Assalamualaikum..
Salam Jumaat, penghulu bagi segala hari.Bagai mahu lagi mengunyah cream puff, tapinya seakan malas nak membuat masakan ulangan..Menu ni dah seminggu berlalu.
Tq untuk Mamaleza dan sumber2 terdahulu atas sumber resepinya walaupun saya rasa beliau (Mamaleza) sudah tidak aktif berblogging kini.Lembut cream puff ni, alhamdulillah habis dengan pantasnya.
CREAM PUFF
Kiriman:Jeni
Sumber:Mamaleza , Umi Imah
Bahan-bahan:
Pastry:
250 ml air
125 gm butter
150 gm tepung | diayak
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula
4 biji telur
Cara membuatnya:
1.Didihkan air dan butter hingga cair.Kemudian masukkan tepung yang diayak.
2.Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk.
3.Angkat dan sejukkan.
4.Bila sejuk pukul sedikit dan masukkan telur sebiji-sebiji hingga sebati..
5.Masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas loyang yang telah disapu sedikit planta.
5.Masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas loyang yang telah disapu sedikit planta.
6.Bakar 25 minit dengan suhu 200 darjah celcius atau sehingga kekuningan.
Custard Filling:
500 ml susu segar
100 gm gula
80 gm tepung custard
Cara membuatnya:
Hangatkan susu dan gula atas api sederhana.Masukkan tepung kastard dan kacau hingga pekat.