Memaparkan catatan dengan label Donut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Donut. Papar semua catatan

Rabu, 15 November 2017

DONUT (tanpa perap lama)



Assalamualaikum


Teruja betul bila baca tajuk ni kan.Yerla..sebolehnya sebagai kaum ibu kalau boleh semua nak jimatkan masa sekalipun dalam hal masak-memasak.Semua nak dibereskan dengan cepat, kan..

Dek tercalit rasa nak cuba, kak terus cuba resepi yang ada.Alhamdulillah menjadi.Makannya pula masa tengah suam2 selepas digoreng, sedapnye yakmat.Mengalahkan anak2 makan juga sesekali..heheee.




Donut ni punyalah lama kak buat.Baru sekarang nak interframe.hahaaa.Ni tgh semangat nak berblogging semula, on je la.Nanti kalau dah M datang, bersawang lagi tebal blog kesayangan ni.huhuu.

DONUT Tanpa Perap
Resepi:Mashitah Karim

Bahan
15gm tepung gandum
1 peket yis/mauripan
1 1/2 cawan air suam
4 sb gula pasir
4sb marjerin/ shortening/ planta
2 sk bread improver

Cara
Rendam yis dengan air suam dan gula.Biarkan berbuih 5-10 minit.

Campur bahan-bahan lain dalam bekas besar.Gaul sebati.Masukkan air yis tadi.Uli hingga jadi doh 5-10 minit.

Bentukkan donut.Panaskan minyak dan goreng.Kalau nak perap pun boleh dalam masa lebih kurang 5 minit.

p/s;pemilik asal resepi tidak perap doh donut ni, tapi kak perap juga sekejap seperti yg disarankan diakhir penerangan.

Rabu, 14 Januari 2015

DONUT LEMBUT

Assalamualaikum...
Donut Lembut sebagai pembuka bicara di tahun 2015...Lama sangat tuan rumah tak muncul...keadaan memang tak mengizinkan.Tapi jika muncul juga update2 yang terbaru selepas ini, kiranya rezeki tuan tanah dapat menyelinap disegenap ruang sempit yang sedang menyapa..

Terima kasih atas resepi yang dikongsikan oleh empunya resepi asal dan rakan2 yang telah mencubanya untuk dijadikan panduan..sedap donut ni, tak payah perap lama2..ok lah BYE BYE dulu..in sya Allah ada lah update2 terbaru selepas kuih donut ni la ye...Aameen..Rindu nak kunjung dapur rakan2 blogger semua.Ada rezeki saya kunjungI nanti..

DONUT LEMBUT
Resepi; HaSue
Sumber; Kak Yatie

Bahan-bahan [Untuk pelbagai Jenis Kuih-muih Yang Memerlukan Doh Yang Lembut]
500 gm tepung berprotein tinggi/ tepung roti [saya guna tepung gandum]
1 peket yis segera
50 gm marjerin/ butter
1 sudu makan [penuh] shortening [lelemak sayuran]
2 sudu makan [penuh] gula pasir
2 sudu makan susu pekat/ susu tepung [ikut citarasa]
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Gula halus atau toping kegemaran anda
190ml-200ml air suam [bergantung pada kualiti tepunbg]

Cara-cara
1.Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam.Masukkan yis segera, gula pasir, susu marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga  sebati dan melekat pada sudu [bila dah sebati, dikacau satu arah je menggunakan sudu]
4.Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat ditangan [sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih].Doh dah siap.
6.Doh tidak perlu direhatkan, [kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10 minit] boleh terus sahaja dicanai setebal 1/2 inci [agak2je].Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng.
7.Setelah minyak agak panas [jangan terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus] perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jangan terlambau penuh sebab donut ini akan mengembang lagi ketika digoreng. [sebab adunan mengandungi telur]
8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan.Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

note;
maaf sbb sblm ni silap letak gambar donut resepi yg lain,yg ni baru betul..aduhaii

Isnin, 8 April 2013

DONUT KENTANG

Assalamualaikum..
Kawan2 dah lama bercerita dengan donut kentangnya, saya baru buka lembaran..Tak pe lah kot!!..kan...lagipun dah lama tak mendonat, asyik beli siap je sebab anak2 ni suka sangat makan kuih ni.

Menggoogle resepi ni, terus berhenti menyinggah di belog kak Kama, nampak montok sangat donut kentangnya, coz dia bubuh bread softener walaupun resepi asal kak Wan tak ada bubuh bahan tersebut.Tapi tiba kat saya, tersalah bubuh bahan pula iaitu shortening.Perasannya bila bahan telah selesai diuli..hmmmm, teruskan aje..asal boleh makan.Hasilnya tetap lembut, tak usah risau, cuma donut saya ni hangus le sikit..Apapaun tq kak Wan, atas resepinya, juga buat kak Kama..suka tengok donutnya yang gebusss.
DONUT KENTANG
Resepi:KakWan
Sumber:Kak WanKak Kama, 

Bahan-bahan:
400 gm tepung gandum
11 gm ragi instant
200 gm ubi kentang
2 sudu besar susu pekat manis
100 gm gula halus
1/2 sudu besar bread softener (Kak Wan tak letak, sy pulak tersilap bubuh shoertening)
75 gm mentega
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
120 gm air

Cara:
1.Kupas kentang, rebus empuk dan lenyek ketika masih panas hingga halus.Sejukkan.
2.Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata.Masukkan kentang lenyek dan bahan-bahan lain kecuali air.Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3.Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain atau plastik sehingga mengembang.
4.Canai dan terap dengan acuan donut dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung.Rehatkan selama 20 minit lagi sehingga mengembang.dan goreng hingga kekuningan
5.Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6.Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

Selasa, 7 Februari 2012

DONAT LABU




Assalamualaikum..
Bersua dan bersiaran lagi saya di sini...Bersemangat saya men'donat' di petang isnin ni coz nak habiskan baki labu yang sudah terperap lama dalam fridge.Takut membusuk, membazir pulak nanti..Resepi membuat DONAT LABU ni saya ambil sukatannya sebagai rujukan dari resepi DONUT PISANG MINI.Ternyata lembut sangat strukturnya, maybe ada kene mengena dengan kandungan labu yang ada di dalamnya..Laku betul donut yang saya buat ni, habis dijamah oleh cik abang n anak2.Alhamdulillah..

 


Di bawah ni, saya telah tuliskan sukatan resepi asal juga diikuti olahan sukatan yang telah saya buat untuk resepi DONAT LABU.

Resepi asal: DONAT PISANG MINI (majalah SEDAP)

Bahan-bahan: 44 ketul  / resepi asal
300gm tepung gandum protein tinggi
125gm tepung gandum
15gm susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 sudu teh (6gm) yis segera
30gm gula pasir
200gm pisang emas, kisar halus
1 biji telur
135 ml air sejuk
1/8 esen pisang
35gm marjerin
1 sudu teh garam
Minyak penuh untuk menggoreng

Bahan Topping:
250gm coklat masakan putih, cairkan
1/2 sudu makan serbuk koko untuk taburan

Cara membuatnya:
1.Campurkan kedua-dua tepung gandum, marjerin, susu tepung, serbuk penaik, yis segera dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan pisang emas dan esen pisang.Uli rata.
2.Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang licin.Masukkan garam.Uli sehingga elastik.Biarkan selama 15 minit.
3.Kempiskan adunan.timbang setiap bahagian adunan seberat 20gm.Bulatkan.Biarkan selama 10 minit.
4.Leperkan adunan.Bentukkan bulat lagi.Lubangkan tengahnya.Letakkan di loyang yang telah ditabur nipis tepung gandum.Biarkan selama 45 minit sehingga benar-benar kembang.
5.Goreng dalam minyak yang penuh yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.Sejukkan.
6.Celupkan atasnya dengan coklat masakan putih cair.taburkan nipis dengan serbuk koko.

Di bawah ni adalah resepi yang telah saya olah sukatannya menjadi separuh adunan:

DONAT LABU
Resepi:Adaptasi resepi DONAT PISANG MINI (majalah SEDAP)
Di olah oleh:Rohaisha

Bahan-bahan: sukatan separuh adunan dr resepi asal /19 ketul  
150gm tepung gandum protein tinggi 
62.5gm tepung gandum (saya tambahkan lagi semasa menguli mengikut keperluan)
7.5gm susu tepung (saya tak letak)
1/4 sudu teh serbuk penaik
3gm yis segera
15gm gula pasir
100gm labu | yang telah  direbus dan kisar halus
1 biji telur
67.5 ml air sejuk (saya guna susu segar sejuk)
17.5gm marjerin
1/2 sudu teh garam
Minyak penuh untuk menggoreng

Bahan Topping:
125gm coklat masakan putih, cairkan
1/2 sudu makan serbuk koko untuk taburan

Cara membuatnya:
1.Campurkan kedua-dua tepung gandum, marjerin,susu tepung, serbuk penaik,yis segera dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan pisang emas dan esen pisang.Uli rata.
2.Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang licin.Masukkan garam.Uli sehingga elastik.Tutupkan dengan plastik wrap.Biarkan selama 25 minit.
3.Kempiskan adunan.Biarkan selama 5 minit.
4.Leperkan adunan.Bentukkan dengan acuan donat.Letakkan di loyang yang telah ditabur nipis tepung gandum.Biarkan selama 50 minit sehingga benar-benar kembang.
5.Goreng dalam minyak yang penuh yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.Sejukkan.
6.Celupkan atasnya dengan coklat masakan putih cair.taburkan nipis dengan serbuk koko.

nota dari Rohaisha:Saya telah tambahkan tepung gandum secukupnya semasa menguli kerana adunan dari resepi asal masih lembik strukturnya.


Ahad, 15 Januari 2012

DONAT COKLAT



Assalamualaikum..
Teringin sangat mulut ni nak makan donat coklat..hhmmm..selera mengalahkan anak-anak!!.Buat style sendiri je.. janji "anak suka...ibu pun sukeeee.."





DONUT COKLAT
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
2 sudu kecil yis
2 sudu besar air suam
21/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar shortening
1 sudu besar mentega
3 sudu besar gula halus
1 biji telur.
1/4 cawan air | untuk membancuh (boleh tambah jika kurang)

1.Bancuh yis bersama air suam dalam cawan sehingga mengeluarkan kembang dan berbuih.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, baking powder, serbuk koko, garam halus, gula halus, shortening dan mentega.Kacaukan sebentar menggunakan mixer agar sebati.
3.Masukkan telur dan pusing mixer sekali lagi agar telur sekata.Kemudian barulah masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan kelihatan tidak melekit.Boleh tambah  @ taburkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sekiranya adunan kelihatan sedikit lembik.Putarkan adunan selama 20 minit sehingga adunan nampak licin dan tidak melekat.
4.Tutupkan mangkuk doh dengan plastik wrap. (Saya 'on'kan oven ketika mula membancuh untuk tujuan mengembangkan doh dalam oven agar cepat naik dan kembang).Biarkan adunan naik dua kali ganda dengan memerapkannya selama 30-40 minit.
5.Setelah doh kembang, keluarkan doh dan tepuk-tepukkan ia untuk mengeluarkan angin.Tabur sedikit papan uli dengan tepung untuk memudahkan doh diterap dengan acuan donut.
6.Setelah donut habis diterap, biarkan adunan donut tadi mengembang sedikit lagi lebih kurang 15 minit.(Time ni pun saya masukkan donut yang sudah diterap ke dalam oven yang di 'on' kan tadi agar cepat kembang).
7.Panaskan minyak dengan  api sederhana hingga donut masak.
8.Boleh toppingkan donut dengan coklat atau gula serbuk.

Bahan topping coklat:
200gm coklat masakan
1 sudu kecil shortening
Twin coklat chip secukupnya untuk taburan.

Cara menyediakan:
Cairkan coklat dengan kaedah double boiler.Setelah cair celupkan donat ke dalam coklat kemudian taburkan permukaan donat dengan twin coklat chip.



Selasa, 29 November 2011

Donut Keladi



Donut oh donut....,versi keladi memangg diminati oleh saya.Kebetulan ada keladi dari yang kg tak habis2 lagi. Terfikir pula nak buat donut keladi...semak2 di myresipi.com jumpa resepi donut kentang, so saya ikut sukatan asal pemilik resepi ini, hanya olah pada tajuknya dan bahan utama (keladi) sahaja.Terima kasih untuk pemilik resepinya;daunpandan@myresipi.com..donutnya lembut dan gebu..
 
Donut Keladi

Sumber: Donut kentang (daunpandan@myresipi.com)
Olahan :Rohaisha

Bahan-bahan ( 14 biji /ikut saiz )

•    200 gm tepung gandum
•    30 gm gula halus
•    1/2 camca besar yis kering
•    1 camca besar susu tepung
•    1 camca teh dough softener
•    1 camca besar susu pekat manis
•    1 1/2 camca besar shortening
•    1/2 biji telur
•    3 camca besar kentang lecek (saya guna keladi)
•    1/2 camca besar minyak jagung
•    1/2 camca teh bread improver
•    secubit garam
•    1/4 cawan air sejuk

Cara-cara:

1. Campurkan air sejuk,telur dan susu pekat.Kacau rata dan ketepikan.
2.  Campurkan tepung,gula halus,yis,susu tepung,shortening,dough softener,bread improver dan gaul rata.
3.  Masukkan campuran air sejuk ke dalam campuran tepung.Uli hingga sebati .
4. Masukkan kentang lecek dan minyak jagung.Uli dalam 20 minit. 
(*Klu ikut resepi asal,tidak perlu tambah tepung, kerana sememangnya melekit.Tapi saya taburkan sedikit tepung juga kerana agak sukar pula nak menyanai jika melekit.Ikutlah keserasian masing-masing.Rehatkan doh 1/2 jam.)
5.   Bila doh dah naik sekali ganda,bulat-bulatkan dan buat bentuk donat.Rehatkan lagi 1/2 jam.
6. Goreng dengan api sederhana hingga masak.Toskan minyaknya,hiaslah ikut suka.
 
Hmmm..salut dengan gula je pun sedap.Itupun laju je anak2 makan.Kalau salut dengan coklat, licin sepantas kilat gamaknya..