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
600gm sotong | dikelar2 tapi tak putus
1 labu bawang besar | Cincang
4 ulas bawang putih | hiris
2 cm halia | Cincang dadu/halus
1 sudu kecil cili giling (terpulang kuantitinya ikut citarasa)
4 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk ketumbar *                 |
1 sudu kecil serbuk jintan putih *              | *dibancuh bersama dengan sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk rempah campuran* |
1sudu besar kicap manis
1 cawan air (Kurangkan air jika mahu kuah yang pekat)
2 tangkai daun kari
1 keping asam gelugor
2 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
Garam & gula secukupnya
Minyak

Cara menyediakan.:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga layu.Masukkan cili giling, bancuhan serbuk kari dan rempah2 tadi bersama daun kari.Tumiskan hingga naik minyak.
2.Masukkan kicap manis, air dan renehkan sebentar.Masukkan asam sotong dan asam gelugor.Kacau rata dan tutupkan kuali dengan tudung periuk seketika.(Jangan didihkan terlalu lama, nanti sotong menjai liat).
3.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Taburkan cili merah dan cili hijau.
4.Matikan api.


Khamis, 2 Februari 2012

SOTONG MASAK HITAM




Assalamualaikum...
Sesekali mengadap sotong memang syok..Nak makan setiap minggu tak elok juga kan  untuk kesihatan.Kena pulak kalau sotong-sotong tu bertelur...aduhhhh, sedapnya meratah telur2 tu..Bila selak banyak2 majalah, banyak kali saya jumpa resepi sotong masak hitam ni, tapi saya ambik yang simple je.Kebetulan masa nak masak ni kelam kabut sikit sebab agak terlewat memulakan tugas di dapur, so saya ambil je lah resepi yang agak mudah, janji sedap dimakan.Bila sotong ni dah mula terhidang, macam2 komen yang diberikan oleh anak-anak saya tentang 'kaler' sotong yang nak dijamah tu.Saya kata; "SEDAP.., jangan risau tentang warna sotong nie..".Nasib baik diaorang tak banyak kerenah..kira sedap lah tu..licin juga akhirnya, tak cakap lagi dah tentang 'kehitaman' sotong nie..Sedap apee!!





SOTONG MASAK HITAM
Resepi:Majalah SAJI

Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana besar | jangan buang dakwat
2 sudu kecil cili kisar (pedas mengikut kesukaan)
3 ulas bawang merah |kisar
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
2cm hali | dihiris nipis
1 batang serai | dititik
Sedikit minyak
Air
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1.Rebus sotong bersama-sama dengan hirisan halia dan serai.(Air rebusan hendaklah sama paras dengan sotong).Biarkan mendidih.
2.Selepas mendidih, masukkan cili dan bawang yang telah dikisar.Biarkan sehingga sotong empuk.
3.Setelah empuk, masukkan garam dan tuangkan minyak disekeliling kuali.
5.Biarkan sehingga mendidih dan kuah sedikit pekat sebelum diangkat.


Isnin, 2 Januari 2012

SOTONG GORENG TEPUNG




assalamualaikum...
Bagi penggemar sotong goreng tepung...jomlah try resepi simple ni...



SOTONG GORENG TEPUNG
Sumber:Rohaisha

Bahan-bahan:
6 ekor sotong
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kentucky
1 biji telur
Lada sulah secukupnya
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1-Sotong di potong cincin.
2-Toskan sotong yang telah dibasuh untuk keringkan airnya.
3-Gaulkan sotong dengan garam dan lada sulah.Kemudian pecahkan telur dan gaul hingga rata.
4-Dalam bekas lain, satukan tepung gandum dan tepung kentucky.
5-Ambil sotong satu persatu kemudian golekkan ke dalam tepung tadi dan terus goreng.
6-Goreng sotong hingga warna kekuningan sedikit dan tidak perlu digoreng lama.
7-Angkat dan hidangkan.

Jumaat, 23 Disember 2011

SOTONG BEREMPAH MADU





Assalamualaikum..
Minggu ni lauk saya sekeluarga memang banyak berasaskan seafood..Ni semua gara2 cik abang turun ke pasar borong.Macam2 ada & banyak pilihan, mungkin itu yang terlintas di hatinya kot!!.Biasanya kami beli ikan kat kedai runcit yang berhampiran ni je, ataupun...."pasar malam"..Jemu gak,asyik ikan yang sama; itulah yang diluahkannya.Tercari2 juga resepi sotong yang enak, dirasakan inilah resepi yang sememangnya lazat.Tapi memang ternyata lazat!!! Cubalah kalau tak percaya...Resepinya saya intai-intai kat dapur Kak Ayu Jalinan Rasa, dengan rasa gembiranya saya terus bertandang ke rumah Kak Dayang jack..nak bawa balik aroma rasa sotong ni.


SOTONG BEREMPAH MADU
Resepi:Dayang jack
Sumber:Yatie, Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan:
  • 400gm sotong basah (dibersihkan dan dipotong.Gaulkan bersama dengan sedikit kunyit dan garam.Kemudian rebus hingga 3/4 masak.Toskan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)-saya guna cili hijau
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar*
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih*
  • 1 sudu kecil jintas manis *(saya guna yang original & kisar) 
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya )-saya guna 1 biji limau nipis
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dengan 2 sudu besar air)
  • 3 sudu besar cili kering kisar/ cili giling

Bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas  

 Cara-cara:

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
2.Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3.Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih,serbuk jintan manis dan serbuk lada sulah.Kacau hingga sebati.
4.Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.Kacau lagi.Tambah sedikit air jika perlu.
5.Masukkan sotong, madu, cili merah, dan bawang besar.Gaulkan hingga kuahnya pekat dan barulah dimasukkan jus limau.(boleh tambah garam / gula jika perlu). 

***jika kurang pedas boleh tambah cili api
***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka