Memaparkan catatan dengan label Ikan Stim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan Stim. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Jun 2013

Menu Berpantang;HARUAN KUKUS


Assalamualaikum..
Menu ni dah berlalu 3 minggu yang lepas.Ringkas tapi sedap dengan  aroma minyak bijan yang harum.Bukan dalam pantang pun boleh je menikmatinya sebab dah kompem sajian sihat...Sedap tau, belum cuba belum tahu.. ;D

HARUAN KUKUS
Oleh;rohah

Bahan-bahan;
1 ekor ikan haruan- saiz besar
3 cm halia- tumbuk
2 ulas bawang putih- tumbuk
Lada hitam secukupnya- tumbuk
Garam secukup rasa
Minyak bijan secukupnya
Daun sup secukupnya

Cara;
1.Didihkan air dalam periuk kukusan.
2.Sediakan bekas yang sesuai.Urapkan ikan dengan bahan yang ditumbuk bersama sedikit  garam.Titiskan minyak bijan.
3.Kukus selama 20 minit.
4.Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Selasa, 29 Januari 2013

SIAKAP TOM YAM STEAM BATH


Assalamualaikum...
Bersiaran malam ni dengan resepi ikan yang dipanggang menggunakan kaedah Steam Bath pula.Percubaan yang tidak menghampakan...Harus dicuba ye rakan2 di luar sana..eheee..promote lah pulak...Tak salah kan??

Bila tengok pic2 ikan Siakap Tom Yam Steam Bath ni memang nampak kering dan tak lembap je kan, tapi jangan sangka ikan ni tidak sedap, malah sebaliknya..(macam angkat bakul sendiri la pulak..tak bermaksud gitu ye!..).Ternyata enak walaupun tampak kering dan tidak berkuah.Nampak je macam tu, tapi bila kita cuit ikan tu still lembut dan terangkat..hihi, sebab apa???Sebab berperencahkan pes Tom Yam tu lah..Saya hanya gunakan sepasang perencah Tom Yam yang berbeza.Tapi kalau nak lagi power, dicadangkan tambah lagi perencah Tom Yam tu...tapi adjustlah kat garamnya pulak, takut berlebihan masinlah pulaknya nanti..

Untuk resepinya yang mudah bolehlah lintas langsung di bawah tu...Jom sama2 try..Ingat tau, guna kaedah Steam Bath...Jangan lupa erkkk..
SIAKAP TOM YAM STEAM BATH
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (1kg+-)
1 labu bawang besar holland* | hiris
2 ulas bawang putih* | ketuk
1 biji tomato* | potong dadu
3 batang serai* | hiris
1 batang saleri* | hiris
6 helai daun limau purut* | hiris halus
1/2 batang lobak merah* | sagat
Cili api secukupnya* | belah 2
2 biji limau | ambil jusnya
1 paket perencah Tom Yam ADABI (Thai Tom Yam Paste)
1 paket serbuk Tom Yam Putih ADABI
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Loyang berisi air (1/2 sukatan loyang)

Cara:
1.Ikan dicuci bersih.Lumurkan ikan dengan jus limau, kedua2 perencah tom yam, garam dan gula.
2.Ambil loyang/ bekas tahan panas.Taburkan separuh bahan2 bertanda(*) pada dasar loyang.
3.Masukkan ikan dan letak di atas bahan2 taburan tadi.
4.Taburkan pula baki bahan bertanda (*) di atas ikan.
5.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
6.Masuk dan letakkan loyang berisi air ke dalam oven.Letak pada rak bahagian bawah sekali.Seterusnya letakkan pula loyang berisi ikan di bahagian tengah oven/rak tengah. (Kaedah Steam Bath).
7.Bakar menggunakan api atas dan bawah selama 30 minit atau sehingga ikan kelihatan masak.
8.Hidangkan.


Khamis, 4 Oktober 2012

IKAN SIAKAP STIM TIGA RASA


Assalamualaikum...
Selamat petang...selamat bersiaran kembali.Hari ni saya bawak ikan siakap stim...Siapa belum makan nasi, boleh cium bau ye..hihi.Biasanya saya buat masak stim, yang jernih2 je.., tapi kali ni kasi merah2 sikit, 3 RASA tauu!!.First time buat ni..baru nak merasa "3 RASA" tu..Sedap ghupanya!!..Boleh test ye kalau yang belum pernah test tu..Test tauu... 

IKAN SIAKAP STIM TIGA RASA
Resepi:Chef Norzailina
Sumber:Noreen, Ummi Zaihadi, dek_ma

Bahan:
1 ekor ikan siakap (dalam 600gm)
100ml air (boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih)
2 camb minyak | untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi

Bahan-bahan Sos:
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara memasak:
1.Sediakan kukusan.Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
2.Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
3.Kukus hingga masak.
4.Semnetara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak.Tumiskan bahan-bahan cincang selama 1 minit.
5.Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
6.Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
7.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
8.Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.