Sabtu, 28 Januari 2012

KUEY TEOW GORENG KURMA





Assalamualaikum..
Bertemu kembali..Menu untuk makan malam saya semalam..Simple je sebenarnya, tetapi yang pastinya enak pula bila kuey teow berempahkan "rempah kurma".





KUEY TEOW GORENG KURMA
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
450gm kuey teow
3 bahagian isi ayam | potong kecil
1/2 labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
2 sudu besar rempah kurma (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu kecil cili giling (nak tambah pun boleh)
Kobis secukupnya | hiris
1/2 batang lobak merah | dihiris halus
1 kiub ayam knorr
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Garam (saya tak bubuh)
Minyak masak secukupnya


Bahan taburan:
Daun bawang
Cili merah

Cara-cara:
1.Tumiskan bawang merah,bawang putih hingga layu.Kemudian masukkan cili giling dan rempah kurma hingga naik minyak.
2.Masukkan pula hirisan ayam dan hirisan lobak, dan kacau rata.Masukkan sedikit air dan kiub ayam knorr.Didihkan sebentar.
3.Masukkan pula kuey teow dan kicap secukupnya diikuti kobis.Gaul rata.
4.Matikan api.

2 ulasan :

Kak Noor berkata...

Menu terbaharu ni... tak pernah orang goreng koay teow letak rempah kurma. Nanti Kak Noor nak cuba. Kak Noor dan anak-anak suka makan koay teow. Selalunya goreng kicap dan goreng pedas sahaja. Mohon kongsi ye! Nanti singgahlah ke kitchen Kak Noor pulak. Boleh kita share resepi.

Rohah berkata...

Bagi saya memang sedap,ada kelainan sikit pada rasa kuey teow yang kita goreng tu..selamat mencuba kak..