Khamis, 12 Januari 2012

MUFIN LABU KISMIS



Assalamualaikum...
Emmm...kabur dah biji mata ni dek mengantuk sangat nak meneruskan siaran..Tapi kalau ditangguh lagi banyak siaran tertunda gamaknya..Dalam hanyut2, nak gak teruskan misi ini..Demi Muffin Labu Kismis punya pasal, saya layan jugelah resepinya.. Tapi layan mufinnya laaagi sedap..nampak foto mufin & resepi ni kat majalah memang membuatkan hati saya tertarik nak membuatnya.Guaranty sedap memang patut diberikan pada rupa dan rasa..Jom cuba..



MUFIN LABU KISMIS
Resepi:Mufin Labu Kranberi (majalah rasa)

Bahan-bahan:
312.5gm tepung serbaguna* (saya ayak bersama bahan2 bertanda*)
1/2 sudu teh buah pala kisar *(saya guna serbuk buah pala)
1 sudu teh halia kisar*
1 sudu teh baking soda*
1/2 sudu teh garam*
1/2 cawan minyak sayuran (saya guna minyak masak)
187.5gm gula pasir (saya guna gula pasir halus)
2 biji telur
1 cawan puri labu
1 sudu teh parutan kulit oren
125gm buah kranberi kering | untuk  taburan atas (saya gantikan dengan 100gm kismis)
62.5gm biji labu (saya guna lebih kurang 30gm shj)

Cara menyediakan:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius (350F)
2.Potong labu separuh dan buang bijinya.Kemudian potong besar-besar bersama kulitnya.
*(saya potong labu sederhana besar & buang kulitnya kemudian rebus sehingga empuk & kemudian toskan)
3.Kukus kira-kira 20 minit atau sehingga labu empuk.Angkat dan biarkan ia sejuk.
4.Koyakkan kulit labu dan kisar sehingga menjadi puri.
(saya kisar labu dengan sedikit susu segar)
5.Ambik mangkuk besar dan masukkan tepung, buah pala kisar, halia kisar, baking soda, garam dan gaul bersama.Letakkan ketepi.
6.Dalam mangkuk yang lain pukul telur,gula minyak sayuran dan parutan oren bersama.
7.Tambahkan puri labu bersama kanberi  kering dan gaul bersama.Tambahkan dengan adunan tepung tadi dan aduk sehingga sebati.
8.Di atas dulang pembakar letakkan mangkuk kertas, sudukan adunan tadi ke dalamnya sehingga 3/4 penuh.
9.Tabur kranberi dan biji labu di atasnya.Bakar 25-30 minit atau sehingga masak.




 

2 ulasan :

Unknown berkata...

nampak sungguh yummy..

Rohah berkata...

Memang syok akak layan mufin ni dalam mulut...ternyata enak..