Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mei 2015

NASI DAGING UTARA vs AIR ASAM

Assalamualaikum...
Bersua kembali ...selamat menjamu selera..

NASI DAGING UTARA
Sumber;dZana

Bahan-bahan
1 kilo daging batang pinang, dipotong sebesar kotak mancis
1 kilo beras basmathi, bersih dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
3 sb planta
1 tin tomati sup kimball, boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar
3 sb rempah nasi daging, boleh ganti serbuk kurma
Sudu kecil rempah sajira, rempah ni boleh cari di kedai mamak [saya tak letak]
Sedikit gula batu
Garam secukup rasa
Sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan

Bahan tumis
 4 sekawan; kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga
Sedikit daun ketumbar, untuk wangikan nasi [saya tak letak]
3 helai daun pandan
1 batang serai diketuk
1 labu bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
1 inci halia, dikisar
3 cawan air

Cara
1.Panaskan minyak masak dan masukkan planta.
2.Tumis 4 sekawan daun ketumbar, daun pandan dan halia.
3.Masukkan bahan yang dikisar.
4.Masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air, kacau biar wangi.
5.Masukkan daging, tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6.Setelah air mendidih, masukkan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair.
7.Masukkan berasd an kismis.Masak dengan rice cooker untuk nasi masak sekata.
8.Gemburkan nasi, boleh ambil daging yang tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam.
AIR ASAM
Resepi;Ika/Arah

Bahan-bahan
4 biji cili, terpulang nak pedas boleh tambahkan cili
1 biji lada merah besar
1 ulas bawang putih
1 inci belacan yang dibakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa, kalau nak cair boleh tambahkan air
1 sk gula, terpulang nak manis macammana
Secubit garam

Cara
Kesemua bahan di atas diblend hingga hancur dan separuh hancur, terpulang nak macammana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali.Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan tadi dan siap untuk dihidang bersama nasi daging.

Bahan hiris
Sedikit hirisan bawang merah
Sedikit tomato dihiris dadu
Daun ketumbar dihiris halus
1 biji cili dihiris bulat




Rabu, 25 Februari 2015

DAGING MASAK HITAM

Assalamualaikum...
Dah lama juga tak masak daging2 ni...Resepi yang di N3kan  kali ni dah lama buatnya...First time buat daging masak hitam...Tapi kalau masak kicap selalu ler..hihiii.Lebih kurang je kan..
Resepi saya jenguk di blog mamasya.Mekasih atas perkongsian.Memang sedap sangat..
Boleh tahan tone hitamnye tu..Penangan kicap..hihii

DAGING MASAK HITAM
Resepi asal;Majalah Mingguan Wanita
Sumber; Mamasya

Bahan-bahan
1 kg daging, potong nipis
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
Air asam jawa secukupnya
Garam scukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan kisar
4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering [saya kurangkan]
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara
1.Panaskan minyak masak.Tumis bahan hiris, bunga lawang, kayu manis hingga wangi.Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak.
2.Masukkan daging, air secukupnya, dan reneh sehingga daging empuk.Masukkan kicap pekat, air asam jawa dan garam secukup rasa.Tambah aji jika suka.Biar kuah agak pekat dan secukup rasa.Bila daging cukup empuk,bolehlah hidangkan.[sekiranya daging tak cukup empuk, boleh tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kuah agak kering].

Selasa, 26 November 2013

DAGING LADA HITAM

Assalamualaikum...
Dah seminggu lebih cuti sekolah berlalu.Saya jangka ramai yang mengambil kesempatan ini untuk bersama family tersayang.Saya doakan perancangan kawan2 semua dipermudahkan.

Alhamdulillah, masih lagi dapat menikmati daging korban tempohari.Selalu juga masak daging lada hitam.Kebiasaannya tidak jauh beza bahan2 yang digunakan dalam setiap resepi yang berbeza.Kali ni resepinya saya cuba dari majalah rasa.Masakan macam ni memang sedap dimakan dengan nasi putih panas.Sudah cukup memadai....kan.


DAGING LADA HITAM
Resepi;Majalah Rasa

Bahan-bahan;
500 gm daging lembu [saya hiris dan rebus 45 minit]
1/2 botol sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam kisar [resepi asal tak ada]
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar;
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 gm halia

Cara memasak;
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2.Kemudian masukkan sos lada hitam scukupnya.Kacau rata.
3.Seterusnya masukkan garam dan gula.
4.Akhir sekali, apabila telah mendidih, masukkan daging dan didihkan sehingga ia menjadi lembut.
5.Sedia dihidangkan.

Selasa, 12 November 2013

ASAM PEDAS TETEL LEMBU



Assalamualaikum
Lama sudah saya mengidamkan resepi ni...tapi jarang sekali kalau saje2 nak membeli daging di pasar.Alhamdulillah ada rezeki daging korban tempohari, dapatlah juga mengadaptasikan resepi asam pedas tetel ni..Sedap..Cuma saya olah sedikit resepi dengan merebus terlebih dahulu hirisan daging supaya lembut dimakan.Hasilnya memang berbaloi...Gigitan demi gigitan..heheeee.
ASAM PEDAS TETEL LEMBU
Resepi; Majalah Rasa

Bahan-bahan;
500 gm tetel lembu, potong kecil [saya rebus dulu hirisan daging selama 45 minit]
10 biji belimbing buluh, dibelah [x bubuh]
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan, dibelah
1 liter air [saya gunakan air ni untuk merebus daging]
Air asam jawa secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan kisar;
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas
3 batang serai
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih

Cara memasak;
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan air sehingga mendidih [saya masukkan air rebusan daging].Masukkan pula tetel dan air asam jawa.Perasakan secukupnya.Biarkan tetel sehingga menjadi lembut.
3.Setelah itu masukkan daun kesum dan bunga kantan.Biarkan mendidih.
4.Akhir sekali, tutupkan apiu barulah dimasukkan belimbing buluh dan biarkan lembut sedikit.
5.Sedia dihidangkan.

Selasa, 23 Julai 2013

SUP TULANG ALA SIAM


Assalamualikum..
Kembali bersiaran, alhamdulillah.Banyak hari juga saya tak m'update dan BW..harap2 semua rakan maya ceria..
Menu yang menyegarkan untuk dibuat makan sahur..tapi yang ni N3 tertunggak sebelum ramadhan hari tu, tapi kalau ada sesiapa yang teringin nak jamah sup untuk dibuat makan sahur, bolehlah buat..TQ buat Faa atas resepinya..

SUP TULANG ALA SIAM
Resepi;Faa

Bahan-bahan;
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah [tumbuk]
3 ulas bawang putih [tumbuk]
1/2 inci halia [tumbuk]
1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb
2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
4 biji cili padi [ketuk]
1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat]
1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato [dibelah 4]
1/2 batang saderi [hiris]
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula dan bahan perasa

Cara Menyediakan;
1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6.Tambahkan bahan perasa, garam  dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


Sabtu, 29 Disember 2012

DAGING MASAK MERAH


Assalamualaikum..
Selamat tengahari dan bersua kembali.Nampaknya kita sudah berada di penghujung tahun, lagi 3 hari akan melangkah masuk ke tahun baru 2013.Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan Allah.
Saya pun tak pasti adakah N3 hari ini adalah N3 yang terakhir untuk tahun 2012, sebab kadang2 kalau masa mengizinkan dan kelapangan, siap saja resepi ditaip dan gambar2 pun sudah dipilih, N3 baru akan terus menyusul...Semuanya bergantung pada kelapangan.Maklumlah walaupun cuti persekolahan berlangsung beberapa minggu, sebagai ibu kita tetap sibuk dengan kerja2 rumah dan hal2 lain yang berkaitan kan..So, andaikata N3 hari ini adalah yang terakhir untuk 2012, insyaAllah kita akan berjumpa di N3 seterusnya ditahun 2013 akan datang insyaAllah.


Kali ini berkongsi menu Daging Masak Merah yang saya dapatkan sumbernya dari Nizam dari page wordpress beliau.Tajuk asalnya adalah Daging Merah, tetapi saya tambah sikit pada barisan tajuknya tu supaya padat sikit disebut dan didengar, jangan marah ye Nizam..Yang penting resepinya sedap sangat.Kata beliau resepi Daging Merah yang telah dikongsikan ini adalah resepi yang telah dipelajari oleh beliau ketika menuntut di UITM dahulu.Apapun TQ banyak2 atas kesedapan resepi ini..

DAGING MASAK MERAH
Sumber Oleh:Nizam (DAGING MERAH)

Tips dan teknik mencuci dan merebus daging oleh Nizam:
Selepas membeli daging dari pasar, jangan lupa rendamkan daging itu dengan tepung dan air.Ini adalah untuk menghilangkan bau hamis daging lembu.Biarkan seketika selama 15 minit dan cuci hingga bersih. (Saya hanya  cuci bersih dan toskan)


Kemudian masukkan daging tadi di dalam periuk berisi air.Masukkan juga pewarna merah mengikut citarasa anda.Sebagai contoh beliau menggunakan 2-3 sudu makan hanya sekadar untuk mewarna daging tersebut.Rebuskan daging itu sehingga ia meresap pewarna merah tadi.Selepas daging tadi kecut sedikit dan meresap pewarna merah, angkat dan biarkan ia sejuk seketika sebelum proses memotong daging tersebut.Air stok daging itu jangan dibuang kerana boleh digunakan dalam masakan nanti.
Saya hanya gunakan 1 sudu besar pewarna merah dan rebus sekitar 1 jam 40 minit.(tapi kalau nak daging betul2 empuk, rebuslah selama 2 jam @ lebih)

Bahan-bahan:
Daging lembu yang telah direbus dengan pewarna merah tadi (saya guna 1kg daging)
2 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai*
2 sudu makan cili kisar* (* kisar)
Air stok daging
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili
Secubit asam jawa
Garam secukup rasa
2 biji cili merah | potong ikut suka
2 labu bawang besar | potong bulat
6 helai daun limau purut | potong hiris

Cara-cara:
1.Daging dihiris seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.(boleh rujuk SINI)
2.Kuah:Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai.Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, dan garing sedikit.
3.Masukkan cili kering yang telah dikisar.Cili kisar ini telah direbus terlebih dahulu sebelum ia dikisar.Ini untuk mengurangkan pedas cili.Tumiskan cili sehingga pecah minyak.
4.Masukkan air stok daging tadi ke dalam kuali, kacau dan biar ia masak sebentar.
5.Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa.Kacau dan biar ia masak sebentar.Selepas itu masukkan sedikit asam jawa dan kacau.
6.Bila kuah agak pekat sedikit, masukkan daging yang telah dihiris tadi.Kacau rata daging itu sehingga sebati dengan kuah.Masukkan juga daun limau purut dan hirisan bawang.




Selasa, 27 November 2012

DAGING MASAK KICAP


Assalamualaikum..
Selamat tengahari dan menjamu selera buat warga maya dan rakan2 yang dikasihi.Menu apa hari ni?Pastinya seenak rasa dan menepati citarasa.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan buat N3 Daging Masak Kicap sebagaimana yang selalu saya buat.Apa yang penting, daging yang dimasak biarlah lama agar empuk dan sedap untuk dijamah..Untuk memasak daging kicap ni, saya memang bubuh air banyak sebab saya akan renehkan selama lebih kurang 2 jam.Apabila empuk, pastinya air tu akan menyusut juga.Setelah empuk barulah dibubuh kicap dan bahan perisanya.InsyaAllah keempukannya memang tidak mengecewakan.Resepinya lihatlah dibawah tu ye.

DAGING MASAK KICAP
Resepi:rohaisha@Damai Qalbu

Bahan-bahan:
500gm daging | hiris
1 labu bawang besar | cincang
7 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 inci halia | ketuk
2 sudu kecil lada putih kisar
1 sudu kecil lada hitam kisar
4 cawan air
Kicap pekat* | secukupnya
Kicap manis*
Saus Manis ABC*
Garam 
Minyak untuk menumis
Daun sup secukupnya | hiris dan tabur

Cara:
1.Tumiskan bawang besar cincang, halia dan bahan kisar hingga layu kekuningan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
2.Masukkan hirisan daging, kacay rata.
3.Masukkan air, kacau dan tutup kuali dengan tudung periuk.Renehkan dengan api perlahan dan masak sehingga 2 jam agar daging betul2 empuk.Sesekali dikacau alih.
4.Setelah empuk, masukkan kicap manis, kicap pekat, saus manis ABC secukupnya, lada putih kisar dan lada hitam kisar.Biarkan seketika anggaran 5 minit.Sebatikan rasa dengan garam.
5.Matikan api dan hidangkan bersama hirisan daun sup.

Khamis, 6 September 2012

SUP TULANG ISTIMEWA



Assalamualaikum...
Jom jamu selera...Inilah antara menu yang saya hidangkan time bulan puasa ari tu.
Memang syoklah dapat hirup kuah sup tu, sebab ramuannya memang pelbagai, jadinya terbitlah aroma yang sedap dihidu..ehee..

SUP TULANG ISTIMEWA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 kg tulang rawan lembu (yang ada isi)*
3 batang serai* | ketuk
Air secukupnya* (rebus bersama)
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10cm halia | hiris lebar
4cm lengkuas | ketuk
Cili api secukupnya | ketuk
1/2 sudu kecil ketumbar biji
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam (yang telah dikisar)
1 bunjut rempah sup bunjut/sup tulang
2 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
3kuntum biji pelaga
5 kuntum bunga cengkih | buang tengahnya
2 biji tomato | potong 4
1 biji limau nipis | ambil jusnya
Saleri secukupnya | hiris (tak ada stock)
Gula
Garam
Daun sup
Daun ketumbar (tak ada stock)
Bawang goreng

Cara:
1.Rebuskan tulang rawan bersama air dan serai anggaran 1 1/2 jam.Tambahkan air jika perlu @ air menyusut.Biasanya tulang daging yang melekat pada tulang rawan dah mulai empuk dalam anggaran masa sebegini.
2.Setelah separa empuk, masukkan kesemua bahan kecuali batang saleri, tomato, garam dan jus limau.Teruskan lagi merebus agar bahan-bahan perencah sebati, isi daging bertambah lembut dan beraroma.
3.Setelah empuk (anggaran 2 hingga 2 1/2 jam), barulah dimasukkan  cili api, garam, hirisan saleri, jus limau dan tomato.Biarkan seketika.
4.Matikan api dan hidangkan sup bersama hirisan daun sup, daun ketumbar dan bawang goreng.
5.Hidangkan bersama sambal kicap.


Sabtu, 11 Februari 2012

GULAI DAGING KERISIK

Assalamualaikum..
Salam malam minggu dan moga ceria buat semua...
Sesekali berlaukkan menu daging memang sedap..Terjumpa satu resepi majalah yang dirasakan enak..Memang enak layan daging gulai nie...



GULAI DAGING KERISIK
Resepi:Fauziah Hassan
Olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
450gm daging |  hiris nipis
3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah | tumbuk
2 ulas bawang putih | tumbuk
1/4cm halia | dipotong panjang
Air secukupnya
1/2 cawan santan pekat (saya guna krim masakan)
2 sudu kerisik
2 sudu besar minyak 
1 sudu besar minyak sapi
3suddu besar rempah kari daging
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
1 cm kulit kayu manis

Cara menyediakan:
1.Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk an air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2.Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan menidih sekali lagi sebelum imasukkan kentang.
3.apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4.Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5.Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar  hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.




Ahad, 15 Januari 2012

SINGGANG DAGING


Assalamualaikum......
Selamat berhari minggu..Hidangan yang ringkas dan meyelerakan setelah penat memerah tenaga di halaman rumah..Rasai kesegarannya..





SINGGANG DAGING
Resepi:Majalah RASA

Bahan-bahan:
1 kg daging tanpa lemak | dihiris
1cm lengkuas | diketuk
2 biji bawang besar | dimayang
6 biji bawang putih | dimayang
5 keping asam gelugur
1 sudu teh makan ketumbar
1 liter air
20gm bendi (tak letak)
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1.Masukkan air ke dalam periuk bersama daging,lengkuas, bawang besar, bawang putih, asam keping dan ketumbar.
2.Rebus daging sehingga empuk.
3.Selepas itu masukkan bendi dan perasakan dengan garam secukup rasa.Kacau rata dan biarkan mendidih.
4.Angkat dan sedia dihidangkan.