Selasa, 17 Januari 2012

TERUBUK MASAK LEMAK BERSAMA SAYUR LABU

Assalamualaikum...
Menu simple je..coz nak perabihkan terubuk masin yang dah bermustautin lama dalam freezer..


TERUBUK MASAK LEMAK BERSAMA SAYUR LABU
Resepi:Adaptasi( TERUBUK MASAK LEMAK)/Majalah RASA

Bahan-bahan:
1/2 ekor terubuk masin
80gm labu | potong kiub besar 
1 batang serai | ketuk
150ml santan pekat (kotak)
4 cawan air
1 helai daun kunyit
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam

Bahan kisar:
5 tangkai cili padi merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga naik bau.Tuangkan santan dan masukkan daun kunyit.Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
2.Tambahkan garam secukup rasa.Selepas itu, masukkan ikan terubuk.Kacau perlahan-lahan, kecilkan api.Masak sehingga kuah sedikit pekat.





2 ulasan :

Ummi berkata...

Assalam Rohah, kunjung balas dari Kuantan, thanks ya sudi singgah dapur akak tu... Waaa gulai ikan terubuk kat dapur dia...perghhh, leh fengsan kalau makan nih...nasi bertambah x hengat pastinya..hehe

Rohah berkata...

Waalaikumussalam kak Ummi.Terubuk masin ni jauh datangnya..dr Sarawak,sian dia asyik miss je nak masuk kuali...hehhe.Akhirnya dapat gak dia bertemu jodoh ngan labu dalam periuk..