Memaparkan catatan dengan label Kuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuah. Papar semua catatan

Rabu, 20 Februari 2013

SAMBAL IKAN BILIS



Sambal Ikan Bilis
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
50gm ikan bilis | cuci, toskan
30gm cili kering | kisar
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah* | tumbuk bahan bertanda (*)
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Sedikit asam jawa
Air secukupnya
Garam
Gula
Minyak masak   

Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar, bahan tumbuk dan cili kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2.Masukkan ikan bilis dan kacau rata.Biarkan sekejap.
3.Masukkan Air yang dibancuh bersama asam jawa secukupnya.Renehkan.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Biarkan sekejap.
5.Tutup api.

Jumaat, 25 Januari 2013

PULUT KUKUS SERI PANDAN & KUAH DURIAN




Assalamualaikum...
Salam hari jumaat yang penuh barakah..Bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah beri...pertamanya nikmat dapat bernafas di bumi Allah ini, alhamdulillah..


Pagi ni tayang pulut kukus, tapi dah habis lama sebab buatnya   dah masuk 3 minggu yang lepas.Ini antara menu yang memang diingini sementara musim durian masih ada lagi hari tu..Sekarang dah takde, kat gerai buah tu pun dah tukar buah manggis, cempedak, duku dan sebagainya..

Lama mengimpikan buat pulut kukus berkalerkan ijo pandan, dan saya bubuh sekali air kisaran daun pandan.Tapi sebab daun pandan saya tu cenonet2 je sebab tanam dalam pasu kot, jadi aromanya macam kurang powerlah sikit, maybe lain kali kena bubuh daun pandan banyak sikit dan pilih daun yg lebar2..Kalau nak daun macam tu kena tanam pokok pandan kat atas tanah.Alhamdulillah baru menanam pokok pandan kat tepi pagar...selama ni hubby tak kasi tanam kat tanah sebab bimbang merimbun tak sudah dan tanpa kawalan..hehe...(takut ada binatang yang menjalar tu sebenarnya...).Harap2 pokoknya cepat merimbun dan boleh meneruskan aktiviti memasak.

Untuk kuah durian tu sama je ikut resepi yang pernah saya buat sebelum ni, namun saya selitkan juga resepinya kat sini.Boleh juga tengok resepi yang dulu tu kat SINI.
PULUT KUKUS SERI PANDAN & KUAH DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan pulut | rendam, cuci & toskan
5 helai daun pandan*
2 cawan santan cair* | *kisar bersama
1 sudu kecil garam
Pewarna hijau secukupnya
2 sudu besar minyak masak

Cara:
1.Rendamkan pulut selama 2 jam.Cuci dan toskan.
2.Panaskan periuk kukusan, kukus pulut bersama santan campuran pandan, pewarna dan garam selama 20 minit.
3.Buka penutup kukusan, kacau/ gemburkan pulut, kemudian sudukan minyak masak dan tuang rata ke atas pulut tadi.Gaul lagi hingga sebati.Teruskan mengukus selama 10 minit lagi.
4.Matikan api.

Kuah:
2 cawan isi durian
5 cawan air
1 cawan gula 
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
3 helai daun pandan
5 sudu besar tepung gandum | bancuh bersama air

Cara:
1.Masakkan isi durian bersama air, daun pandan dan gula.
2.Setelah mula mereneh masukkan santan dan sedikit garam.Kacau.
3.Apabila kuah telah masak, masukkan bancuhan tepung gandum dan sebatikan.Biarkan sekejap, tutup api.


Ahad, 9 Disember 2012

LEMPENG PANDAN & SERAWA DURIAN


Assalamualaikum..
Masih berkisahkan durian..sampaikan bau peti sejuk lekat dengan bau durian..hmmm.Tapi bagai tak jemu nak godek2 resepi berlatarkan durian..Orang lain saya tak tahulah..Saya memang ambik peluang dengan musimnya raja buah ni.Sebab kalau tak musimnya, nak makan serawa durian cicah lempeng macam ni pun susah kan..

Kali ni memang menu biase2 je..Semua orang boleh buat punya..tapi saje nak kongsi di sini.Mungkin lain orang, lain cara, lain sukatan dan lain hasilnya..Apa tunggu lagi kan??Serbu lempeng ni...Walaupun sekadar lempeng, tetap kemaruk juga time menjamahnya, maklumlah, dibesarkan dulu pun dengan menu lempeng pelbagai.Lempeng ubi parut, lempeng pisang, lempeng kelapa...waduhai..memang menu tradisi yang mungkin anak2 kita sudi pandang sebelah mata je kalau dihidangkannya...Rindunyaaaaa makan lempeng2 tu kan...


LEMPENG PANDAN & SERAWA DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan Untuk Lempeng:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
11/2 cawan santan
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
Sedikit garam
esen pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam bekas, kacau menggunakan  hand whisk hingga sebati.
2.Panaskan kuali, lengserkan sedikit mentega dan curah adunan dan layangkan kuali agar adunan rata.
3.Masak beberapa minit kemudian terbalikkan.Biarkan beberapa minit.
4.Angkat dan hidangkan bersama serawa/kuah durian. 

Bahan Untuk Serawa/ Kuah Durian:
2 cawan isi durian
5 cawan air
3/4 cawan gula (ikut suka)
Sedikit garam
1 cawan santan kotak 
4 sudu besar tepung gandum | bancuh bersama sedikit air

Cara:
1.Masakkan isi durian bersama air dan gula.
2.Setelah mula mereneh masukkan santan dan sedikit garam.Kacau.
3.Apabila kuah telah masak, masukkan bancuhan tepung gandum dan sebatikan.Biarkan sekejap, tutup api.

Selasa, 13 November 2012

IKAN PARI PANGGANG & AIR ASAM


Assalamualaikum..
Selamat bercuti  untuk semua...Mungkin ada yang menyambung cuti bersama anak2 mentelahan cuti sekolah sudah bermula.Semoga anda semua berbahagia bersama family tersayang Amin.
Hari ni bersiaran dengan menu ikan yang simple, iaitu Ikan Pari Panggang...Saya panggang dalam oven je..Sesekali panggang juga atas api, tapi saya dan suami lebih gemar panggang dalam oven sebab ikan nampak lembab2 gitu, tidak terlalu kering.Penyediaannya memang mudah je kan, boleh tinggal buat tugasan yang lain.Mungkin lain orang lain caranya, yang penting   berpuashati dengan apa yang kita buat...resepinya di bawah tu ye..
IKAN PARI PANGGANG & AIR ASAM
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 ekor ikan pari | belah 2
Sedikit garam
Serbuk kunyit secukupnya
Alumunium foil

Cara:
1.Cuci bersih ikan pari dengan air asam jawa atau perahan limau.Toskan.
2.Lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.Bungkus ikan dengan aluminium foil.
3.Panasakan oven sekejap pada suhu 180@190 darjah celcius.Masuk dan letakkan ikan atas rak pada oven tersebut dan panggang selama 30-40 minit @ sehingga masak.(balikkan kedudukan ikan selepas 1/2 jam pertama).
Air Asam:
1 labu bawang besar | hiris
10-15 tangkai cili api | hiris 
1 biji tomato | potong dadu
4 biji limau kasturi | ambil jusnya
Gumpalan asam jawa secukupnya | *Bancuh bersama
Air secukupnya *
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara:
Satukan semua bahan dan kacau rata.Hidangkan.