Memaparkan catatan dengan label Kek Coklat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Coklat. Papar semua catatan

Khamis, 2 April 2015

KEK COKLAT


Assalamualaikum...
Selamat petang...kisah ari tu teringin sangat nak membaking sebab dah lama tak gatal tangan nak buat kek, jadi buat kek coklat ni...mulut pun dah terlajak gian nak makan kek coklat.Jadinya cari resepi yang simple2 dan terus buat..

Kalau coklat2 ni memang sedap.Apatah lagi kalau kek yang dicurah ngan topping leleh macam tu...tercuit2 jari calit kat coklat tu la...kan....mmmm.So, terima kasih kepada penyumbang resepinye ye..

KEK COKLAT

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 sudu teh serbuk vanila
1 biji telur

Cara-cara
1.Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2.Masukkan minyak, susu, gula, serbuk koko dan vanila.
3.Masukkan tepung.Gaul sebati lagi, tapi jangan terlalu lama.
4.Tapis semua adunan ke dalam loyang.Guna penapis teh je. [saya tak tapis]
5.Kukus selama 45 minit atau bakar 180 darjah C selama 45 minit.

Topping
1.Ambil 1 cawan milo [saya guna vico].
2.Bancuh dengan 5-6 sudu air panas.
3.Tuang atas kek dan ratakan.
4.Taburkan coklat rice dan coklat chips.

Jumaat, 12 September 2014

KEK COKLAT FUDGE


Assalamualaikum
Bila mood berblog kembali pulih...keraplah mengpdate N3, tapi aduhaiii... lambatnya nak siapkan 1 N3 dek laptop x laju..Jadinya selang selikan dengan aktiviti rumah yang pelbagai, alhamdulillah selesai lah juga.

Nak kabo kek yang superb moist ni, sedapnya....Permintaan anak bujang juga untuk Ulangtahun kelahiran Si Adik..Time birthday dia hari tu tak sempat nak buat kek untuknya, kesian juga Si Abang.Jadi interframe kehendak dia dekat Si Adik.Dia sukakan kek yang moist sambil diberi pilihan gambar kek yang tampak moist untuk dicuba dari google.Memang menepati citarasanya kali ni..alhamdulillah.

KEK COKLAT FUDGE
Sumber; Hairunnisak

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
Sedikit vanilin [juga boleh menggunakan vanila]
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 sudu teh coklat mocca [jika perlu]
1 1/4 cawan air panas

Cara
1.Ayak tepung, soda bikarbonat, serbuk koko, garam dan vanilin.[saya guna esen vanila, maka saya masukkan ke dalam bahan cecair]
2.Pukul gula, telur, susu,minyak dan mocca paste.
3.Campur bahan [1] dan [2] dan kacau rata.
4.Akhir sekali tambah air panas sambil adunan dan dikacau.
5.Masuk dalam loyang
6.Bakar dalam oven 180 darjah C selama 40-45 minit.

Topping
1 sudu besar mentega
Coklat masakan [saya guna 250 gm]
1 sudu besar susu pekat manis

-Saya panaskan secara double boiler
-Bila dah suam baru tuangkan ke atas kek

Khamis, 7 November 2013

KEK RUSSIAN BLACK n WHITE


Assalamualaikum..
Ni bukan resepi asal Kek Russian Black n White yea..tapi ala2 gitu..Rujukan untuk membuatnya saya berguru di sini, di blog cida d Nuanza..Bolehlah terjah blog beliau untuk step by stepnya..

Kek coklat asas yang terhasil pula adalah bersumberkan dari kak izan myr [maaf sbb tidak besertakan link, sbb dulu2 lupa nk salin link].Saya pernah mencubanya suatu ketika dulu, boleh rujuk di SINI.Sedap kek ala2 ni...rugi tak cuba..hi2..
Kek Asas
MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber:
k.izan Myr [tiada  link]
Oleh :rohah

Bahan-bahan: (loyang 9''x3")
2 cawan tepung gandum     } diayak
2 sudu kecil baking powder} bersama
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanila

Bahan:(Bancuhan Koko/Pes Coklat)
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair @ fresh milk


Cara memasak:
1.Untuk membuat bancuhan koko: Masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk.Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat.Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap.Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
2.Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
4.Masukkan esen vanila dan gaul rata.
5.Masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata.Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180'C menggunakan api atas bawah.

GANACHE

Bahan untuk ganache [buat sehari sbelum guna]
100 gm whipping cream
250 gm coklat hitam
2 sudu besar mentega

Cara:
1.Campur semua bahan.
2.Masak secara double boil sampai coklat larut.
3.Biarkan semalam hingga ganache jadi pekat [boleh dipaipkan].

Bahan untuk cream cheese
500 gm cream cheese
250 gm butter
120 gm gula aising
1 sudu kecil serbuk nescafe [boleh letak lebih kalau rasa nak lebih]

Cara:
1.Campur semua bahan kecuali nescafe.
2.Mix sampai sebati dan gebu.
3.Selepas itu ayakkan nescafe.
4.Sebatikan.

Cara hias:
1.Potong kek kepada 4 bahagian
2.Ambil 1 lapisan kek, letak atas papan kek.
3.Masukkan adunan cheese dalam piping beg, paipkan ke sekeliling kek.Diikuti adunan ganache, berselang seli hingga habis.
4.Ambil sekeping kek, letakkan di atas, ulang step, paipkan adunan cheese dan ganache.Buat sampai habis semua 4 keping.
5.Pada lapisan kek yang ke-4, paipkan adunan cheese [sahaja] keseluruh kek kemudian ratakan.
6.Simpan kek dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

Salutan ganache:[masak lagi satu adunan ganache]-guna resepi tadi
1.Tak perlu biarkan semalaman
2.Cuma sejukkan ganache selama 15 minit.
3.Boleh terus tuang atas kek yang disaluti cheese tadi.

Khamis, 23 Mei 2013

CAKE POP


Assalamualaikum...
Jumpa lagi alhamdulillah..Hari ni berkongsi cara membuat Cake Pop berdasarkan pencarian di google, rata2 asas pembuatannya sama, cuma sesetengahnya ada yang menggunakan bahan mengikut citarasa dan kesesuaian sendiri.Saya cuba mengadaptasikan teknik-teknik yang ada di google dengan menggunakan bahan2 mengikut kesesuaian saya di sini.

Seronok juga membuat cake pop ni, bagai bermain permainan anak2..tapi tak berkesempatan membuatnya bersama anak2 yang dah besar tu, sebab time operasinya ketika mana Si Abang dan Si Kakak bersekolah, jadinya melayan seni ini sendirian..berselang seli ditemani oleh Si Kecik yang sekali sekala dengan versi tolong tolong kacau..

Untuk kek asas saya guna adunan kek saya sendiri, tapi hanya guna sebahagian kek, sebahagian kek untuk dimakan begitu saje.Kek coklat ni memang tidak terlalu manis, memang sesuai bila dipadankan dengan kemanisan yang ada pada salutan coklat tu nanti.

Untuk campuran kek yang dihancurkan, saya tidak memasukkan sebarang manisan seperti jem, tetapi hanya mencampurkannya dengan krimwell sahaja.Hasilnya  memuaskan, Cake Pop tidak manis dan tetap moist lebih2 lagi setelah semalaman di simpan di dalam fridge.

Untuk versi salutan saya gunakan dark coklat, bagi saya adalah amat bersesuaian kerana ianya kurang manis, sebaliknya tidak menggunakan coklat masakan sebab bimbang dengan kemanisan yang agak terasa di mulut apabila di makan nanti.Namun terpulang pada citarasa masing2.

Kek Coklat
Oleh:rohah

Bahan-bahan: (loyang 8"/ 1 kg)
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudi kecil soda bokarbonat*
1 cawan serbuk koko* (ayak bersama bahan bertanda *)
1  1/ 2 cawan gula perang
3 biji telur
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak masak

Cara:
1.Ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
2.Dalam bekas lain, satukan gula perang, susu cair, telur dan esen vanila.Pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.Tidak perlu lama sehingga kembang, sekadar bercampur dan sedikit sebati.
3.Satukan bahan kering yang telah diayak dengan adunan basah yang dipukul sebati tadi.Kaup balikkan perlahan-lahan dan gaulkannya dengan minyak.Sebatikan.
4.Lenserkan marjerin ke dalam loyang, alas dengan kertas serap minyak dan masukkan adunan ke dalamya.
5.Panaskan oven 160 - 170 darjah celcius, dan bakar adunan selama 45- 50 minit atau sehingga masak.
Cake Pop
Oleh:rohah

Bahan-bahan:(25 biji)
500 gm kek coklat (separuh adunan kek di atas)
2 sudu besar krimwell

Bahan pelengkap:
250 gm Dark Compound  Chocholate (Colatta)
Lolipop stick
Manik hiasan atau yang sesuai dengannya

Cara:
1.Ramas kek hingga hancur.
2.Masukkan krimwell dan gaulkannya dengan kek yang dihancurkan tadi.Sebatikan.
3.Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan/ kepalkan. Buat hingga habis.(Untuk mendapatkan saiz yang sama, gunakan scoop aiskrim untuk mencedok kek, kemudian padatkan dengan tangan).
4.Cairkan coklat secara double boiler.
5.Ambil lolipop stick dan celupkan sedikit bahagian hujungnya ke dalam coklat cair dan terus cucukkan ke dalam bebola kek tadi.Buat sehingga habis dan masukkan ke dalam fridge untuk beberapa minit.
6.Keluarkan dari fridge dan celupkan bebola kek ke dalam coklat yang dicairkan tadi.Teruskan menghias kerana salutan coklat terlalu cepat membeku.
7.Cucukkan stick tadi ke atas gabus untuk memudahkan proses pengeringan pada cake pop agar tidak melekat antara satu sama lain.Buat sampai habis.

Jumaat, 5 April 2013

MOIST CHOCOLATE CARAMEL CAKE



Assalamualaikum..
Jumpa di malam jumaat yang penuh barakah.Diam tak diam dah masuk bulan April..Cukup pantas!!

Ada rasa nak membaking sebenarnya, tetapi hanya menunggu masa yang sedikit lapang.Dah setengah bulan resepi kek ni berdiam diri dalam folder, menunggu saat dan ketikanya untuk dikongsi di sini, walaupun dah ramai rakan2 maya lebih mendahului...niat yang dipasang memang dah lama, begitulah lumrahnya..ada rezeki, memang muncullah N3 di sini.

Sedap!! mmg pasti.Tapi tu lah, kalau sentuh kek coklat pasti jarum timbang laju tak terkejar..Godaan memang susah nak elak, selagi duk dalam peti ais, selagi itulah mahunya..haissshhh..apapun tq buat sumber2 terdahulu yang  sudi berkongsi resepi ni, juga buat mimie yang terus memanjangkan resepinya.    
MOIST CHOCOLATE CARAMEL CAKE
Resepi:Kek Coklat Moist (Resepi Munira Baharum)
Sumber:Mimie

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis (saya guna 1/2 cawan)
1 cawan gula (saya guna 1/2 cawan)
1 cawan minyak masak
**Sebati semua bahan di atas dan masak atas api perlahan
**Rehatkan sekejap bila bahan telah sebati

Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil ( sudu kfc) baking powder
 **Semua bahan tersebut diayak

Bahan C:
4 biji telur (saya kacau dengan whisk)

Cara:
1.Satukan bahan B dan C ke dalam bahan A.
2.Secara berselang seli, gaul dengan senduk sahaja.
3.Apabila sudah sebati, ketepikan.

Untuk Karamel

Bahan-bahan:
2sudu besar gula (untuk loyang saiz 8")
(jika guna loyang kecil, gula sikit.Jika guna loyang besar, gula banyak)
**Jadikan gula hangus supaya kek tidak melekat pada loyang.

Bahagian Atas (Karamel):
1/2 tin susu cair
50 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
**Kacau sebati  lembut je, jangan sampai jadi buih.

Cara-cara:
1.Tuang bahan karamel dalam loyang gula hangus tadi.
2.Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah bain marie (letak loyang kek dalam loyang berisi air di bawah).Anggaran 15 minit, untuk pekatkan sedikit karamelnya.
3.Keluarkan dari oven, rehatkan dalam 15-20 minit baru terbalikkan.

**Pastikan karamel agak beku baru tuang adunan, untuk mengelakkan dari bercampur.
**Karamel jika dikukus pun boleh, setelah letak adunan barulah dibakar.
**Jangan terbalikkan masa panas2 untuk mengelakkan karamelnya pecah.


Selasa, 26 Mac 2013

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum...
Apa khabar semua....2 hari tak update..hanya sempat jalan2 sekejap di laman kawan2 yang ada..moga semua sihat hendaknya.
Siaran kek yang mana ramai sangat rakan2 maya dah mencubanya.Saya macam biasa, versi ketinggalan gerabak..Tak apalahnya kot, biar lambat asal selamat..hehee..(menenangkan diri sendiri..)

Sedap sangat kek kak dayang nih..sampai buat 2 kali dalam 1 minggu..walaupun ramai yang dah mencuba, tetap saya langsungkan resepinya di sini, mungkin masih ada yang belum berkesempatan  mencubanya selain mudah untuk saya buat rujukan akan datang.Tq buat kak dayangjack atas resepinya.Untuk topping ganache boleh lihat SINI ye..

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
Secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau miyak jagung atau mentega cair
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius.Sediakan loyang kek.Griskan dengan mentega.Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2.Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.Masukkan tepung susu, garam dan gula perang.Kemudian dikacau rata-rata.
3.Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco atau chocolate emulco.Kacau perlahan-lahan dengan whisk.Pastikan adunan tidak berketul.
4.Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.




Jumaat, 15 Mac 2013

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE; KEK HARI LAHIR




Assalamualaikum..
Bersiaran lagi hari ni, alhamdulillah.Salam ceria di pagi Jumaat yang mulia ini.

Syukur Ya Allah atas rahmat Mu,
Kerana aku masih diberi peluang bernafas di bumi naungan arasy Mu..
Tanggal 15 Mac setiap tahun,
Membuatkan aku sentiasa mengharap pada Mu..
Sebagai hamba yang kerdil aku hanya mampu berdoa,
Moga aku mencapai setiap redha Mu dari segelinap umur ku..
Amin..


Terhasilnya kek ni sebagai tanda kesyukuran..tak ada pun majlis special, cuma dapat menghidangkan dessert untuk di makan santai bersama suami dan anak2..


Series sedap sangat kek ni, lebih2 lagi bila tergigit toppingnya, rasa chewy cam tu..


DEVIL'S FOOD CHOCHOLATE CAKE
Resepi:Shelly Kaldunski book On Cupcakes
Sumber:Azlita

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula pasir (saya guna gula kaster)
1/2 cawan brown sugar 
125 gm mentega
2 biji telur gredA
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk (buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan 10 minit)
1 cawan air suam

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170 darjah C.Sediakan loyang ukuran 9".Alas dengan kertas minyak dan sapu butter sekelilingnya.
2.Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan.
3.Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
4.Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering (tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan cecair (buttermilk + air suam) dalam tiga bahagian.
5.Terakhir masukkan vanila ekstrak.
6.Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125 gm Philadelphia cream cheese
60 gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sudu teh vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon

Cara:
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy sahaja, tambahkan gula aising dan jus lemon.


Chocholate Ganache
100 ml double cream/ whipping cream
250 gm coklat gelap dicincang halus
Sedikit garam

Cara:
1.Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat dan sedikit garam, kacau rata.Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan.
2.Melapis kek setelah kek benar-benar sejuk.tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan.Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20-30 minit.Tuangkan ganache coklat di atasnya.
3.Hiaskan kek mengikut kreativiti.
4.Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras.
5.Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese, celupkan mata pisau dalam air panas atas boleh juga panaskan mata pisau atas dapur.Lap mata pisau dan potong.

Khamis, 7 Mac 2013

KEK COKLAT SACHER


Assalamualaikum..
Muncul pula N3 di petang hari yang mendung ketika ini...Semuanya dengan keizinan-Nya.Petang ni N3 menyajikan sejenis hidangan kek berat iaitu Kek Coklat Sacher.Macam biasa, pembikinanya telah berlalu 2 minggu yang lepas..ahaaa..

Kek ni sedap, tapi sedia maklumlah kek berat ni isipadunya agak padat.Kesedapannya adalah berasas dari kandungan coklat masakan yang terdapat di dalamnya.Macam biasa juga, saya buat 1/2 adunan dari sukatan asal seperti di bawah tu.Takut tak habis, kalau habis pun Si Pembaking yang habiskan...kes kumpul lemak jawabnya..hehee..

Untuk topping kek ni pun saya suka, cuma masa saya sukat untuk toppingnya ada kesilapan sukatan rupanya..terlebih susu sejat!! cair sikit jadinya, tapi tak apa, dah selamat dihabiskan..Macam biasa, model kecik ni menawarkan diri untuk buat pose ikut citarasanya..Dialah yang suka mengacau Umminya ketika mememokan foto masakan..
~Selamat mencuba~

KEK COKLAT SACHER
Resepi:Noraini Zakaria (BUKU KOMPILASI HIDANGAN KEK)

Bahan (A):
200gm mentega
200gm tepung kek
180gm coklat masakan 
100gm gula kastor (saya kurangkan)
7 biji kuning telur gred A

Bahan (B):
7 biji putih telur gredA
100gm gula kastor (saya kurangkan)

Bahan Ganache Coklat:
250gm coklat masakan 
100gm susu sejat

Cara membuat:
1.Bahan (A):Cairkan coklat masakan dengan cara double boiler.Ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula kastor hingga berkrim.Masukkan kuning telur dan putar lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan coklat cair yang masih suam itu dan putar lagi hingga sebati.
4.Bahan (B):Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dan gula kastor hingga gebu dan kental.
5.Tuangkan adunan putih telur ke dalam adunan coklat tadi.Kemudian masukkan tepung kek sedikit-sedikit sambil dikaup balikkan hingga rata.
6.Griskan acuan bulat berukuran 8 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan ratakan permukaannya.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam.
7.Setelah sejuk, tuangkan ganache coklat di atasnya.Hiaskan.
8.Ganache coklat:Panaskan susu hingga mendidih dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat.Gaulkan hingga cair.Biarkan ia pekat sedikit baru tuang atas kek.