Jumaat, 13 Januari 2012

APAM LOBAK MERAH




Assalamualaikum...
Selamat malam dan berbahagia buat anda semua.Alkisahnya petang tadi cuba nak perabihkan balance lobak merah yang telah diparut untuk buat kek lobak hari tu..Sebabnya masih elok je kejadiannya, tak berkulat atau basi..Alhamdulillah, secara automatik berputar2 idea dalam fikiran ni, apa yang sesuai untuk ku olah dengan parutan lobak ku itu??.."Apam Lobak"...!!! Itulah yang menerjah dalam hati dan fikiran time tu..hmmm, menjadi juge apam lobakku ini..
 



APAM LOBAK MERAH
Resepi: Rohaisha

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan lobak merah
  • 1/2 cawan gula pasir halus
  • 1 sudu kecil ovalett
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon powder)
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • Sedikit pewarna oren

Cara menyediakan:
1.Satukan tepung gandum, baking powder, serbuk kayu manis dan garam halus dalam satu bekas dan ayakkannya.Ketepikan.
2.Dalam satu bekas yang lain satukan pula telur, ovalett dan gula.Pukul hingga gebu dan kental.Setelah itu barulah dimasukkan esen vanila, susu segar dan minyak masak.Pukul lagi hingga sebati.
3.Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan kaup balikkan menggunakan senduk.Titiskan sedikit pewarna oren dan sebatikan.
4.Didihkan air dalam periuk kukusan dan panaskan acuan seketika.Kemudian sapukan minyak pada acuan, barulah diisikan adunan ke dalamnya.Kukus adunan selama 10 minit dengan api yang kuat.




6 ulasan :

aisha berkata...

Lovely work! I'm definitely going to visit the blog frequently.
Holy crap that is a big bump !
Infiniti FX45 AC Compressor

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) berkata...

Nampak sedap resepi ini. Bahan-bahan yang digunakan lebih kurang sama dengan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat apam pisang. Cuma bezanya pisang digantikan dengan lobak merah dan ditambah dengan kayu manis. Kalau x letak kayu manis boleh tak? Sebab mungkin bukan semua orang suka rasa kayu manis? Mohon kongsi resepi ni dala blog Kak Noor ye. Singgahle kat blog Kak Noor iaitu sajiandapurbonda.blogspot.com Boleh kita bertukar-tukar resepi.

sHa AhM@d berkata...

ada je idea ek..

Rohah berkata...

Kak Sha,kekadang dlm kepala ni datang idea nak buat kuih cam gitu cam gini, tp takut x lepas bab sukat-menyukat...

izahdaut berkata...

assalamualaikum..

salam pekenalan. wah creative nya idea buat apam lobak. kegkadang pening jugak nak ngabiskan lobak dlm peti es. kdng busuk gitu je. kiki..boleh la ditiru idea apam lobak ni. mekasih konsi idea n resepi. semoga sama2 mendapat keberkatannya. nak apam lobak 3 ketui.. hehe

Rohah berkata...

Waalaikumussalam...salam juge dr akak utrk Izah..idea ni sebetulnya dah lama tengelam timbul sebenarnya.Kebetulan sesangat ari tu ada lebihan lobak yg dah parut..dgn tawakkal akak timbang sukat agak2 je, tp ikut sudu metrik.alhamdulillah elok je kejadian dan rasanya.Lepas niklu tgk lobak dah mula lebam2 tu bolehlah bikin apam nie kan..Nak 3 ketul? Cukup ke? ehehe..