Memaparkan catatan dengan label Kuih Tradisional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih Tradisional. Papar semua catatan

Isnin, 27 April 2015

KUIH SIPUT

Assalamualaikum...
Hari ni jumpa gambar n N3 lama lagi yang belum disiarkan.hiiiiihii..zaman bila punyalah ni...wink3,  Ogos 2012.Mak aiiiii lamanyeeee.Apapun selamat mencuba.
KUIH SIPUT (rangup/sedikit pedas)
Inspirasi:Majalah SAJI

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
15 gm udang geragau*
10 gm jintan manis*
10 gm jintan putih*
2 biji telur
200 gm marjerin
10gm serbuk lada (cili powder)
15gm rempah kari
2 sudu kecil garam
200 ml air
Daun kari secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:
1.Kisar halus udang geragau, jintan putih dan jintan manis bersama sedikit air.
2.Satukan tepung, serbuk cili, rempah kari, garam, marjerin, telur dan bahan kisar.Gaul rata.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit, dan uli sehingga menjadi doh.Pastikan doh tidak melekit.
4.Gentel adunan menjadi bentuk siput menggunakan acuan khas.Buat sehingga habis.
5.Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana panas.Lurutkan daun kari semasa menggoreng dan goreng hingga kekuningan.

Ahad, 22 Julai 2012

KUIH SIPUT


Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita masih dipertemukan  di hari kedua Ramadhan...Apa menu berbuka hari ni??? Mesti semua sibuk di dapur menyediakan juadah yang enak2 kan..Mudah-mudahan berkat ibadah puasa yang kita lalui insyaAllah.

Hari ni saje saya tayang kuih siput ni, sebab masih lemau rasanya nak mengupdate menu2 lain yang tertangguh & berderet dalam folder tu.Kuih siput ni kalau nak tahu, saya buat dah lama, puasa tahun lepas..adehh mak aii...lama beno tuuu..hehe...tak salah kan!Selama ni posted kat fb je..

Resepi Kuih Siput ni rapuh strukturnya.Jadi kalau sesapa yang tak suka rapuh, bolehlah kurangkan marjerinnya.
Rempah ratusnya pun meriah, (sebab saya suka).Jadi kalau sesapa yang tak suka rerempah yang over sikit, kurangkan je lah penggunaannya.Selamat mencuba kepada yang berkenan..


Kuih Siput /versi rapuh
Sumber: Olahan dari 2 majalah.
Sumber: Rohah

Bahan-bahan:
600gm tepung gandum
220gm marjerin | dicairkan *klu nk lg rangup guna sukatan 240gm marjerin
6++tangkai daun kari | untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari | Kisar
2 sudu besar serbuk kari
15gm jintan halus | Kisar
15gm jintan kasar | Kisar
15gm udang kering | Goreng dan Kisar
2 ulas bawang putih | Dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
Air (Sediakan 150ml+-)
Garam secukupnya (tp kebiasaannya saya guna dlm lebih kurang 1++ sudu kecil garam)
Cara:
1-Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam2).Ketepikan.

2-Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi.Ketepikan.
3-i-Kisar jintan kasar,jintan halus dan daun kari.
   ii-Kisar udang yg digoreng bersama bawang putih.
4-Dalam satu bekas, campurkan bahan i & ii dan gaul rata bersama garam (adjust garam ni; jgn terlajak masin pula).
5-Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam adunan tepung yg telah disebatikan dgn minyak Gaul rata.
6-Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. (sambil tu, cuitlah sikit tepung utk test sekali lg sama ada dah cukup masin ke belum).
7-Masukkan air sedikit demi sedikit..dan uli sampai betul-betul sebati.Jangan tuang air terus..klu dah tak melekat tandanya o.kle tu..
8-Gentel siput smpi habis.
9-Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya..SIAP