Memaparkan catatan dengan label Kuey Teow. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuey Teow. Papar semua catatan

Ahad, 3 Februari 2013

KUEW TEOW LADNA...Sedap!!!


Assalamualaikum..
Satu hari buntu tak tahu nak masak apa, tapi awal2 lagi dah keluarkan kuew teow dari fridge.Kebiasaannya kuew teow goreng je yang menjadi santapan yang mudah dan cepat untuk disediakan...Tapi tetiba keinginan nak hirup kuah yang segar2 mula terbit pada masa yang sama..Stock yang ada kat peti ais hanyalah sotong, carot dan sawi....

Terus menggoggle resepi Kuew Teow Ladna, tapi nak resepi yang mudah2 je, janji dapat kesegaran kuahnya.Akhirnya jumpa dan berkenan dengan resepi olahan Kak Sha, nampak mudah dan menyelerakan..

Tepat jangkaan saya, memang sedap, menyelerakan!!, padahalnya kuew teow yang saya masak hanya berasaskan aksesori tambahan seperti sotong, carot dan sawi...Lain2 bahan memang tak ada.Alhamdulillah perut betul2 kenyang sebab menambah2..TQ Kak Sha...
KUEW TEOW LADNA


Bahan-bahan:
Kicap pekat secukupnya (untuk digaul bersama kuew teow)
1 bungkus kuew teow
2 ulas bawang putih | ketuk
4 biji cili padi | ketuk
1 biji kiub ayam
Sotong/ udang/ayam secukupnya
Sawi, carot, putik jagung, bunga kobis (sawi asingkan batang)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil tepung jagung (tambahkan air untuk pekatkan kuah)
Air secukupnya

Cara:
1.Gaul kuew teow dengan sedikit kicap.Panaskan minyak sedikit dalam kuali, masukkan kuew teow gorengkan sekejap anggaran 2 minit.Angkat dan masukkan dalam pinggan.
2.Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau.
3.Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, carot, putik jagung, bunga kobis, ayam, batang sawi dan sotong.Kemudian masukkan air secukupnya.Biarkan mendidih.
4.Masukkan garam, sawi dan udang.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.
5.Setelah siap, tuangkan ke atas kuew teow tadi.


Sabtu, 28 Januari 2012

KUEY TEOW GORENG KURMA





Assalamualaikum..
Bertemu kembali..Menu untuk makan malam saya semalam..Simple je sebenarnya, tetapi yang pastinya enak pula bila kuey teow berempahkan "rempah kurma".





KUEY TEOW GORENG KURMA
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
450gm kuey teow
3 bahagian isi ayam | potong kecil
1/2 labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
2 sudu besar rempah kurma (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu kecil cili giling (nak tambah pun boleh)
Kobis secukupnya | hiris
1/2 batang lobak merah | dihiris halus
1 kiub ayam knorr
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Garam (saya tak bubuh)
Minyak masak secukupnya


Bahan taburan:
Daun bawang
Cili merah

Cara-cara:
1.Tumiskan bawang merah,bawang putih hingga layu.Kemudian masukkan cili giling dan rempah kurma hingga naik minyak.
2.Masukkan pula hirisan ayam dan hirisan lobak, dan kacau rata.Masukkan sedikit air dan kiub ayam knorr.Didihkan sebentar.
3.Masukkan pula kuey teow dan kicap secukupnya diikuti kobis.Gaul rata.
4.Matikan api.

Rabu, 7 Disember 2011

KUEY TEOW SUP TELUR



Assalamualaikum..
Alhamdulillah, kenyang juga makan kuey teow sup ni ye...Kali kedua saya buat kuey teow sup.Sesekali kene juga tukar menu dan resepi..
KUEY TEOW SUP TELUR
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
450gm kuey teow} dicelur

Sup:
4 ulas bawang merah} kisar
3 ulas bawang putih} kisar
2cm halia} kisar
1 batang lobak} potong pendek memanjang
2 kuntum bunga lawang
1/2 batang kulit kayu mani
2 keping fish cake} hiris
Sawi secukupnya}
5 biji telur} potong
150 liter air
1 biji kiub ayam knor
Lada sulah secukupnya (optional)
1 sudu kecil lada putih kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Taburan:
Bawang goreng
Daun sup 

Cara:
1.Celurkan kuey teow dan toskan.Siramkan dengan air paip dan toskan sekali lagi.Ketepikan.
2.Tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang dan hingga kekuningan.
2.Masukkan air, kiub ayam dan hirisan lobak.Biarkan hingga mendidih.Perasakan dengan garam dan gula.Setelah itu perlahankan api dan masukkan telur diikuti hirisan fish cake.
3.Apabila hampir masak masukkan sawi, serbuk lada putih dan lada sulah.Matikan api.


KUEY TEOW GORENG BASAH




Assalamualaikum..
Pebret oh pebret...biarlah simple, tapi sedap je kalau dah depan mata.

KUEY TEOW GORENG BASAH
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
2 peket kuey teow} basuh dan toskan
4 ekor sotong} potong cincin 
2 biji cili besar} tumbuk
5 ulas bawang merah} tumbuk
3 ulas bawang putih} tumbuk
5-10 gm ikan bilis} tumbuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu besar sos tomato
3 biji telur
1 cawan air
2 genggam taugeh
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan:

1.Tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga layu.Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan sos cili.Kacau sebentar barulah masukkan sotong.Perasakan dengan garam dan gula.
2.Masukkan air dan didihkan sebentar.Masukkan kuey teow, gaul sempurna dan pecahkan telur ditengah-tengah kuali.Kacau telur tersebut kemudian ratakan keseluruh kuey teow tadi.Masukkan pula taugeh, kacau sebentar dan tutup api.