Assalamualaikum...
Salam ceria di pagi yang bersinar ini...
Saya dah try buat buat kaya prasa pandan..Tapi saya bubuh pewarna kuning, coz suka tengok kaya warna ni...sama dengan warna kaya untuk kuih cakoi di pasar malam tempat saya..Bios betul,,hihhi..Sebab kobar2 nak buat cakoi,so saya buat adunan kaya ni dalam kuantiti sikit je..itupun masih berlebih lagi.Kat bawah tu saya dah sertakan sekali sukatan yang telah saya olah sedang2 cukup untuk menyantap hidangan cakoi,yang lebih sikitnya tu bolehlah wat sapu kaya nagn roti..Tq ye wifemuda kerana share resepi kaya ni.Kaya akak memang cantik saya lihat..cuma masa saya buat ni saya tambahkan sedikit tepung gandum supaya kaya pekat sedikit.
SEKAYA PANDAN
Resepi:wifemuda@myresipi.com
Bahan-bahan ( Satu bekas sederhana besar )
- 1 mangkuk telur *
- 3 mangkuk santan * ( daripada sebiji kelapa )
- 3 mangkuk gula *
- sedikit perwarna hijau ( pandan )
- sehelai daun pandan ( disimpulkan )
- ( Bahan yang bertanda * disukat menggunakan mangkuk yang sama ) cth mangkuk seperti didlm gambar.
Cara-cara:
- Blender telur dengan gula sehingga kembang.
- Setelah kembang masukkan santan kedalam adunan telur dan blender sekejap.
- Kemudian masukkan adunan ke dlm kuali bersama daun pandan dan sedikit perwarna - masak dgn api yg perlahan
- Kacau sentiasa sehingga likat dan agak pekat.
- Tutup api dan biarkan ianya sejuk ( boleh dicicah dgn roti , kuih jala @ dibuat inti )
Sukatan oleh Rohaisha:
1/2 cawan telur
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan
Sedikit pewarna kuning
Sehelai daun pandan
1 sudu kecil tepung gandum (saya tambahkan item ini)
*Cara: ikut step resepi asal
5 ulasan :
Selamat pagi Kak Rohah,
wah nampak best la sekaya pandan tu,lagi baek buat sendiri kan..
Pagi selamat Rahel..betullah Rahel, mudah je bahan n buatnya...Ni semua disebabkan teringin makan cakoi buatan sendiri,nak tak nak kena try buat kaya..
semuanya hasil tangan sendiri..bestnya..
Sedap kaya ni Kaz Sha, dah simpan semalaman lg terasa enaknya.
Salam sis. Nak tanya, santan tu sis pakai santan kotak or santam asli yek?
Catat Ulasan