Memaparkan catatan dengan label Brownies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Brownies. Papar semua catatan

Khamis, 30 Januari 2014

BROWNIES CHEESE KUKUS


Assalamualaikum...
Selamat bersiaran kembali..Dah ramai yang bercuti ye sempena CNY..berhati-hati di jalan raya bg rakan2 yang balik ke kampung.Semoga selamat perjalanan anda.

Resepi brownies kali ni.Sedap ...cuma untuk bahagian atasnya ada yang kurang anjal...tak tahu kenapa sebab dah tambah masa mengukus.Mungkin ada teknik yang saya kurang arif..Teringin makan dan buat lagi sbb enak...
BROWNIES CHEESE KUKUS
Resepi;Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
sumber;imasak.com

Bahan-bahan
Bahan A [Brownies]
2 biji telur
1/2 cawan susu cair/ 250ml 
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula kastor

Bahan-bahan yang diayak bersama
1/3 cawan serbuk koko [boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko]
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Cara
Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender.Kisar perlahan-lahan hingga sebati.Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak.[simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti].Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan keju
500 gm cream cheese
4 biji telur gred B
140 gm gula halus
Sedikit esen vanila

Cara
Pukul cream chese hingga gebu.Masukkan gula dan pukul hingga sebati.Masukkan pula telur dan vanila.Pukul lagi hingga rata.Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus.Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi.Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.







Sabtu, 4 Januari 2014

BROWNIES STRAWBERI JAZZY


Assalamualaikum.
Selamat menempuh tahun baru  2014 saya ucapkan khusus  buat rakan2 maya yang dikasihi.Pastinya  di kalbu anda  semua sudah tersemat indah dengan azam yang baru.Moga Allah permudahkan urusan kita untuk terus  melangkah kehadapan.

N3 pertama saya di permulaan tahun 2014, menyusul bersama azam yang lama tetapi direniew sentiasa [heheeeee...] insyaAllah, agar dapat berkongsi ilmu bersama rakan2 maya yang lain dengan rasa ikhlas, mudah-mudahan mendapat keberkatan dari yang Esa.Sebahagian besarnya resepi2 yang telah saya cuba adalah dikongsi juga dari rakan2 maya sendiri mahupun dr mana2 sahaja.Semoga Allah terus memberkati usaha kalian kerana tidak lokek dengan ilnu yang ada..Terima kasih saya ucapkan.....
Untuk pengetahuan, inilah resepi brownies kukus yang pertama saya cuba...Selama ni dok makan je, tapi versi bakar...Memandangkan juge pada masa ni banyak sangat stock putih telur yang berbaki dan tidak berusik langsung..tetiba teringat pulak resepi2 yang sesuai dari buku yang dimaksudkan.Terhasillah sudah brownies kukus yang menyerupai 'Bolu Kukus' yang sering saya makan ketika di zaman kanak2 dulu...Lembut dan gebu...
BROWNIES STRAWBERI JAZZY
Resepi;Kompilasi Tat dan Brownies [Alaf 21]

Bahan A
380 ml putih telur
200 gm gula halus
10 gm ovalette

Bahan B
150 gm tepung protein sederhana
30 gm susu tepung penuh krim
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk vanila

Bahan C
100 gm coklat masakan putih
80 gm mentega
1/2 sudu teh esen strawberi

Bahan D
20 gm mentega
20 gm gula halus
30 gm tepung gandum

Bahan E
100 gm jem strawberi
Sedikit pewarna merah

Cara membuat;
1.Pukul putih telur sehingga separuh kembang.Masukkan gula halus perlahan-lahan sambil dipukul.
2.Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi sampai pekat.Seterusnya, masak bahan B perlahan-lahan dan digaul rata.Campurkan pula bahan C.
3.Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.Tabur bahan D dan paipkan jem strawberi yang telah dicampurkan sedikit pewarna merah [bahan E].
4.Kukus selama 25 minit sampai masak.