Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan

Khamis, 10 Julai 2014

SUP AYAM CENDAWAN PETIR

Assalamualaikum

Keenakan pada rasanya berbanding spesis cendawan2 lain memang tak dapat dinafikan..Agak luar biasa bila telah dinikmati.Kali ni masuk kali kedua  dapat makan cendawan petir ni, sebab susah nak dapat.Seangkatan juga dengan namanya yang agak unik.Dipanggil juga sebagai Kulat Tahun.Boleh baca info di SINI.
gambar; Google


Saya buatkan sup je, memang berselera dibuat hidangan ketika sahur.Cukup lembut isi cendawan ni, dan rasa segar bila dihirup kuah supnya walaupun penyediaannya cukup simple.
SUP AYAM CENDAWAN PETIR
Oleh;Rohah

Bahan-bahan
5 ketul bahagian ayam, potong kecil isinya
Beberapa ketul kaki ayam
Cendawan petir secukupnya
1 labu bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
Cili api secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada sulah
Daun sup
Minyak untuk menumis

Cara
1.Tumiskan bawang sehingga layu dan garing.Masukkan air dan renehkan.
2.Masukkan kaki ayam dan biarkan separa empuk, barulah dimasukkan hirisan isi ayam.
3.Tuangkan cendawan dan butiran cili api.Biarkan sehingga cendawan masak.
4.Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula.
5.Hidangkan bersama hirisan daun sup.



Rabu, 3 Julai 2013

KANGKUNG CAMERON TUMIS



Assalamualaikum..
Salam ceria.Menu tertunggak ni..semenjak demam hari tu, dapur tak berasap..tuan badan banyak landing atas sofa je..2 hari ni baru start masak2 kat dapur..Simple je ni, tapi bestnya kangkung dari cameron ni, lebih lembut dan lagi sedap dari kangkung biasa.


KANGKUNG CAMERON TUMIS
oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 cekak kangkung cameron -potong pendek
5 tangkai cili api - tumbuk
3 ulas bawang merah- tumbuk
1/2 biji bawang holland - hiris
3 ulas bawang putih- ketuk
Belacan secukupnya-tumbuk
Sedikit ikan bilis- tumbuk
1 sudu besar sos tiram
Cili besar- hiris
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara;
1.Tumiskan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan sos tiram.Masukkan sedikit air jika perlu.Renehkan.
2.Masukkan kangkung, goreng secukupnya, taburkan cili besar dan matikan api.
3.Hidangkan.

Ahad, 19 Mei 2013

Menu Berpantang: KERABU JANTUNG PISANG

Assalamualaikum...
Bersiaran kembali,semoga ceria-ceria selalu.Bagi penggemar kerabu yang ringkas, bolehlah mencuba resepi ni.Tak susah dan tak  perlu banyak perencah, yang penting jantung pisangnya ada, sebab bahan-bahan lainnya mesti dah sedia ada kat dapur kita kan..
Kiranya menu berpantang saya untuk hari kedua berpantang tempohari..sebab kebetulannya ada jantung pisang awak yang sedang2 elok untuk ditebang ketika itu.Mulut teringin pulak nak makan kerabu..menjadi je lah terus sebab barang2 dah ada..

KERABU JANTUNG PISANG
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang-cuci,buang kulit, belah 2 dan celur
1/2 cawan santan pekat- jerang sekejap
1 labu bawang besar- hiris halus
30 gm ikan bilis - cuci, rendam air panas, tumbuk, sangai sekejap
1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
1 batang serai - hiris lalus
1 biji lada merah besar- hiris
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
Garam secukup rasa
Gula secukupnya

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk bersama sedikit garam dan rebus jantung pisang hingga empuk.Toskan.
2.Hiriskan jantung pisang.Gaulkan bersama bawang, bilis tumbuk, lada hitam, serai, lada merah dan jus limau kasturi.
3.Curahkan santan, gaul lagi bersama garam dan gula secukup rasa.
4.Hidangkan.

Ahad, 12 Mei 2013

KERABU EPAL HIJAU

Assalamualaikum..
Selamat malam semua dan Selamat Hari Ibu buat para ibu, semoga jadi ibu mithali, insyaAllah..amin.Kembali bersiaran denagn N3 tertunggak, dah 2 bulan terperam..

Mood melarat ni, tapi cuba up kan mood dengan tayangan Kerabu Epal Hijau yang cukup enak."Enak dimakan begitu saje....".Seriesssss..belum cuba belum tahu kan..Sebenarnya kerabu  epal hijau ni saya gandingkan dengan set Nasi Pilaf Tomato bersama Ayam Sosha Istimewa yang sangat sedap..InsyaAllah N3 kedua-dua menu tersebut akan menyusul kemudian.Untuk malam ni kita renung2 je resepi kerabu yang mudah ni ye..Cuba tengok dalam fridge, ada stock epal hijau tak?kalau ada, esok bolehlah zassss..Sedapnyeee..Tq kak Ena, berkongsi resepi!..
KERABU EPAL HIJAU
Resepi:Ena Zamri

Bahan-bahan:
3 biji epal | grated dengan kulit sekali
1 genggam udang kering | goreng tanpa minyak, tumbuk
1 batang serai | hiris halus
5 helai daun limau purut | hiris
6 biji cili api | hiris
Perahan lemon
Sedikt garam
Sedikit gula

Cara:
1.Mixed semua dan masukkan dalam fridge.
2.Hidangkan.



Rabu, 1 Mei 2013

PUCUK UBI MASAK LEMAK

Assalamualaikum...
Siang hari 1 mei dah pun berlalu, mungkin ramai yang mengambil kesempatan  ini dengan bersiar2 bersama family siang tadi.Sebahagiannya mungkin menghabiskan masa bersama keluarga dengan bersantai2 sahaja di rumah seperti saya... :D

Sayur kampung je???..Ye...makan pucuk ubi je, sedap kan...apatah lagi jika ada sambal belacannya.Semua orang tahu akan jawapannya.Pucuk ubi yang saya buat masak lemak ni adalah dari spesis pucuk ubi keriting, sedap pucuk ubi ni.Apa yang saya faham, ubi kepada pucuk ubi keriting ni tidak boleh dimakan isinya..Puas makan pucuknya je..
Pucuk Ubi Keriting (Gambar google)

PUCUK UBI MASAK LEMAK
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 cekak penuh pucuk ubi | ambil daunnya
2 ulas bawang merah | tumbuk
5 tangkai cili padi | tumbuk
10 gm ikan bilis | tumbuk tidak lumat
Santan secukupnya
Garam

Cara:
1.Celurkan daun pucuk ubi dalam air yang mendidih.Celur hingga separa empuk.Toskan.
2.Masukkan santan dalam periuk.Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama pucuk ubi yang telah dicelur.
3.Kacau selalu hingga kuah mendidih dan pucuk ubi betul2 lembut.Perasakan dengan garam.
4.Matikan api.

Rabu, 10 April 2013

LABU MASAK LEMAK BERSAMA PUCUK KADUK


Assalamualaikum..
Selamat malam..Malam2 tayang menu sayur...sah2 menu zaman bila kan...2 minggu lepas punya menu sebenarnya.Kali ni saje bubuhkan sekali beberapa tangkai daun pucuk kaduk.Biar ada aroma daun kaduk tu.Oklah, layan foto je lah ye, resepi pun simple je, kacau2  dah siap..Selamat malam semua, sampai jumpa lagi.

LABU MASAK LEMAK BERSAMA PUCUK KADUK
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
600 gm labu | kupas kulit, potong kecil
Beberapa helai daun pucuk kaduk
1000 ml santan
5 tangkai cili api | tumbuk
2 ulas bawang merah | tumbuk
Sedikit belacan (sedikit sahaja) | tumbuk
15 gm ikan bilis | buang tulang | tumbuk
Garam
Gula

Cara:
1.Masukkan santan dalam periuk beserta bahan-bahan yang telah ditumbuk.Biarkan mereneh sekejap.
2.Setelah mula menggelegak, masukkan labu dan daun pucuk kaduk.Kacau sentiasa.
3.Masak hingga mendidih.
4.Apabila labu sudah lembut, barulah diperasakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Matikan api.

Isnin, 8 April 2013

KACANG PANJANG TUMIS TELUR

Assalamualaikum..
Bersiaran kembali setelah beberapa hari Damai Qalbu tidak menerbitkan N3, bersantai merehatkan diri ..begitulah..

Resepi sayur simple saya, selamat jamu matalah ye.Saya suka masak kacang panjang style gini, menyelerakan.Lebih2 lagi jika ada padanan telur masin..xtra selera!!
KACANG PANJANG TUMIS TELUR
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
10  tangkai kacang panjang | potong pendek
4 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
1-2 tangkai cili besar merah | tumbuk
10 gm udang kering | tumbuk
1 biji telur
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak

Cara:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga beraroma.
2.Masukkan air dan renehkan.Kemudian masukkan kacang panjang, kacau.Tutupkan kuali sejekap.
3.Setelah kacang separuh masak, perisakan dengan garam dan sedikit gula.Pecahkan telur dan kacau sekadarnya.
4.Matikan api dan hidangkan.

Selasa, 2 April 2013

PUCUK MANIS MASAK LEMAK PUTIH

Assalamualaikum..
Jarang2 masak pucuk manis kat rumah ni, tapi selalu makan..macam mana tu??..Biasanya makan time balik kampung, sebab bonda saya ada tanam pokok ni di tepian terataknya..tinggal petik je..Gitulah kisahnya.

Macam biasa kalau dibuat masak lemak, mesti kena ada lawannya; sambal belacan kan..kalau tak ada sambal tu, rasa malap je time menyantap...Tambah lagi digorengkan dengan ikan kering tamban..compem x-tra puas..
PUCUK MANIS MASAK LEMAK PUTIH
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk manis (ambil daun dan pucuk muda)
1500ml santan
2 ulas bawang merah | tumbuk
Sedikit belacan (sedikit sahaja) tumbuk
15 gm ikan bilis | buang tulang | tumbuk
3 tangkai cili merah | hiris
Suhun secukupnya | rendam sekejap dalam air
Garam
Gula

Cara:
1.Masukkan santan dalam periuk beserta bahan-bahan yang telah ditumbuk.Biarkan mereneh sekejap.
2.Setelah mula menggelegak, masukkan daun pucuk manis.Kacau sentiasa.
3.Bolehlah dimasukkan rendaman suhun setelah beberapa minit daun pucuk manis dimasukkan.Masak hingga mendidih.
4.Apabila suhun kelihatan sudah mengembang dan daun pucuk manis sudah lembut, barulah diperasakan dengan garam dan sedikit gula.Masukkan hirisan cili merah.
5.Matikan api.

SAMBAL BELACAN
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
5cm belacan*
3 ulas bawang merah* |belah
1 ulas bawang putih* | belah
10 tangkai cili api*
Gula
Air asam jawa secukupnya
Sedikit Jus limau
Sedikit minyak masak

Cara:
1.Gorengkan bahan bertanda (*) hingga beraroma dan layu.Angkat dan toskan.
2.Tumbuk lumat bahan2 yang digoreng tadi.
3.Gaulkan dengan air bancuhan air asam jawa dan sedikit perahan jus limau.Perisakan juga dengan sedikit gula.
4.Hidangkan.

Jumaat, 22 Mac 2013

BAK CHOY BERSOS TIRAM

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat bagi penghulu segala hari...Terasa singkat dan pantas rasanya masa yang kita lalui...Rasanya baru je melalui jumaat minggu yang lalu, tahu2 dah menjengah jumaat lagi..Astaghfirullah, subhanallah..

Sesungguhnya dah lama tak jamah bak choy..seriesss!!..Tapi dek teringat resepi ala2 chinese ni, teringin lah pulak nak makan..Bergegas ke Tesco nak cari baby bak choy, tapi tak ada.Sebaliknya hanya ada bak choy yang gumok gedempol batangnya..Sauk je, asalkan boleh dimasak.Nak cari tempat lain, kalau ia compem ada!..macam tu lah biasanya kalau cari barang..

Resepi mudah je, kita suka dengan kuahnya yang ala2 pekat tu dan rasa sos tiram.Makan dengan nasi yang masih panas2..memang syok sekejap..hehee..Ratah macam tu pun sedap..
BAK CHOY BERSOS TIRAM
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
6 pohon bak choy | buang sikit hujung batangnya, celur
3 ulas bawang putih | cincang halus
10 gm udang kering | rendam sekejap dengan air panas
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/4 sudu kecil kicap pekat
1 1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Sedikit minyak bijan
Garam 
Sedikit gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Didihkan air dalam periuk bersama sedikit garam, celur bak choy dan toskan.
2.Untuk Kuah:Panaskan minyak, tumiskan bawang putih cincang hingga beraroma.Masukkan udang kering, kacau rata.
2.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan kacau.
3.Tuangkan air dan biarkan mendidih.Titiskan sedikit minyak bijan agar naik aromanya.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga mereneh sekejap.Perisakan dengan garam jika masinnya belum mencukupi.Masukkan sedikit gula (sikit je) agar seimbang rasanya.
5.Susun bak choy dalam pinggan dan siramkan kuah ke atasnya.Hidangkan.

Ahad, 17 Mac 2013

PISANG MUDA MASAK LEMAK

Assalamulaikum...
Selamat berhujung minggu..
Sudahkah rakan semua berkira2 tentang menu apa yang hendak dimasak tengahari ini? Buntu???..harap2 tidak begitulah ye..Jika yang terluang tu mesti dah ada plan yang bagus untuk menu dihujung minggu kan..
Hari ni kembali bersiaran dengan Pisang Muda Masak Lemak..Alhamdulillah dapat menjamah pisang hasil tanaman di tanah rizab kawasan perumahan ni..Tak sangka pisang yang ditanam kiranya cepat berbuah..Mungkin disebabkan faktor tanah yang sangat subur, sebab time korek tanah untuk menanam anak 2 pokok pisang bulan Mei tahun lepas, banyak cacing yang terungkai dek terkena mata cangkul.Bulan Oktober buah pisang dah mula berputik dan awal Mac dah boleh dinikmati hasilnya..alhamdulillah.
Inilah antara menu yang dapat saya buat dari pisang tanduk ni..Masak 1 sisir sahaja dah banyak satu periuk, memang tak habis dimakan satu keluarga, boleh beri pada jiran...O.klah, resepi mudah boleh lintas langsung di bawah ye..


PISANG MUDA MASAK LEMAK
oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 sisir pisang tanduk muda | siat kulit & dihiris
1 liter santan
4 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
1 inci kunyit hidup | kisar
5 tangkai cili padi | kisar
Sedikit udang kering | kisar
1/2 biji kiub bilis knorr
Garam
Gula
Minyak masak

Cara:
1.Sediakan air yang dibubuh sedikit garam dalam besen kecil.
2.Basuh pisang.Siat nipis kulit pisang dan potong  ikut kesesuaian masing2.Masukkan dalam besen yang berisi air campuran garam agar pisang tidak nampak terlalu lebam.
3.Didihkan air dalam periuk, dan celurkan pisang sekejap agar cepat empuk apabila dimasak. (jangan terlalu lama).Toskan.
4.Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga beraroma.
5.Masukkan santan dan kiub ikan bilis.Kacau hingga mereneh barulah dimasukkan pisang.
6.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Apabila pisang benar2 empuk, matikan api.

Sabtu, 23 Februari 2013

PERIA GORENG BIJAN



Assalamualaikum..
Bagi penggemar peria, di sini saya ingin berkongsi resepi mudah untuk menyediakan peria goreng.Enak dibuat kudapan begitu sahaja.Sesuai dan sedap bila dicicah bersama sambal kicap.Cubalah sendiri jika mahu kelainannya...

PERIA GORENG BIJAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
250gm peria | hiris bulat
1/3 tepung jagung
1/3 cawan tepung gandum
Serbuk lada sulah secukupnya
Garam
Bijan hitam secukupnya
Sedikit air (untuk membancuh tepung)
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Hiris peria berbentuk gegelang dan buang empulur tengahnya.
2.Satukan tepung jagung, tepung gandum, garam, lada sulah dan bijan dalam mangkuk.Bancuh dengan sedikit air.Kacau sebati.
3.Panaskan minyak, ambil peria satu persatu dan celupkan ke dalam bancuhan tepung.Goreng hingga kekuningan.
4.Hidangkan.Enak dimakan begitu sahaja bersama sambal kicap atau dibuat sayuran ketika menjamah nasi.

Jumaat, 15 Februari 2013

BATANG KELADI TUMIS TEMPOYAK


Assalamualaikum...
Sayur batang keladi ni biasanya saya masak asam rebus.Baru2 ni balik dari kampung macam biasa kalau ada hasil keladi, memang saya angkut.Alhamdulillah dapat cabut empat rumpun pokok keladi sebab ubinya dah nampak tua, cuma tak berapa besar je ubinya tu.Semuanya adalah hasil tanaman mak.Sejak dari saya kecil lagi memang bonda saya tak pernah ketinggalan biakkan pokok2 keladinya, sampailah sekarang.Alhamdulillah hasilnya bolehlah buat makan2 keluarga time semua adik-beradik balik kampung.

Kali ni saya cuba tumiskan batang keladi ni dengan mencampurkan tempoyak.Bubuh cili api banyak sikit, memang beruap je makannya.Sebab anak2 tak makan pun sayur ni, jadi beranilah nak bubuh cili api tu over sikit, kalau tak, tidak berpeluang juga.Jomlah sama2 mencuba.Resepinya di bawah tu ye...

BATANG KELADI TUMIS TEMPOYAK
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
8 alur batang keladi | siat kulit & potong pendek
1 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang merah* | tumbuk bahan bertanda (*)
1 ulas bawang putih*
8 tangkai cili api*
Sedikit belacan*
15gm ikan bilis*
Sedikit air (sedikit sahaja)
Garam
Gula 
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Siat nipis kulit batang keladi.Potong pendek, cuci dan rebus seketika (jangan sampai layu).Toskan.
2.Tumiskan bahan tumbuk sehingga layu, masukkan tempoyak.
3.Tuangkan sedikit air, kacau dan reneh sekejap.
4.Masukkan batang keladi yang telah direbus tadi.Perisakan dengan garam dan gula.Kacau gaul hingga rata dan biarkan seketika.
5.Matikan api dan sedia untuk dihidang.