Selasa, 31 Januari 2012

NASI MENTEGA DAN CENDAWAN




Assalamualaikum...
Cuaca hujan mengundang dan menyemarakkan lagi mood hari ni untuk buat nasi special ni..Sedapnya memang berbaloi, apalagi bila tengok isi rumah menambah-nambah nasi time menjamahnya, tenang rasa hati tukang masak nie..




NASI MENTEGA DAN CENDAWAN
Resepi asal:Majalah RASA
Diolah oleh:Rohaisha

Bahan-bahan:
150gm mentega
500gm beras basmathi | dibersihkan ditoskan
Air secukupnya
3/4 cawan susu sejat
2 labu bawang besar | *hiris nipis
5 ulas bawang putih  | *hiris nipis
3cm halia                  | *hiris nipis (saya kisar bahan bertanda {*} )
200gm cendawan butang | dihiris nipis (saya guna cendawan dalam tin)
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Bahan pewangi:
1 batang kulit kayu manis
7 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara memasak:
1.Panaskan mentega dan masukkan bahan pewangi.Masukkan bahan-bahan hiris dan biar wangi.
2.Masukkan beras dan kacau hingga beras disaluti marjerin.
3.Masukkan cendawan, air,susu sejat, garam dan sedikit serbuk lada hitam.Kacau dan biar didih sehingga nasi masak dan beras lembut.
4.Hidang nasi dengan hirisan daun sup dan daun bawang serta acar jika suka.



Nak menambahkan seri hidangan, saya padankan nasi ni dengan lauk "Ikan Bawal Bersos Hitam".Resepinya saya ambil dari kak Ummi.


Bukan tu je..dah alang-alang masak yang enak-enak, kena cari lawannya yang sesuai...hahh, apalagi kalau bukan "Acar Rampai"..Bertambah santailah mengadapnya..


6 ulasan :

CT Delima berkata...

As'salam rohah

Selalunya bila penat kita memasak dari pagi sampai petang, dan hidangan yang dimakan tu dihargai insan2 tersayang dirumah rasa seronok dan hilang penatkan. sedap nampak nasi mentega cendawan ni, nasib baik duk jauh, kalau dekat dah sorong pinggan nak merasa :)

norlieharumaini berkata...

sedapnya....

SARIMAH MD ALI berkata...

Salam Rohah...menyelerakan. Bila nak jadi tetamu Rohah ni?

Rohah berkata...

Waalaikumussalam Kak CT,iyelah kak,rasa berbaloi dengan usaha lelah kita kat dapur..Si kecik saya sampai jenguk kat periuk.Tp dia kata "ala...dah abis ummie nasinya??"....Seb baik akak dok jauh yerr..kalau tak,langkah kaki kiri la pulak..

Rohah berkata...

Kak norlie..sedap hingga menjilat jari..confirm!! hehhhe..

Rohah berkata...

Waalaikumussalam Kak Sarimah...memang menyelerakan,, anytime bole jadi tetamu saya.."luas tapak tangan , nyiru saya tadahkan"..