Memaparkan catatan dengan label Kek Span. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Span. Papar semua catatan

Selasa, 27 Ogos 2013

SELAMAT HARI ULANGTAHUN ANAK2 UMMI DAN KEK SPAN BLUEBERRY



Assalamualaikum..
3 in 1...sebiji kek untuk 3 orang sekali.Acapkali saya meraikan hari kelahiran mereka dalam satu masa kerana tarikh dan bulan kelahiran mereka begitu hampir iaitu Si Abang 25 Julai, Si Kakak 20 Julai dan Si Adik 20 Ogos.Untuk 3 tahun kebelakangan ni tarikh lahir Si Abang dan Si Kakak jatuh pada bulan puasa, Si Adik pula jatuh pada minggu pertama syawal, jadi memang umminya tak pikir panjang untuk meraikannya sekaligus secara sederhana.

Memang pada awalnya Si Kakak minta dibuatkan sebiji kek pada tarikh 20 Julai lalu yang kebetulannya dalam bulan ramadhan, tapi ummi minta tunda dan macam biasa akan buat/ himpunkan  pada tarikh lahir Si Kecik.Alhamdulillah dia setuju.Kek yang dapat saya siapkan ialah sebiji Kek Span Blueberry yang diadaptasikan dari resepi Kek Span Vanila oleh Noraini Zakaria, insyaAllah tetap menjadi sebab dah berulangkali saya membuat kek span menggunakan resepi ni.Resepi boleh dirujuk dibawah..Untuk sebiji kek ni, saya menggunakan 1 1/2 adunan dari resepi asal di bawah.

KEK SPAN BLUEBERRY
Adaptasi dari;Kek Span Vanila
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
120 gm gula kastor [saya kurangkan]
10 gm ovalette
4 biji telur gred A
130 gm tepung kek* | ayak 
1 sudu teh serbuk penaik* | ayak
40 gm air
60 gm minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila [saya tukarkan kepada perisa blueberry secukupnya]

Cara:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2.Satukan gula kastor, ovalette, telur dan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air dan esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.[bergantung pada oven]
6.Setelah masak, terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
7.Hiaskan dengan krim mentega.

Krim Mentega
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
150gm mentega
350gm marjerin krim well
180gm sirap gula/ susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Pewarna

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.Pukul lagi sehingga sebati.
3.Bancuh dengan pewarna mengikut keperluan.

Bermohon pada Mu Ya Allah, semoga anak2 ku ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Mu.Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh dan solehah, sejahtera di dunia dan akhirat.Amin...

Selasa, 14 Mei 2013

KEK SPAN CREAM-O


Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat menyiapkan sebiji kek lewat petang semalam atas permintaan anak dara saya.Sepatutnya kek ni saya buat sempena sambutan hari ibu seperti yang dikehendaki oleh Si Anak Dara saya nan seorang tu untuk digandingkan sekali dengan surprise pemberiannya, tapi bila tiba masanya mood umminya menjunam terus ke dasar laut..tinggal igauan je.

Si ummi cuba juga menggagahkan diri tapi tak berdaya, sehinggalah saya memberitahu kepada SI Anak Dara, insyaAllah kalau ummi berkesempatan esok harinya, ummi akan buat juga.Dia bersetuju tanpa hampa.

Dah tertunai permintaannya...

Suprise dari dari Anak Dara

Biasanya tak adalah nak buat sambutan beria sangat sempena Hari Ibu, cuma anak2 ni memang suka bagi suprise setiap kali datangnya hari tersebut.Ni lah suprise dari dia yang semahu2nya digandingkan dengan kek yang umminya buat.TQ dari ummi untuk Anak Dara.Tahun ni pulak Si Anak Teruna kata ''abang tak tahu lah nak bagi kat ummi...''..kisahnya...

Tiba2 semalam semangat on air kembali, maka on je lah terus supaya niat yang ada tak tertangguh.Kebetulan ada stock biskut Cream-O, ambil resepi yang mudah2 je dan terus saya buat KEK SPAN CREAM-O beradapatasikan dari resepi Kek Span Coklat oleh Chef Noraini Zakaria di mana dah berulang kali saya buat kek span menggunakan resepi beliau.Tak pernah menghampakan, sure menjadi elok.Resepi asal boleh lihat SINI ye.


KEK SPAN CREAM-O
Resepi asal:KEK SPAN COKLAT oleh Noraini  Zakaria
Sumber:(Buku KOMPILASI HIDANGAN KEK)
Olahan:rohah

Bahan-bahan: loyang 8''
150gm gula kastor (saya kurangkan-guna 100gm shj)
110 tepung kek*
1 sudu teh serbuk penaik* | ayak bahan bertanda (*bahan A)
75 gm minyak masak
15 gm ovalette
5 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
60 gm air
70 gm biskut cream-O - yang telah dibuang intinya dan kisar

Cara  membuat:
1.Griskan acuan kek.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada sushu 180 darjah celcius.
2.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur sebiji -sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
4.Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan kembang dan gebu.
5.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi.
6.Masukkan biskut Cream-O kisar diikuti minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
8.Keluarkan kek dari ketuhar dan terlangkupkan.Setelah 5 minit, pusingkan pada kedudukan asal.Tujuannya supaya  kek tidak mendap.
9.Hiaskan kek.

Selasa, 19 Februari 2013

KEK BLACK FOREST


Assalamualaikum..
Salam ceria, semoga semuanya dalam ketenangan dan rahmat Ilahi.Mendung hari ni sampaikan jam ni pun penulis tak menyidai baju lagi, terkesan dek suasana mendung yang belum kesudahan.Nampak gayanya baju bersidai dalam rumah je sebab sang mentari tak muncul ceria hari ni.Harap2 mood penulis tak begitu ..
Tayangan Kek Black Forest berdeco momot untuk hari ni...disebabkan whipping krim tak kental, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, semasa proses separuh jalan mendeco, kek pecah/terbelah/patah (banyaknya (/)..hi2) ketika di sejukkan dalam peti ais.Kononnya nak keraskan whipping krim sekejap, sebab leleh je ketika melepa.Kek jatuh sebab kedudukannya tak normal dalam peti ais..malu nak bg tahu kat sini, kesilapan yang seolah2 sudah ditempah..hi2..Nasib baik redha dan tenang untuk meneruskan aktiviti deco walaupun hati terkilan sebenarnya (memang patut pun, sebab salah sendiri kan..hhehhheh).Sabarnya penulis ketika itu...huhhhhh!!

Walaupun kek terbelah 3 disebalik topping yang memang momot tu, tapi kek tetap sedap..Saya gunakan resepi kek span oleh Chef Noraini Zakaria.Resepi boleh tengok SINI.Dah banyak kali membuat adunan kek span menggunakan resepi beliau, memang gebu.Begitu juga tips untuk menghias kek Black Forest ni,saya sisipkan sekali di bawah untuk rujukan, walaupun tak semua skil saya aplikasikan ketika menyediakan kek ni.Selamat mencuba..
KEK BLACK FOREST
Resepi:Noraini Zakaria

Bahan A:
1 biji kek span berukuran 8 inci

Bahan B (hiasan):
1 liter krim putar (non-dairy whipping krim)
100gm coklat masakan | dihiris nipis
10 biji ceri marachino
10 keping hiasan coklat (tak letak)
1 tin ceri hitam (saya guna filling bluberi dlm tin)
Sedikit jus oren (tak letak)

Cara membuat:
1.Kek span coklat dihiris dua bahagian.Ketepikan.
2.Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit  sehingga kembang dan gebu.Simpan sebentar dalam peti sejuk.
3.Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10 inci.Renjis jus oren di atasb lapisan pertama.Ambil sedikit krim putar dan sapukan atas kek tadi.Susun buah ceri hitam di atasnya.
4.Kemudian letak lapisan kek span kedua.Renjis jus oren dan sapu krim putar pada permukaan dan tepi kek.Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai.
5.Guna beg piping dan bentukkan rosette dikeliling kek.Hias denagn ceri marachino dan coklat hiris.

KEK SPAN COKLAT

Assalamualaikum..
 Kerap saya mengadun kek span hasil resepi Noraini Zakaria.Hasilnya memang gebu dan menjadi.Sesuai dijadikan sebagai kek asas dalam mendeco kek.Saya catatkan resepinya di sini sebagai rujukan.

KEK SPAN COKLAT
Resepi:Noraini Zakaria (Buku KOMPILASI HIDANGAN KEK)

Bahan-bahan:
150gm gula kastor (saya kurangkan)
110 tepung kek*
20gm serbuk koko*
1 sudu teh serbukpenaik* | ayak bahan bertanda (*bahan A)
75gm minyak masak
15gm ovalette
5 biji telur gred A
60gm air**
1 sudu teh emulco** | satukan bahan bertanda (**)

Cara  membuat:
1.Griskan acuan kek.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada sushu 180 darjah celcius.
2.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur sebiji -sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
4.Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan kembang dan gebu.
5.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air emulco coklat.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi.
6.Masukkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
8.Keluarkan kek dari ketuhar dan terlangkupkan.Setelah 5 minit, pusingkan pada kedudukan asal.Tujuannya supaya  kek tidak mendap.
9.Hiaskan kek.

Rabu, 9 Januari 2013

KEK PELANGI @ RAINBOW CAKE


Assalamualaikum..
Selamat bersiaran lagi, alhamdulillah.Didoakan kalian sihat semuanya bersama orang2 tersayang.Mata dah ngantuk sebetulnya, teringat bantal je ni, harap2 dapat menyiapkan juga N3 ni.

Kiranya ini adalah resipi kedua yang dapat disiarkan untuk   januari 2013 ni.Kek Pelangi telah menempuh Q yang panjang, alhamdulillah  dapat juga merealisasikan impian membuat kek ni dengan macam2 dugaan (hihi..dugaan kat dapur je...).Saya banyak menggoogle  resepi Kek Pelangi @ Rainbow cake ni, tapi mundar mandir tak tahu nak pilih resepi yang mana satu.

Alkisahnya dah try satu resepi, tapi tak berapa nak jadi tambahan pulak membaking dah lewat malam, akhirnya baki beberapa adunan yang telah bewarna saya masukkan dalam satu loyang dan selamat dibakar jadi kek marble..hik2.Masa tu mood dah terlalu merudum dan caca merba pun ia.Pastu ZZZzzzz..Esoknya saya cari lagi resepi, dan nampak resepi ni di blog Hasue, terus berkenan sebab nampak mudah (nak mudah je saya nie...hi2).Apalagi, teruskan misi dan visi..Kena teruskan membaking pada siang 8 januari juga sebab dah pasang niat nak hidangkan kek ni untuk hari ulangtahun cik abang pada malamnya.Rogerr teruss..

Dalam blog Kak Hasue dia telah mewarnakan pelanginya 6 kaler, tapi dalam hati saya teringin nak jadikan 7 kaler, dan saya teruskan misi saya tu tanpa menambah kandungan bahan, cuma tambah bilangan warna je.Saya dah siapkan/ bakar 7 lapisan kek.Tapi malangnya semasa proses melepa buttercream tak sedar saya tertinggal satu lapisan..Sedang asyik membersihkan meja di dapur, ternampak satu lapisan kek tercicir..waduhhh!! ..geramnya hatiku..

Bergenang sikit air mata model kecik ni, baru lepas nangis tak sabar nak makan kek ulangtahun Abah..Siap minta tangkap gambar kek ngan dia sekali

Tapi yang nyata kek ni sedap, lembut dan gebu selain mudah disediakan.Selain tu jangan terkejut tengok lapisan kek saya nipis je berbanding kak Hasue, sebab saya dah bahagikan adunan lapisan kek kepada 7 warna.Apapun tq buat Sweet4ever MYR yang sudi berkongsi resepi kek spannya, dan kak HaSue yang telah meneruskan idea menjadikan kek span ini untuk dijadikan Kek Pelangi..Memang sesuai sangat..Sesuai 100%. Untuk toppingnya pula saya lepa dengan buttercream, ikut sukatan dan bahan yang sedia ada je pada masa tu, alhamdulilah elok je kejadiannya.So, bolehlah lihat resepinya di bawah..

KEK PELANGI @ RAINBOW CAKE
Sumber Asal:Sweet4ever MYR (Kek Span Pandan)
Sumber Olahan:HaSue (Kek Span Pelangi)

Bahan-bahan:(1 biji kek/loyang 8")
150gm tepung superfine/ Hong Kong
150gm gula halus
5 biji telur gred A (saya guna 6 biji)
1 sudu besar ovalette
80ml susu segar
80ml mentega cair/ minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna ungu, hijau, oren, biru, kuning dan merah

Cara-cara:
1.Satukan gula halus, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
2.Pukul sehingga pekat dan gebu (lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar-benar ringan (lebih kurang 3 hingga 5 minit).
4.Tuangkan mentega cair/ minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar-benar sebati.
5.Bahagikan kek kepada 6 bahagian, satu cawan bagi 1 bahagian dan masing2 diwarnakan ungu, hijau, oren, biru, kuning dan merah.
6.Sediakan tin pembakar, griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
7.Tuangkan satu adunna ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak.Ulang langkah ini pada adunna kek seterusnya sehingga habis.Jika oven besar bolehlah bakar 2 loyang sekaligus.
8.Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
8.Setelah kek sejuk sepenuhnya, bolehlah dideko ikut citarasa masing2.

Buttercream
oleh:rohaisha

Bahan:
100 gm mentega
300gm krimwell
100 gm Golden Syrup
50ml susu pekat manis
2 sudu besar gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
2.Masukkan golden syrup beserta susu pekat manis dan teruskan memukul hingga sebati.
3.Ayakkan gula aising dan gaulkan ke dalam adunan butter dan krimwell tadi.

Rabu, 21 November 2012

PINK ROSES OMBRE CAKE


Assalamualaikum...
Jumpa lagi, alhamdulillah.Teriknya mentari hari ini, semoga ianya memberi kebaikan pada kita..Kita sebagai hamba Allah ni kekadang terlepas juga bicara; hujan salah, panas pun salah juga..Jadi sebagai hambanya kita bersyukur hendaknya dengan apa yang telah Allah kurniakan untuk kita..Mudah-mudahan sentiasa berlapang dada kan...

Seperti yang dijanjikan pada N3 sebelum ni, ada terselit sikit tentang PINK ROSE OMBRE CAKE..Comot je kan deco rose tu..keras kejung tangan i menari..maklumlah memang jarang2 saya mendeco2 kek  memandangkan anak2 tak berapa gemar nak menjamah.Tapi kali ni, bila umminya buat kek ombre ni, diaorang suka pulak, sedap katanya..Banyak kali saya menggoggle untuk menghasilkan kek ni, bermula dengan kek apa yang sesuai untuk dibuat asasnya sehinggalah kepada cara2 nak deko.Last2, kepala jadi penin2 tak tahu nak wat pilihan.Pemutusnya, saya buat asas kek menggunakan adunan kek span, ikut je resepi kat dalam buku/ koleksi yang saya ada..Resepinya saya ambil dari buku resepi Chef Noraini.Memandangkan untuk toppingnya pun dah ada kat dalam buku beliau.Untuk tacap tu, saya ada jengah kat sini...dan merata2 tempat lagi.

Untuk menghasilkan sebiji kek  seperti dalam pic2 ni saya gandakan sekali lagi untuk bahan asasnya dari bahan asalnya.Untuk toppingnya pula, saya sarankan boleh buat 1 1/2 adunan dengan merujuk sukatan asal Krim Mentega di bawah tu ye.Hasilnya memang sedap, alhamdulillah berpuashati..
Selamat mencuba.


Kek Span Vanila
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
120gm gula kastor
10gm ovalette
4 biji telur gred A
130gm tepung kek* | ayak 
1 sudu teh serbuk penaik* | ayak
40gm air
60gm minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila
Pewarna pink

Cara:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2.Satukan gula kastor, ovalette, telur dan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air dan esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Bahagikan adunan kepada 5 bahagian (sama rata) dan titiskan dengan pewarna pink dan jadikan ianya tone yang berbeza untuk setiap bahagian.
6.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 20 minit.(Buat step yang sama untuk setiap warna).
7.Setelah masak, terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
8.Sapukan krim mentega pada setiap permukaan kek dan susun kek satu persatu sehingga habis.Kemudian lepa nipis krim pada keseluruhan kek.
9.Mulakan aktiviti mendeco bunga ros mengikut tone yang disukai.

Krim Mentega
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
150gm mentega
350gm marjerin krim well
180gm sirap gula/ susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Pewarna

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.Pukul lagi sehingga sebati.
3.Bancuh dengan pewarna mengikut keperluan.