Jumaat, 27 Januari 2012

APAM KELADI




Assalamualaikum....
Selamat petang di suasana yang redup dan sunyi ketika ini..Untuk penggemar apam tepung gandum bolehlah cuba Apam Keladi ni..




APAM KELADI
Resepi:Rohaisha

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula (kalau nak manis sikit bolehlah buat 3/4 cawan)
1 cawan keladi | potong dadu, direbus & dikisar
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
Pewarna ungu secukupnya
Perisa keladi secukupnya

Cara menyediakan:
1.Keladi dibersihkan dan dipotong dadu kecil.Kemudian direbus empuk.
2.Kisar keladi bersama susu cair,air, garam dan gula.
3.Satukan tepung gandum bersama yis dan baking powder.
4.Masukkan adunan tepung tadi ke dalam bahan kisar dan kacau rata.Masukkan juga pewarna dan perisa keladi.Kacau rata.
5.Perap adunan selama 1 1/2 jam.
6.Kukus adunan selama 15 minit menggunakan api yang kuat.
7.Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

note:Panaskan acuan/loyang sebentar dan disapukan minyak terlebih dahulu sebelum mengukus apam.


2 ulasan :

Yatie berkata...

menarik apam keladi ni, tq berkongsi resepi..nak cuba buat gaklah..

Rohah berkata...

Tq kak Yatie,ubi keladi kat dapur saya tu byk, mmg kene buat sesuatu...