Memaparkan catatan dengan label Risoles. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Risoles. Papar semua catatan

Rabu, 16 Januari 2013

RISOLES RAGOUT AYAM


Assalamualaikum..
Selamat sore dan menyantap hidangan minum petang.Semoga  rakan2 yang dikasihi dalam keadaan yang baik2 selalu walaupun seharian cuaca dinihari tampak mendung sejak awal pagi lagi.Namun titisan air hujan belum lagi kelihatan membasahi bumi.. Sungguh teliti perancangan Allah...

Hari ni tayang RISOLES lagi..Sedap punya pasal...Tapi kesian kat Si Cilik saya, setiap kali buat risoles ni, dia sorang saje tak mau makan sebab dia tak suka ngan intinya..Lain kali ummi kena bagi crepenya sahaja..pastinya dia nak dan tak menolak...Sebelum ni pernah buat dan tayang risoles yang resepinya lebih kurang sama dengan resepi hari ni, cuma bezanya ada penambahan sedikit bahan pada intinya.Boleh dipelbagaikan intinya lain kali.Kalau nak lebih lunak enak (he..heheee...) tambahkan parutan keju...pasti tak cukup satu gulung risoles u all cekau, pasti lebih dari segulung..haa....
Jom jengah resepi...

RISOLES RAGOUT AYAM
Resepi:majalah AROMA

Bahan-bahan:
150gm tepung gandum
1 biji telur
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
350ml susu cair
1 sudu makan marjerin cair
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
1 1/2 sudu makan merjerin untuk menumis
1/2 labu bawang besar | cincang halus
3 sudu makan tepung gandum 
400ml susu cair
50gm ayam siat | rebus dahulu
50gm cendawan butang tin | hiris halus (saya guna cendawan shitake segar, rebus dan cincang)
50gm lobak merah | potong dadu kecil dan rebus
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh serbuk pala
1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu makan daun sup | cincang halus

Bahan pencelup:
100gm putih telur | pukul ringan

Bahan pelapis:
125gm serbuk roti halus putih

Cara menyediakan:
1.Kulit:kacau rata tepung gandum, telur, garam, susu cair dan marjerin cair.
2.Buat dadar di kuali rata kecil berdiameter 12cm.Lakukan sehingga semua adunan habis.Ketepikan.
3.Inti:Panaskan marjerin.Masukkan bawang besar.Tumis sehingga terbit aroma.Masukkan tepung gandum.Kacau sehingga bergumpal.
4.Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin.Masukkan ayam, cendawan, lobak merah, garam, serbuk lada sulah, serbuk pala dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan daun sup.Kacau rata.
5.Ambil sekeping kulit.Masukkan inti.Lipat.
6.Celupkan ke dalam putih telur.Gulingkan di atas serbuk roti.
7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga kekuningan.



Isnin, 10 Disember 2012

RISOLES AYAM


Assalamualaikum..
Jumpa lagi....
Walaupun anak2 bercuti persekolahan, ibu-ibu tetap tidak bercuti untuk turun ke dapur menyediakan juadah setiap hari.Lagi kerap rasanya mereka meminta dan menggodek makanan...Tapi bagi saya roti adalah bekalan yang sentiasa/mesti ada kat dapur kalau2 si ibu macam saya ni kadang2 ada rasa culas nak buat juadah..eheee..


Menu ni adalah hidangan untuk makan malam kelmarin saya sekeluarga..Cuti dari makan nasi, rasa agak jemu pulak nak menyediakan dan makan hidangan seperti itu.Kepinginnya dah lama nak buat risoles ni, dah banyak resepi yang dikumpul, tapi beralah je menu ni..Kali ni niat sudah tertunai..Sedap, alhamdulillah semua boleh makan, cuma Si Kecik saya yang tak habis menjamah, dia tak berapa nak terima..nak susu botol jeww..hehe..

Bolehlah jenguk resepinya di bawah ye. ..


RISOLES AYAM
Resepi:Majalah SEDAP (RISOLES MINI AYAM)

Bahan Kulit:
150gm tepung gandum
1 biji telur
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
350ml susu cair
1 sudu makan marjerin cair
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
1 sudu makan marjerin untuk menumis
1 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 labu bawang besar | cincang halus
2 sudu makan tepung gandum
300ml susu cair
100gm isi dada ayam | direbus dan dipotong dadu
25gm kacang pis (saya rebus)
25gm lobak merah | potong dadu kecil dan rebus masak
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh serbuk pala
1 tangkai daun sup | cincang halus
2 sudu makan mayonis
25gm keju cheddar parut

Bahan Pencelup:
2 biji putih telur | pukul ringan (saya guna sebiji)

Bahan Pelapis:
100gm serbuk roti kasar putih (saya guna warna oren)

Cara membuatnya:
1.Kulit:Kacau rata tepung gandum, garam, susu cair dan marjerin cair.Masukkan telur.Kacau rata.
2.Buatkan dadar kecil di kuali rata berdiameter 12cm.Lakukan sehingga semua adunan habis.(saya tak ikut saiz ni)
3.Inti:Panaskan marjerin.Masukkan bawang putih dan bawang besar.Tumis sehingga terbit aroma.Masukkan tepung gandum.Kacau sehingga bergumpal.
4.Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin.Masukkan keju parut.Kacau rata.Masukkan ayam, kacang peas, lobak merah, garam, serbuk lada sulah, gula pasir dan serbuk pala.Kacau rata.
5.Masukkan daun sup dan mayonis.Kacau rata.
6.Ambil sekeping kulit.Masukkan inti.Lipat.
7.Celup ke dalam putih telur.Gulingkan di atas serbuk roti kasar putih.
8.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga kuning kecoklatan.