Memaparkan catatan dengan label Kuih Talam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih Talam. Papar semua catatan

Rabu, 8 Januari 2014

TALAM SUJI DURIAN


Assalamualaikum
Dah lama tak buat kuih talam.Mengenangkan ada stock durian dalam tapau fridge, teringin pulak nak makan talam suji yang berperisakan durian..Kebetulan jugak ada resepi dalam majalah yang menepati citarasa, memang sesuai sangatlah.Inilah hasilnya, sangat2 memuaskan hati.

TALAM SUJI DURIAN
Resepi;Majalah Rasa

Bahan-bahan

Bahan Bawah
180 gm tepung suji]..satukan dan rendam selama 30 minit
450 ml air]..

220 gula pasir [saya guna 200 gm]....
2 biji telur....
200 ml santan pekat....
250 ml air....
1 sudu teh pewarna kuning telur]....satukan, kacau rata dan tapis

Lapisan Atas
150 gm tepung gandum
250 gm gula pasir [saya guna 230 gm]
3 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
100 gm isi durian
2 sudu teh pewarna hijau epal ]satukan kesemua bahan bahagian ini, kisar halus dan tapis

Cara memasak
1.Sediakan sebuah periuk yang sesuai, tuangkan bahan lapisan bawah yang telah direndam dan ditapis.
2.Hidupkan api perlahan, kacau dan didihkan hingga berwap.
3.Tuang ke dalam loyang bersaiz 10 inci dan kukus selama 25 minit.
4.Beralih ke lapisan atas.Sediakan periuk, tuangkan bahan lapisan atas yang telah ditapis dan didihkan hingga berwap.
5.Tuangkan di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi dan kukus lagi selama 30 minit.Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Info chef
..Pastikan bancuhan cukup sekadar berwap dan tidak mendidih sehingga berbuih.Lakukan juga beberapa carikan di atas lapisan bawah supaya kedua-dua lapisan melekat dengan sempurna.


Sabtu, 2 Mac 2013

TALAM KELADI BERLAUK

Assalamualaikum..
Jumpa lagi petang ni alhamdulillah.Sebelum itu ingin saya mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat & Koperal Sabarudin Daud yang telah terkorban dalam misi  keselamatan di Lahad Datu, Sabah.Semoga ahli keluarga mereka tenang menerima musibah ini, dan didoakan semoga roh mereka tenang di sana.Al Fatehah..


Terus kepada tajuk N3 hari ni, alhamdulillah dapat membuat seloyang talam keladi berlauk yang diidam2kan tempohari.Resepi ini saya ambil di blog kak Zailina Nordin, tq kak, sedap talam ni sebab ada udang fresh di dalamnya.Untuk sosnya tu saya buat yang Sos Cili sahaja.Bolehlah dicuba talam ni jika teringin ya...Salam jumpa lagi.

TALAM KELADI BERLAUK

Bahan-bahan:
200gm keladi
175gm tepung beras
40gm tepung jagung
20gm tepung gandum
1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
Garam secukup rasa

Bahan lauk:
2 sudu besar minyak masak
200gm udang | dikupas, cincang
10gm udang kering | direndam, tumbuk
4 ulas bawang merah | jadikan bawang goreng
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang | hiris
2 tangkai cili merah
Garam secukup rasa

Cara:
1.Untuk lauk:Panaskan minyak.Goreng udang sehingga berubah warnanya.
2.Masukkan udang goreng, kacau sehingga harum.Angkat.
3.Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam.
4.Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk.Ketepikan.
5.Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
6.Kacau atas api perlahan sehingga naik wap.Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk.
7.Tuangkan dalam loyang 25cm yang dilenser minyak.
8.Kukus sehingga 3/4 masak.Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
9.Kukus lagi selam 25minit atau sehingga masak.Biar sejuk sebelum dipotong.

 Bahan Sos Cili:
4 biji cili merah
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar sos Hoisin (tak letak)
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung* | satukan bhn(*)
80ml air*
Garam secukup rasa

Cara:
Kisar semua bahan.Reneh atas api sambil  dikacau sehingga pekat.

Bahan Sos Kicap:
2 sudu besar taucu
250ml air
50gm gula pasir
4 sudu teh tepung jagung*
60ml air*
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat

Cara:
Kisar taucu dan air sehingga hancur.Campurkan dengan bahan lain.Kacau atas api perlahan sehingga pekat.











Isnin, 4 Februari 2013

KUIH KOLE KACANG


Assalamualaikum...
Selamat petang, jumpa lagi hari ni..
Berkongsi resepi Kuih Kole Kacang dari Che 'Iza@MYR...Senang je buatnya, paling penting ialah keenaknnya.Saya suka sangat makan kuih ni, tapi kebiasaannya orang jual time bulan ramadhan.
Ternampak N3 kuih yang enak ni di blog Kak Shiela@NShafeareen..Sebenarnya dah buat tahun lepas, tapi entah macam mana tepung yang saya pakai, salah.Saya tanya tepungnya di pembekal Bakery, dan pembantu kedai tersebut menunjukkan tepung yang saya mahukan.Walaupun dalam hati seakan tidak confident dengan jenis tepung yang diberitahu, saya teruskan  juga membeli.Hasilnya ketika mengadun dan memasak untuk membuat kuih tersebut, hasil kejadiannya ternyata pelik.Adunan menjadi liat semacam.Compem saya dah  salah tepung.Nak tahu tepung apa yang telah diperkenalkan oleh oleh pembantu kedai kepada saya sebelum tu??? Green Peas Flour, untuk buat biskut...huhuu..

Beberapa hari selepas peristiwa itu, dengan nasihat dari rakan fb yang baik hati, dia telah memberitahu ciri2 tepung kacang hijau yang sebenarnya..Mana nak cari??? rupanya ada jual kat pasaraya, kalau kedai runcit biasa pun belum tentu ada..alhamdulillah jumpa..kali ni memang tak silap punya tepungnya..memang betul2 menjadi Kuih Kole Kacang saya.Sedap laaagi!!TQ buat Che 'Iza dan Kak Shiela yang sudi panjangkan resepi..

KUIH KOLE KACANG
Resepi:Che 'Iza MYR
Sumber:Sheila

Bahan-bahan:(loyang 5" @ saiz hidangan 7-8 orang)
1 cawan santan pekat**
1 cawan gula merah*
2 sudu bsar gula pasir*
1 cawan air*
Beberapa helai daun pandan* | simpul
2 cawan santan
1 cawan tepung kacau hijau
Secubit garam

Cara:
1.Masak bahan bertanda** sehingga mnejadi tahi minyak.Apabila siap ketepikan tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali.
2.Masak bahan bertanda* sehingga gula larut, sejukkan dan ketepikan dulu.
3.Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas, kacau hingga sebati.
4.Masukkan adunan tadi dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu dikacau agar tidak bergentel nanti.Masak hingga pekat, tuang adunan dalam bekas atau loyang.(saya guna loyang 5")
5.Bila adunan sejuk bolehlah dipotong tapi terlebih dahulu taburkan dengan tahi minyak.Boleh dihidang sebagai minum petang atau sarapan pagi.

Jumaat, 21 Disember 2012

TALAM KELADI


Assalamualaikum..
Selamat pagi semua.Salam pagi jumaat penghulu segala hari, alhamdulillah terik hari ni, tapi tiba2 bersulam mendung-panas.Mudah-mudahan beres segala kerja yang dilakukan.

Dah lama tak buat talam keladi.Balik dari kampung hari tu bawa  ubi keladi hasil tanaman bonda tercinta.Korek punya korek dapat banyak juga hari tu, adik beradik lain pun dapat merasa gak hasil2 keladi tanaman bonda tu.Besar ubi keladinya ukuran teko porcelain panjang, memang besarrr betul.Betul2 puas hati.Boleh buat macam2 juadah.Macam biasa tang batangnya saya masakkan sayur asam/ asam pedas rebus ..segar dihidang bersama ikan goreng dan sambal belacan je.. 


Dalam kepala ni dok terbayang resepi Talam Keladi Berlauk, dah jumpa resepinya, insyaAllah kalau ada rezeki merasa juga la tekak ni mamam Talam Keladi style tu pulak..Tak sabar rasanya.Tunggu je lah ye...

Sebelum ni dah banyak kali buat talam keladi, Pernah buat ikut resepi ni dan ni.Memang sedap2 semuanya.Kali ni buat guna respi Chef Asma, ambik sumbernya dari Kak Yatie..Tq semua...Memang Talam Keladi tetap jadi pujaan hatiku..heheee..

TALAM KELADI
Resepi:Chef Asma
Sumber:Yatie

Bahan Untuk Lapisan Bawah (A):
220gm tepung beras (Guna 2 cawan; sama dgn Kak Yatie)
40gm tepung ubi (Guna 3 sudu besar)
1 1/2 tsp garam
300ml santan pekat
700ml air

Bahan B:
250gm keladi (lebih sikit pun tak apa).Buang kulit, basuh (basuh dengan air garam biar tak hitam)-Potong kiub dab kukus selama 5 minit)-Kukus baru timbang.

Cara-caranya:
1.Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati.
2.Tapis ke dalam periuk.Masak hingga naik wap dan masukkan bahan B.
3.Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10"x10"x3".
4.Kukus selama 25 minit.

Bahan-bahan Lapisan Atas:
150-180gm tepung gandum (Guna 1 1/2 cawan)
250gm gula halus (Guna 230gm)
3-5 biji telur (Guna 3 biji telur gred A)
250ml santan
500ml air
Sedikit pewarna purple

Cara-caranya:
1.Bancuh semua bahan-bahan di atas, tapis ke dalam periuk.
2.Masak sehingga naik wap.Tuang ke atas lapisan bawah.
3.Kukus selama 30 minit.

Rabu, 12 Disember 2012

TALAM DURIAN



Assalamualaikum...
Kita kat sini masih bercuit rasa dengan durian.Teringin sangat makan talam durian..Bila google jumpa talam yang cantik dihasilkan oleh Nieza, yang diadaptasi resepinya dari Talam Pisang oleh Chef Hanieliza@Kak Liza..Sedap sangat kuih talam ni..Elok kenyal dan tak lembik..Harum bau durian jangan tanya lagilah kan..

Alhamdulillah, en. hubby memang penggemar kuih talam, saya pun sama juga..memang asyik nak berulangg je makan kuih2 macam ni selagi ada..

TALAM DURIAN
Sumber:Nurniezza

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan durian 
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung kastad 
2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara:
1.Panaskan loyang.Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau sapukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2.Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3.Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4.Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung jagung (saya guna 3 sudu besar)
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
1.Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2.Tapiskan ke dalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3.Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah.
4.Kukuskan lagi 20 minit.
5.Sejukkan betul2 dan potong untuk hidangkan.


Ahad, 28 Oktober 2012

TALAM ABC


Assalamualaikum...
Bersua lagi kita di Hari Raya Korban yang ke-3.Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah beri kepada kita, dan didoakan semoga rakan2 maya yang dikasihi sentiasa dalam limpah rahmat kurniaNya dan sihat seperti sediakala.
Kembali lagi bersiaran pada hari ni dengan kuih Talam ABC, sebut je dah rasa tertarik je kan..Disebabkan tertarik tu lah saya lagi terhingin nak cuba..Sekarang ni tengah syok nak menalam, kalau boleh, hari2 nak makan kuih talam je rasanya...hi2.

Untuk resepi talam ni, macam biasa saya banyak rujuk kat blog kak Yatie, suke terjah koleksi kuih talam yang telah dicuba oleh beliau...anggun je kan kuih2 talam kakak nie.Bila pandang kuih2 talam dia, memang boleh dijadikan peniup semangat untuk memulakan tugas menalam tu.Kuat auranya tu kak Yatie..hehe,tapi untuk resepi asalnya pula adalah dari Chef Asma.
 TQ buat mereka berdua ni..

TALAM ABC
Resepi:Chef Asma
Sumber:Yatie

Bahan Lapisan Bawah (10x10x3")
Bahan (A):
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung Hoen Kwee (putih)
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil garam

Bahan (B):
1 cawan cendol (toskan airnya)
1 cawan whole kernel corn (toskan airnya)
1 cawan kacang merah (yang telah direbus dan toskan airnya)

Cara-cara:
1.Satukan bahan A dan dikacau hingga sebati.
2.Masak atas api sederhana sehingga naik wap.(separuh pekat)
3.Masukkan bahan (B)  dan gaul hingga sebati.
4.Tuang ke dalam loyang yang dialas plastik dan disapu minyak kelilingnya.

Bahan Lapisan Atas
Bahan-bahan:
1 cawan gula kastor
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna pink

Cara-caranya:
1.Satukan semua bahan-bahan untuk lapisan atas, kacau sehingga rata.
2.Masak sehingga naik wap.(sedikit pekat)
3.Cakar sedikit gunakan garfu lapisan bawah dan tuangkan adunan lapisan atas.
4.Kukus lagi selama 25 minit.
5.Biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong menggunakan pisau plastik supaya cantik.



Isnin, 22 Oktober 2012

TALAM CENDOL


Assalamualukum..
Salam pagi isnin yang mendung, walau bagaimanapun semoga cuaca yang Allah beri hari ini memberi manfaat buat kita, bukanlah sebaliknya.Apa khabar rakan-rakan yang dikasihi, didoakan sihat dan ceria2 hendaknya.

Hari ini dapat saya bersiaran dengan resepi Talam Cendol Chef Asma yang sedap.TQ kepada Kak Badaria kerana memanjangkan resepinya.Boleh dibuat resepi ulangan di masa akan datang.Boleh rujuk resepinya di bawah ye.Selamat mencuba..

TALAM CENDOL
Sumber Resepi:Kelas Talam Chef Asma
Sumber:Bdaria

Lapisan Bawah
Bahan-bahannya:
Bahan A:
200gm tepung beras*
250gm santan pekat*
450ml air*
1 sudu besar tepung jagung*
150gm gula kaster (saya guna 120gm sahaja mcm Kak Bdaria)
1 susu teh garam

Bahan B:
100gm cendol@1 paket kecil

Cara-Caranya:
1.Satukan bahan bertanda (*) dan tapis ke dalam periuk.Masukkan bahan lain di bahagian A.
2.Masak bahan A sehingga naik wap.(Jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu untuk mengacau.Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
3.Angkat dan masukkan cendol.Gaul rata.
4.Masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah disapukan dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
5.Kukus selama 25 minit.
6.Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu.

Lapisan Atas:
Bahan-bahannya:
Bahan A:
300gm gula merah (saya guna gula melaka)
50gm gula kastor
500ml air

Bahan B:
150gm tepung gandum
3 biji telur (boleh guna 5 biji telur kalau nak banyak telur)
250ml santan pekat
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
1.Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
2.Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.
3.Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk.
4.Masak hingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).
5.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.




Selasa, 16 Oktober 2012

KUIH TALAM GULA MERAH


Assalamualaikum..
Selamat petang buat rakan- rakan yang dikasihi, semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan pengampunanNya, insyaAllah.
Alhamdulillah bersua lagi kita di sini, dengan satu misi yang sama, berkongsi idea dan rasa.
Petang ni saya nak kongsikan kuih talam yang telah saya cuba dari resepi Chef terkenal kita iaitu Chef Hanieliza..Buat kuih macam ni memang satu jihad bagi saya, sebab kena kuat semangat bagi orang macam saya yang tak berapa pakar nak menghasilkannya untuk menjadikan kuih tu cantik dan elok je dipandang...Namun apapun saya berpuashati dengan hasilnya walaupun perlu diperbaiki lagi selalu untuk menghasilkan kuih2 talam yang lebih kemas.Pasang niat tu!!...hi2

KUIH TALAM GULA MERAH

Bahan-bahan:
Lapisan Bawah:
1 cawan gula* | (*) masak dan sejukkan 
1/2 cawan gula pasir*
5 cawan air*
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara:
1.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2.Gaulkan adunan dan tapiskan.
3.Tuangkan dalam loyang dan kukusan selama 20 minit.
4.Bila dah masak cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.

Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara:
1.Gaul dan tapiskan.Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja.
2.Tuang atas adunan bawah yang telah dicakarkan sikit.
3.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
4.Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.