Rabu, 11 Januari 2012

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM




Assalamualaikum....
Sedapnya kalau makan ayam kicap walau sesimple manapun cara masaknya..tapi kalau ayam kicap ni dipenuhi dengan rempah ratus, diapunya rasa memang terangkat..membuatkan orang yang makan menambah-nambah  nasi.Kali cuba pulak ayam kicap stail kak Dayang Jack, terima kasih daun keladi..Minta izin pula dengan Kak Ummi di sini kerana saya copy resepinya yang dikatakan dicopy juga olehnya dr Dayang Jack..Semoga berkat ilmu yang dizahirkan untuk tatapan umum..Amin.


Untuk rempah2 dibawah tu, saya guna rempah biji...tersasul masa tu...maklumlah kelam kabut nak ambik anak sekolah.Sepatutnya pakai rempah yang dah siap kisar..Pastu saya gantikan daun sup dengan daun ketumbar(takde stock).Janji sedap..

AYAM KICAPBEREMPAH HARUM
Resepi:Dayang Jack (DJ) 
Sumber:Ummi Zaihadi
Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni)
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (*akak guna 2 btg)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-Cara Memasak:
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.

2 ulasan :

rahel berkata...

Selamat tengah hari Kak Rohah...
hari ni masak lauk kegemaran kita pulak ek..my hubby klu jumpa lauk berkicap..memang senang hati la..

Rohah berkata...

Ternyata citarasa kita same..masak kicap mmg top list kat dapur akak.