Memaparkan catatan dengan label Kerabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerabu. Papar semua catatan

Ahad, 19 Mei 2013

Menu Berpantang: KERABU JANTUNG PISANG

Assalamualaikum...
Bersiaran kembali,semoga ceria-ceria selalu.Bagi penggemar kerabu yang ringkas, bolehlah mencuba resepi ni.Tak susah dan tak  perlu banyak perencah, yang penting jantung pisangnya ada, sebab bahan-bahan lainnya mesti dah sedia ada kat dapur kita kan..
Kiranya menu berpantang saya untuk hari kedua berpantang tempohari..sebab kebetulannya ada jantung pisang awak yang sedang2 elok untuk ditebang ketika itu.Mulut teringin pulak nak makan kerabu..menjadi je lah terus sebab barang2 dah ada..

KERABU JANTUNG PISANG
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang-cuci,buang kulit, belah 2 dan celur
1/2 cawan santan pekat- jerang sekejap
1 labu bawang besar- hiris halus
30 gm ikan bilis - cuci, rendam air panas, tumbuk, sangai sekejap
1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
1 batang serai - hiris lalus
1 biji lada merah besar- hiris
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
Garam secukup rasa
Gula secukupnya

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk bersama sedikit garam dan rebus jantung pisang hingga empuk.Toskan.
2.Hiriskan jantung pisang.Gaulkan bersama bawang, bilis tumbuk, lada hitam, serai, lada merah dan jus limau kasturi.
3.Curahkan santan, gaul lagi bersama garam dan gula secukup rasa.
4.Hidangkan.

Ahad, 12 Mei 2013

KERABU EPAL HIJAU

Assalamualaikum..
Selamat malam semua dan Selamat Hari Ibu buat para ibu, semoga jadi ibu mithali, insyaAllah..amin.Kembali bersiaran denagn N3 tertunggak, dah 2 bulan terperam..

Mood melarat ni, tapi cuba up kan mood dengan tayangan Kerabu Epal Hijau yang cukup enak."Enak dimakan begitu saje....".Seriesssss..belum cuba belum tahu kan..Sebenarnya kerabu  epal hijau ni saya gandingkan dengan set Nasi Pilaf Tomato bersama Ayam Sosha Istimewa yang sangat sedap..InsyaAllah N3 kedua-dua menu tersebut akan menyusul kemudian.Untuk malam ni kita renung2 je resepi kerabu yang mudah ni ye..Cuba tengok dalam fridge, ada stock epal hijau tak?kalau ada, esok bolehlah zassss..Sedapnyeee..Tq kak Ena, berkongsi resepi!..
KERABU EPAL HIJAU
Resepi:Ena Zamri

Bahan-bahan:
3 biji epal | grated dengan kulit sekali
1 genggam udang kering | goreng tanpa minyak, tumbuk
1 batang serai | hiris halus
5 helai daun limau purut | hiris
6 biji cili api | hiris
Perahan lemon
Sedikt garam
Sedikit gula

Cara:
1.Mixed semua dan masukkan dalam fridge.
2.Hidangkan.



Ahad, 25 Mac 2012

KERABU JANTUNG PISANG




Bersua kembali, Kerabu Jantung Pisang ni merupakan menu beberapa hari yang lalu.Angkut jantung pisang dari kampung masa cuti sekolah minggu lepas.Suka sangat, sebab saya memang suka makan jantung pisang, tak kiralah diolah dengan resepi apa sekalipun.Dapat menu yang mudah ni dari dapur K.An, boleh juga lihat menunya DISINI.Resepi yang telah diolah oleh K.An ni juga merupakan adaptasi dari resepi asal pelakon Sheila Rosly.Mudah, ringkas dan enak.Tak percaya cubalah..


KERABU JANTUNG PISANG
Resepi asal: Air Tangan Sheila Rusly
Sumber/Olahan: Raihan Shaari

Bahan-bahan:(5 orang)
Bahan A:
  • 1 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 1sm belacan siap dibakar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 5 biji lada hitam

*tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
  • 1/2 biji jantung pisang awak (saiz besar, kalau kecil guna 1 biji)|buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam bewarna cerah
  • 1 biji tomato | dihiris nipis (saya buang empulurnya)
  • 1/2 labu bawang besar | dihiris nipis
  • 1 ekor ikan senangin/kembung/sardin | gaul garam & kunyit, goreng separa garing (saya guna 2 ekor ikan kembung)

      (resepi asal ikan kembung direbus) | ambil isinya sahaja dan
                                                                carikkan dengan tangan
                                                                (saya ikut resepi asal)
  • 2 sudu besar santan pekat/ pati santan
  • 1 biji limau nipis | diperah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Didihkan air dalam periuk.Jantung pisang dibelah dua dan dicuci  dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit.Angkat dan toskan.Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.Masukkan bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.Gaul rata, rasa masin dan manisnya.Jika cukup bolehlah dihidangkan.Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki yang belum dihidang lagi.

***tips sedap:kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tetapi bagi yang 'perut nipis' boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya.

***kerabu ini boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.


Khamis, 23 Februari 2012

KERABU PERUT BERSAMA KACANG PANJANG




Assalamualaikum..Selamat petang dan beristirehat..Saya nak kongsikan kerabu yang menjadi kegemaran saya, terutamanya bila makan di salah sebuah kedai makan di tempat saya ni.Oleh kerana pantang jumpa kerabu ni bila berada kat kedai makan tu, jadi teringin sangat la pulak nak mencuba membuatnya sendiri.Dirasakan bahan2nya mudah dan senang nak disediakan.Alhamdulillah, kiranya yang dihasilkan ni tak beza diapunya rasa dengan yang saya selalu beli kat kedai yang saya maksudkan tu..Yang paling best kat kerabu ni bila dapat ratah2 perut lembu yang sememangnya kenyal2 sedap tu..Jom try..


KERABU PERUT BERSAMA KACANG PANJANG
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
400++gm perut lembu | rebus bersama sedikit garam & hiris pendek
5 tangkai kacang panjang | hiris kecil dan siram dengan air
                                             panas/toskan
Santan sederhana pekat | secukupnya (gunakan air tapis/air masak)
100gm taugeh | siram air dengan air panas/toskan
5 tangkai cili api  merah | hiris kecil
1 sudu besar kerisik
1 biji limau nipis | perah jusnya
Gula dan garam secukupnya

Cara menyediakan:
1.Satukan kesemua bahan; perut lembu, taugeh, hirisan kacang panjang dan kerisik.
2.Tuangkan santan secukupnya.Tidak perlu banyak, hanya sekadar sedikit berkuah sahaja.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Gaul rata.
3.Perahkan jus limau nipis dan gaul lagi.
4.Hidangkan.


Selasa, 14 Februari 2012

KERABU PUCUK PAKU BERCENDAWAN





KERABU PUCUK PAKU BERCENDAWAN
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
Secekak pucuk paku | celur
100gm taugeh | celur
10 biji cendawan butang (dalam tin) | celur
5-6 tangkai cili api merah | hiris kecil2
2 sudu besar kerisik
1/2 labu bawang besar | hiris
5-6 biji limau kasturi | ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan :
1.Satukan kesemua bahan yang siap dicelur bersama hirisan bawang, kerisik, cili api, garam dan gula secukupnya.
2.Perahkan jus limau, gaul rata.
3.Hidangkan.



Rabu, 14 Disember 2011

KERABU PUCUK PAKU

Assalamualaikum..
Kerabu lagi....Ari tu saya ada post kerabu pucuk paku yang sinonim dengan masyarakat jawa.Kali ni satu dua bahan perencahnya agak berbeza..Memang enak dimakan begitu saje..

KERABU PUCUK PAKU
Resepi:Majalah RASA
Olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
2 ikat pucuk paku | dicelur sehingga masak dan toskan
2 genggam taugeh| dicelur sehingga masak dan toskan
300gm kerang direbus (saya tak letak)
2 biji bawang besar| hiris menegak
2 sudu makan lada hitam | tumbuk
1cm halia tumbuk | tumbuk
2 batang serai | hiris dan tumbuk     
1/2 kelapa|digoreng dan tumbuk (saya gantikan dgn 2 s/b kerisik)
5 biji cili padi |dipotong dan ditumbuk
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara memasak:
1.Masukkan pucuk paku,taugeh dan kerang ke dalam sebuah bekas.
2.Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dihiris dan ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa.Gaul sehingga rata dan sebati.

Saya buat separuh je dari sukatan resepi asal.Saya tak bubuh isi kerang dalam ni, maklumlah takde perancangan pada mulanya.Pakai bahan yang ada kat dapur je, tapi tetap sedap...



Rabu, 7 Disember 2011

Kerabu Mangga

Assalamualaikum...
Aduhai...teringat2 saya akan kerabu mangga yang telah saya jamah ketika makan malam di sebuah restoran terapung di Melaka.Saya cuba bayangkan apa yang telah saya makan dan cuba membuatnya sendiri...tapi taklah 100% macam rasa yang kat restoran tu, yang penting saya mencuba...Mehlah rasa..

Kerabu Mangga
Sumber: Rohaisha

1 biji mangga muda} hiris halus
1 batang karot} sagat
1 sudu besar udang kering} rendam dgn air panas kemudian tumbuk
1 biji tomato} potong dadu
10 tangkai cili api/ burung} potong kecil
Kacang tanah} ditumbuk atau kisar
garam secukupnya
sedikit gula

Cara:

1-Gaul semua bahan cincang bersama bahan perasa (garam dan gula)
2-Taburkan kacang secukupnya.* lg banyak lg sedap..

KERABU PUCUK PAKU




KERABU PUCUK PAKU
Resepi:Rohaisha

2 cekak pucuk paku} celur 
1/2 biji kelapa parut
3 ulas bawang merah} tumbuk
3 butir cekur} tumbuk
1 tangkai cili besar} tumbuk/tak letak pun tak apa
6-7 tangkai cili padi} tumbuk-saya kurangkan
10gm udang geragau} tumbuk
1cm belacan} tumbuk 
Asam jawa secukupnya} bancuh pekat
3 helai daun cekur} hiris halus
Garam dan gula

Cara menyedikan:
1.Celur pucuk paku dan ketepikan.
2.Gaulkan kelapa parut bersama kesemua bahan-bahan tumbuk, air asam jawa,garam dan gula hingga rata.
3.Sangrai tanpa minyak bahan yang telah digaul bersama tadi ke dalam kuali.Kacau selalu supaya tidak hangus.
4.Sangrai hingga peroi dan kering.
5.Gaulkan kelapa sangrai tadi dengan pucuk paku bersama-sama hirisan daun cekur.Hidangkan.