Isnin, 30 Januari 2012

KEK KUKUS BUAH PRUN




Assalamualaikum...
Cuci mata ngan versi kek kukus ni.Lupa sudah istilah diet...eehhehe ((macam diet!!??))...tak selalu pun saya buat kek, cuma nak lepaskan rindu & keinginan membaking.Apapun kek yang dibuat memang sedap je dijamah, macam kek kurma & kek pisang je diapunya mirip rasa..Lembap 2 je kek ni, tu yang syok tu.





KEK KUKUS BUAH PRUN
Resepi:Noraini Zakaria (Buku Kompilasi Hidangan Kek)
Oleh:Rohaisha


Bahan-bahan:
250 gm mentega
230 tepung gandum         | diayak (A)
1 sudu teh serbuk penaik |       "         (saya tambah 1/2 sudu teh lagi)
230 gula kastor
5 sudu makan susu krimer manis
5 biji tlur gred A
160gm buah prun |dikisar halus
100gm air            |       "
10 biji buah prun | dihiris halus

Cara membuat:
1.Sediakan pengukus dan isikan air 3/4 penuh.Jerangkan hingga mendidih.
2.Mentega dan gula kastor dipukul hingga kembang.Masukkan susu krimer manis dan dipukul lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul.
4.Tuangkan air buah prun dan digaul rata.
5.Seterusnya masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil digaul dengan buah prun hiris.Gaul hingga sebati.
6.Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan ratakan.
7.Masukkan acuan ke dalam pengukus.Tutup permukaannya dengan kain nipis.Kukus selama 11/2 jam denagn api yang besar.




4 ulasan :

rahel berkata...

Salam Kak Rohah,canteknya kek buah iteww..macam nak ambek je yang dalam pinggan tu..

Rohah berkata...

waalaikumussalam..cantik ye?!!..tapi sayang tangan tak sampai nak hulur..Ada sikit lagi tu..siapa cepat dia dapat..

aliahmohdsalleh berkata...

Wow! Sedapnya.

Rohah berkata...

Tq aliah..sedap tau, moist..