Selasa, 17 Januari 2012

SAGU GULA MELAKA



Assalamualaikum...
Selamat malam buat semua...Hari ni saya tunaikan hajat anakanda sulung yang meminta dibuatkan sagu  gula melaka.Sedap katanya masa dia makan time jamuan di sekolahnya.Mmang sedap pun..Memang saya dah pernah makan 10 tahun yang lalu dirumah abang arwah abang ipar, tapi alkisahnya tak pernah buat sendiri..Nak membuatnya pun asyik tangguh2 je.Hari ni memang dah pasang niat di hati nak buat juga dessert yang cukup mudah mengadunnya.."makannya pon mudah!!..hehehe"..Apapun tq buat rossitamz kerana sudi berkongsi resepi.Ada sebahagian susunan  resepi ni telah saya olah ikut kesesuaian saya..


SAGU GULA MELAKA
Resepi:rossitamz@myresipi.com

Bahan-bahan:
Bahan A:
2 cawan sagu
5 cawan air

Bahan B:
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir (saya tak letak)
1 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Bahan C:
1 keping gula melaka
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

______________________________________________________
Cara-cara adunan A:
1.Panaskan air hingga mendidih.Bersihkan sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2.Masak hingga sagu menjadi jernih.Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3.Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil dan sejukkan.

Cara-cara adunan B:
1.Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
2.Buang daun pandan dan sejukkan.

Cara-cara adunan C:
1.Masakkan gula melaka, gula merah, daun pandan dan air hingga gula hancur.
2.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan sejuk.

Cara menghidang:
1.Keluarkan sagu dari acuan-acuan kecil dan letak dalam mangkuk atau pinggan menghidang.
2.Curahkan adunan B diikuti adunan C.
3.Siap untuk dimakan.



Tiada ulasan :