Memaparkan catatan dengan label udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label udang. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Mac 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food & UDANG MAYO ku...



Assalamualaikum..

Salam di pagi jumaat bagi penghulu segala hari..
Tetiba rasa nak join GA Tun Telani kita ni.Bertuah ke idak kedua punya cerita kan dek Tun...Sesiapa yang nak meriahkan GA Tun ni bolehlah jenguk link atas tu ye..Lagi ramai lagi lagi gamat..he he..

Syarat2 yang Tun senaraikan pun takde susah manapun..Sebab hari2 kita makan kan..Cuma pilih satu sajian yang jadi paberet tegar kita..hi hi..Cuba kita belek syarat2 kat bawah tu:

Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.

2 hadiah berikut menanti pemenang    (hadiah sorang satu ye.. jd akan ada 2 pemenang)

Buku resepi yg sgt awesome dgn gambar yg sgt cantik! 
                                                  Cupcakes, Cookies, and Coffee Cakes

Blissful Brownies

Tun, untuk penyertaan ni akak pilih sajian Udang Mayo yang menjadi peberet akak, malahan kami anak beranak.Walaupun kami tak selalu membeli udang, tetapi bila ada stock udang, masakan simple dan sedap inilah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.Apa yang menjadikannya sedap tu ye gaknye ye???Ada sape nak teka???

Series...mayonis tu lah yang menjadikan kuah udang ni enak dan berlemak..Berlemak tu!!!Hati2!!!..hehe..gurau je erk.Tapi jangan risaulah, kita bukan ambil hidangan mayonis ni setiap hari kan..Yang penting stock mayo dalam peti ais mesti ada..Lagi banyak mayo yang kita bubuh, laaaagilah enak rasa udang ni.Makan hingga menjilat2 kulit udang..Sesungguhnya!!

Untuk resepinya bolehlah lintas langsung di bawah tu ye, sebab belum pernah dibuat N3 sebagai rujukan.Manalah tahu ada yang teringin nak mencuba.InsyaAllah tak menghampakan.
UDANG MAYO
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
600gm udang
1 labu bawang besar holland/merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang halus
2 tangkai cili hijau | hiris
2 inci halia | hiris halus memanjang
2 sudu besar mayonis
Sedikitserbuk kunyit (sedikit je tau)
Sedikit air (Sedikit je ye)
Garam 
Gula
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan:
1.Potong sedikit muncung dan bahagian ekor udang.Cuci dan toskan.
2.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga naik aroma.
3.Masukkan serbuk kunyit bersama udang.Kacau hingga udang berubah warna sedikit.
4.Tuang sedikit air (sikit je), masukkan mayonis dan gaul rata.
5.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Matikan api dan hidangkan.

Nota:Udang tidak perlu dimasak terlalu lama.

~Mudahkan!!! SELAMAT MENCUBA~


____JOM SERTAI GA Tun____

Khamis, 21 Februari 2013

UDANG MENTEGA VIETNAM


Assalamualaikum.
Semalam nampak Kak Yatie hidang udang, hari ni pulak nampak kak Mamasya kita pun hidang udang....Kita pun ambil peluang nak hidang udang jugaklah..Hehee..Tapi udang kita ni sebenarnya dah terperam sebulan dalam draf, makanya memang tak usah ditanya la erkk ada lagi ke tidak ..yang ada hanya tinggal pinggan je kat rak tu.

Hasil menyelak majalah lama nampak resepi udang ni, simple je kiranya nak menyediakannya.Cuma saya tak ada stock krim masakan, jadinya tukar je dengan mayonis.Walaupun nampak ringkas je kat udang tu, tapi sedap, rasa lemak2 gitu.Bolehlah dicuba kalau teringin ya.Untuk hidangan ni saya gandakan lagi dari sukatan asal kat bawah tu.Selamat mencuba..

UDANG MENTEGA VIETNAM
Resepi:Majalah RASA

Bahan-bahan:
13 ekor udang
Minyak masak secukupnya

Bahan Sos:
10ml susu cair
10gm mentega
10ml santan
10ml krim masakan (saya gantikan dengan mayonis/gm)
Daun kari secukupnya

Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak secukupnya.Goreng udang sehingga garing.(saya goreng separuh masak)Angkat dan ketepikan.
2.Masukkan susu cair, mentega, santan, krim masakan (saya gantikan dgn mayonis) dan daun kari secukupnya ke dalam periuk.Kacau rata diatas api perlahan sehingga mendidih dan pekat.
3.Selepas itu masukkan udang, gaul rata.
4.Angkat dan sedia dihidangkan 

Selasa, 5 Februari 2013

UDANG SAMBAL KADUK


Assalamualaikum..
Boleh dikatakan jarang2 saya membeli udang, jika membeli pun kalau teringin nak makan atau terasa lama tak jamah udang..Selak2 majalah lama, terlihat resepi ni, kebetulan pokok kaduk yang saya tanam dah elok tumbuh walaupun tak merimbun sebab saya tanam dalam pasu.Sebaliknya pokok yang saya tanam di hamparan tanah tak hidup pulak...

Sedap betul bila udang dimasak begini, ada aroma pucuk kaduk yang agak special bagi saya.Dengan pedasnya yang menyengat tu, memang puas betul makan dengan nasi panas...Resepi di bawah adalah sukatan asas yang tertera di majalah, tapi untuk hidangan keluarga, saya telah gandakan sukatannya.Mana cukup dehhh...kalau ikut sukatan kat bawah tu...hihi..So terpulang kepada sesiapa yang ingin mencuba, semuanya bergantung kepada bilangan ahli keluarga masing2..Untuk resepinya boleh lintas langsung di bawah..

UDANG SAMBAL KADUK
Resepi:Majalah RASA

Bahan-bahan:
150gm udang 
10 helai daun kaduk | hiris
3 biji bawang merah*
2.5 cm belacan* 
10 biji cili padi*
2 biji cili merah* | *tumbuk
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Panaskan minyak di dalam kuali.Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.Kacau rata sehingga pecah minyak.
2.Selepas itu masukkan gula dan garam secukup rasa.Kacau sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan udang dan daun kaduk.Gaul rata sehingga masak.
4.Angkat dan sedia dihidangkan.

Selasa, 31 Julai 2012

UDANG TUMIS KARI MANIS


Salam semua, salam Ramadhan..
Diam tak diam dah mengenjak puasa kita untuk hari yang ke-12, hampir setengah bulan sudah kita berpuasa rupannya.Pantasnya putaran waktu tanpa kita sedar...mudah-mudahan bertambah jugalah amal ibadah dibulan yang mulia ini..
Di samping itu, mungkin dah ramai cik puan kita mulai sibuk dengan persiapan untuk aidilfitiri terutama bab adun mengadun biskut raya..ehe..Saya kat sini tak buat apapun lagi daaa..Entahlah!!..hhehe..Tapi kat kepala ni dah mula berangan nak menguli2 rasanya, cuma waktu belum sesuai lagi kot!!..hmmmm..
Malam ni nak share resepi simple gilerrr, tapi sedap aaaarr..Walaupun udang mahal sekarang ni, tapi sesekali nak juga makan udang kan..ngadap ikan & ayam je pun, muak la pulaknye.Bacalah resepi yang simple gilerr tu ye..bye..

UDANG TUMIS KARI MANIS
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 labu bawang besar | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
4 tangkai cili besar | kisar
1 biji tomato | kisar
2 sudu besar serbuk kari | bancuh dengan sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Gula
Garam 
Minyak

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan serbuk kari dan kunyit.Kacau hingga hingga naik minyak sedikit.
2.Masukkan udang, gaul rata dan biarkan sebentar.
3.Perasakan gula, garam secukupnya.Tutup api setelah udang masak.

Jumaat, 11 Mei 2012

SAMBAL UDANG




Salam...
Sambal Udang ni adalah sambal untuk nasi lemak yang saya buat hari tu.Saje updatekan sekali lagi..



Sambal Udang
Bahan-bahan:
250gm udang (15 ekor)
8 sudu besar cili kering kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
2cm halia | tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar hingga layu dan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan udang, kacau dan masukkan bancuhan air asam jawa.Perasakan dengan garam.Renehkan.
3.Masukkan pula garam secukup rasa, biarkan masak.
4.Tutup api

Isnin, 7 Mei 2012

NASI LEMAK SAMBAL UDANG



Salam manis...
Rasanya semua orang dah pandai masak nasi lemakkan...cuma mungkin ada perbezaan sedikit dari sebahagian kecil bahan-bahan yang dimasaknya.
Yang ni pun saya buat nasi lemak yang biase2 je, jomlah jalan2 tengok resepinya..



NASI LEMAK
resepi: rohaisha

Bahan-bahan:(anggaran4-5 orang)
2 cawan beras | cuci bersih
2 3/4 cawan santan
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
2 hiris halia

Cara:
1.Cuci bersih beras.
2.Masukkan santan, garam, halia dan daun pandan ke dalam periuk.
3.Masak hingga tanak dan sesekali dikacau.
6.Hidangkan bersama sambal udang dan bersama bahan-bahan tambahan.


Bahan lain:
4 biji telur rebus
Kacang tanah goreng secukupnya 
Timun secukupnya.

Sambal Udang
Bahan-bahan:
250gm udang (15 ekor)
8 sudu besar cili kering kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
2cm halia | tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar hingga layu dan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan udang, kacau dan masukkan bancuhan air asam jawa.Perasakan dengan garam.Renehkan.
3.Masukkan pula garam secukup rasa, biarkan masak.
4.Tutup api

Selasa, 3 April 2012

UDANG MASALA



Assalamualaikum..
Salam petang Selasa..apa menu rakan2 di luar sana?Hari ni menu saya hanya sup ayam simple je, tapi yang masuk N3 hari ni Udang Masala pulaklah erk..Dah seminggu lebih pic ni memerap dalam lappy coz tak berkeizinan untuk cepat disiarkan..Tq buat Chef Hanieliza atas keenakan & kelazatan resepi udangnya ini.Apapun tq bebanyak buat Inahar's kerana sudi panjang2kan resepi ini yang juga boleh di dapati di dapur K.Ummi untuk penggemar udang di luar sana.



UDANG MASALA
Resepi:Chef Hanieliza
Sumber:Inahar’s

Bahan A:
500gm udang | dibersihkan
2 biji tomato | dibelah 4 @ 6 (saya tak guna)
3 tangkai daun kari
½ cawan yogurt asli (saya guna 1 cawan)
2 tangkai cili merah | dihiris serong
2 tangkai cili hijau | dihiris serong
2 sudu kecil serbuk cili

Bahan B: (kisar)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu besar jintan putih | kisar kering
1 sudu besar jintan manis | kisar kering
1 sudu besar lada putih | kisar kering
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara –cara:
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
2.Masukkan udang dan tomato.Kemudian kacau rata.(Tambah air sekiranya perlu)
3.Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau.Kacau sebentar dan tutup api.
4.Sedia dihidangkan.





Rabu, 7 Mac 2012

UDANG GORENG BREAD CRUMBS


Assalamualaikum..
Selamat menjamu selera dengan Udang Goreng Bread Crumbs..



UDANG GORENG BREAD CRUMBS
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
400gm ++ udang | buang kulit & tinggalkan ekornya
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 cawan tepung goreng serbaguna/tepung kentucky
50gm bread crumbs (serbuk roti)
1 biji telur

Cara menyediakan:
1.Gaulkan udang dengan serbuk lada sulah dan telur.
2.Celupkan udang yang bersalut telur tadi ke dalam tepung goreng serbaguna sehingga rata, kemudian celupkan sekali lagi ke dalam lebihan telur dan golek-golekkan pula udang tersebut ke dalam serbuk roti.
3.Gorengkan udang ke dalam minyak panas menggunakan api sederhana besar.
4.Goreng sehingga masak.
5.Hidangkan

Nota:Saya tidak menggunakan garam kerana tepung goreng serbaguna sudah masin.

Khamis, 23 Februari 2012

UDANG BLACK PEPPER




Assalamualaikum..
Sesekali santai dengan menu udang...Simple dan mudah, yang penting sedap dan lazat..




UDANG BLACK PEPPER
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
12 ekor udang
1 labu bawang besar holland | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2 cm halia | cincang halus
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos lada hitam
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kisar 
Sedikit air
Daun ketumbar secukupnya | cincang
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.Masukkan sos tiram, sos lada hitam dan sedikit air, renehkan sebentar.
2.Masukkan udang dan hirisan tomato dan kacau rata.Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.Masukkan pula hirisan daun ketumbar, cili merah, cili hijau dan serbuk lada hitam.Kacau rata.
3.Matikan api apabila udang telah masak.


Isnin, 19 Disember 2011

UDANG GORENG TEPUNG



Assalamualaikum..
Hidangan hujung minggu ni...mmm, memang sedap makan udang goreng tepung yang rangup dan lembut ni bersama nasi panas. Jomlah kongsi resepinya..


Saya ikut stail mak saya membancuh tepung untuk udang goreng tepung ni, cuma saya tambahkan pula dengan tepung jagung agar lebih rangup...hasilnya memang tidak mengecewakan.

UDANG GORENG TEPUNG
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
700gm udang putih (saiz besar)
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telur
Garam secukupnya
Kunyit secukupnya
Lada sulah secukupnya

Cara:
1.Buang kulit udang bersama kepala, dan tinggalkan ekornya sahaja.
2.Gaulkan udang bersama dengan garam, kunyit dan serbuk lada sulah.
3.Setelah sebati, pecahkan telur dan sebatikan sekali lagi.Kemudian barulah gaulkan udang bersama-sama tepung gandum dan tepung jagung.Gaul rata.
4.Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan.
5.Angkat dan hidangkan.





Rabu, 23 November 2011

Udang Mustard Oat

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..Dah makan ke belum?  Saya baru je menikmati Udang Mustard Oat hasil idea sendiri.Bukannya nak cerita pasal terror masak ke apa...Cuma, bila check benda2 yang ada kat fridge dah mestilah kita akan tengok "expired date" barang yang kita simpan tu.Kekadang kita membeli sesuatu produk hanya digunakan untuk 1-2 jenis masakan.Lepas tu terperap lama.Mmmm...krim mustard saya ni akan luput tarikh pada hujung desember 2011 ni.Bila tengok bahan-bahan yang ada macam sesuai je dengan idea tu, apalagi...saya teruskan projek 'dapur basah ' sayalah...

Bila sentuh bab 'rasa' resepi udang ni, ianya seakan-akan rasa Udang Herba Mentega yang dah pernah saya buat dulu.Namun apa pun, kita check bahan-bahan mentahnya dulu..

UDANG MUSTARD OAT
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
  • 450gm udang} di buang bucu ekor dan muncungnya
  • 1 biji bawang holland                   
    -separuh dihiris kecil & separuh lagi dihiris memanjang  untuk taburan  ketika udang separuh masak                     
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 2 sudu besar krim mustard
  • 2 sudu besar bijirin quaker oat
  • 150ml susu cair
  • 100ml yogurt plain
  • 1/2 biji cili benggala hijau} dihiris kecil
  • 1 sudu kecil thyme whole
  • 2 sudu besar planta} untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
 
Cara menyediakan:
1.Tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga layu.Masukkan krim mustard, bijirin oat dan kacau,barulah dimasukkan pula susu cair dan yogurt.Biarkan ia mendidih seketika.

2.Apabila telah sekata, masukkanlah udang dan dikacau rata.Tutupkan kuali untuk beberapa ketika.Pastikan udang sudah separuh masak bolehlah dimasukkan pula hirisan bawang holland dan thyme whole.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kaup balikkan hingga sekata dan tutup api.

3.Ketika menghidang taburkanlah sedikit lagi serbuk thyme sebagai hiasan dan menambahkan lagi aroma hidangan.


Memang berselera anak-anak saya makan berlaukkan udang ni..sampai tak ingat orang belakang..he he..Kat sini saya nak tunjukkan krim mustard yang saya gunakan dalam masakan ni..Kalau letak banyak2 dalam masakan akan terasa sedikit pahit..So, sedang2 je lah kita membubuhnya dalam masakan kita..



Mmmm..bertambah seleralah kalau dihidangkan bersama nasi panas...memang lazat, terutamanya pada kuah mustard yang menyaluti udang2 tu..Kalau guna udang mahal mmg berbaloilah.Tapi time ni saya guna udang murah je..Bolehlah cuba kalau berkenan di hati..ehehhe..