Ahad, 29 Januari 2012

TALAM KELADI UNGU




Assalamualaikum..
Salam di keheningan malam buat semua..Jom layan kuih talam keladi yang menjadi kegemaran saya.Enak dan lemak rasa kuih talam ni.Resepinya saya ambil dari Citarasawan.




TALAM KELADI UNGU
Resepi:citarasawan

Bahan-bahan:(Saiz 10" loyang empat segi)

Lapisan Bawah
Bahan A:
200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300ml santan pekat KARA (saya guna santan perah)
550ml air
70gm gula kaster/halus

Bahan B:
200gm keladi |  potong kiub, kukus, warnakan ungu, lenyek sedikit (saya tak lenyek)

Lapisan Atas
120gm tepung gandum
200gm gula kaster
3 biji telur gred B
200ml santan pekat (saya guna santan perah)
300ml air
1/4 tsp pewarna ungu
1/4 tsp garam

Cara-cara:
1.Lapisan Bawah:Satukan bahan A, gunakan whisk gaul hingga sebati dan tapis.
2.Tuang ke dalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak.Masukkkan bahan B, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.Angkat.
3.Lapisan Atas:Satukan semua bahan lapisan atas dan tapis.
4.Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 30 minit.
5.Biarkan sejuk baru dipotong dengan menggunakan pisau plastik yang disapukan dengan sedikit minyak.



5 ulasan :

sHa AhM@d berkata...

pandai buat talam...akak kalo buat selalu tak menjadi..lembik je..walaupon ikut resepi..huhuhu..jeles tengok..

Rohah berkata...

Kak Sha, banyak kali sebenarnya buat kuih talam tak menjadi, lembik semacam..ada yg dijawab oleh tong sampah je..tp sy memang tak serik.Untuk talam keladi ni mudah je, tak payah nak jerang atas api..klu akak buat insyaAllah jadi rasanya..cubalah kak..

Melly Octaviana berkata...

Cantik yah talam nya warna purple,pasti nya enak juga yah..nyam nyam

Rohah berkata...

memang enak,lemak2 gitu..

azian berkata...

berseri dengan ada lining purple kat keladi tu...