Memaparkan catatan dengan label Kek Chiffon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Chiffon. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mac 2013

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES


Assalamualaikum...
Selamat tengahari, alhamdulillah jumpa lagi di sini.Semoga  ceria-ceria selalu di samping tugas harian.

Alhamdulillah dapat saya merasa Hokkaido Chifon Cupcakes ni, sebab dah lama sangat teringinnya..Tempohari nampak resepi yang telah dicuba oleh kak Ita Masam Manis di rasa.karangkraf online, nampak cantik dan menyelerakan.Terpanggil terus nak try.Hehe...orang lain dah sampai bulan dengan kek Hokkaido, sebelum ni saya cuma tengok je bulan mengambang dari bumi..


Ternyata tersangat gebu dan sedap cupcake ni......Itulah yang dapat digambarkan di sini.Tq kak Ita atas perkongsian.Untuk sumber empunya resepi asal saya tak pasti, sebab saya cuba buka blog kak Ita dan search resepi ni, tapi tak dapat...

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES

Bahan-bahan:
4 biji kuning telur
30gm gula  kaster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola (minyak masak pun boleh)
55 gm tepung kek
20 gm tepung kastad
1 sudu kecil baking powder

Dalam bekas lain:
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80gm gula kaster

Cara memasak:
1.Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2.Sediakan ramekins 8 biji bersaiz besar atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras atau boleh juga gunakan cawan muffin.
3.Satukan tepung kek, tepung kastad dan baking powder.Kemudian diayak 3 kali.
4.Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk.Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
5.Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.
6.Dalam bekas lain (pastikan bekas berkeadaan kering), pukul putih telur dan garam hingga bebuih.Tambahkan 80gm gula sedikit-sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku.(soft peaks)
7.Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.Gaul rata dengan menggunakan kaedah kaup balik.Kemudian masukkan baki adunan dan gaul sehingga dengan kaedah yang sama.
8.Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaram 80%.Hentakkan sedkit bekas ramekins untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.
9.Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit.Keluarkan dari oven bila kek masak.Hentakkan bekas ramekins sekali lagi dan biarkan kek sejuk.
10.Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
Resepi:Honey

Bahan-bahan:
1 sudu besar tepung (saya guna tepung kastad)
1 sudu besar tepung jagung
4 suud besar gula
200 ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur (saiz L)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara memasak:
1.Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
2.Masukkan 1-2 sudu besar susu.Kacau rata jangan ada yang berketul-ketul.
3.Masukkan telur dan kacau lagi.Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
4.Wrapping mangkuk dan masukkan dalam microvawe.Guna suhu yang tinggi dan masak sehingga pekat.
5.Setiap satu minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.Ulang sehingga pekat.
6.Bila dah siap,masukkan butter dan kacau rata.

Tips:
*Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dengan api yang sederhana.
*Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan 'cream custard' yang licin.
***(saya guna kedah double boiler)






Isnin, 7 Januari 2013

KEK SIFON PANDAN


Assalamualaikum...
Jumpa lagi.Apa kabarrr semuanya?.Hari ni kali pertama saya bersiaran dan berkesempatan membuat N3 sebagai pembuka tirai 2013.Maaflah, dah seminggu menu Pengat Pisang Nangka saya menjadi tatapan di Damai Qalbu.

Saya sangka dapat update blog untuk hari pertama 2013, rupanya tak berkesempatan langsung di awal persekolahan anak2 untuk sessi 2013 ni.Memang kelangsungan buzy..

Kali ni sajian pencuci mulut yang sempat saya siapkan sebagai menu pembuka tirai 2013.Buatnya pun dah seminggu yang lepas atas permintaan cik abang.Sebenarnya dah banyak menu yang tertangguh untuk disiarkan.Walaupun seminggu menyepi, tapi dapur tetap berasap seperi biasa, cuma tak sempat je nak dikongsi..
Kek Sifon ni memang cukup2 lembut untuk dinikmati.Sebenarnya masa membakar kek ni menggunakan bentuk acuan seperti yang dalam gambar2 tu adalah tak sesuai..Kapasiti bahan yang terhasil cukup banyak.Saya tak dapat nak agak masa tu, so saya teruskan sahaja membakar..Sedang elok kek ni naik, melimpah keluar adunannya.Walaupun sedikit hampa, tetap saya teruskan..kira pejam mata je lah, apa nak jadi, jadilah...Tapi alhamdulillah, bila dah masak, kek tetap elok kejadiannya.Cuma dinasihatkan, kalau nak guna acuan sama dengan acuan ni, lebihan kek bolehlah di bakar dalam acuan yang lain.Untuk mengelakkan kejadian sama berlaku.
Apa yang penting kek ni memang betul2 sedap..Tq buat chef Noraini Zakaria.Resepi bolehlah dirujuk di bawah..

KEK SIFON PANDAN
Resepi:Noraini Zakaria (BUKU KOMPILASI HIDANGAN KEK)


Bahan (A):
150 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh pes pandan
125 gram gula kastor
7 biji kuning telur gredA
75 gm minyak masak 
75 gm santan

Bahan (B):
7 biji telur gredA
125 gula kastor
1/4 sudu teh serbuk krim tartar 

Cara membuat:
1.Bahan (A): Ayak tepung kek, serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam mangkuk adunan.Campurkan bahan yang lain dan gaul perlahan-perlahan dengan senduk kayu hingga rata.
2.Pukul bahan (B) hingga pekat dan gebu.Masukkan ke dalam adunan tepung tadi.Gaulkan perlahan-lahan hingga sebati.
3.Sediakan acuan kek sifon berukuran 24cm.Tuangkan adunan ke dalamnya.Acuan tak perlu digriskan.
4.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 50 minit hingga 1 jam.
5.Apabila kek telah masak, terbalikkan acuan agar permukaannya tidak mendap.Setelah 15 minit, pusingkan semula pada kedudukan asal.Lorekkan pisau pada keliling kek dan keluarkan kek.Sejukkan.


Isnin, 18 Jun 2012

KEK SIFON POLKADOT



Salam sejahtera buat semua..
Kali ni berkesempatan juga share resepi dari Rahel yg telah maklum gemar membikin kek yang enak2 nampaknya..memang tak terkejar dengan koleksi2 kek Rahel, semput akak mengejar dek oiii, ni pun baru dapat satu..Memang waduh lembutnya kek sifon ni..enak sekali!!..makan satu, terlajak satu, terlajak lagi dan lagi dan lagiiii!!!...(terlajak sokmo!!..hehhh)


KEK SIFON POLKADOT
Resepi: Rahel

Bahan:
100g tepung gandum
25g gula kastor
60g minyak masak
80ml susu cair
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
1/2sudu teh krim tartar
60g gula kastor

Cara:
1.Ayakkan tepung gandum.Masukkan 25g gula kastor.Kacau rata dan ketepikan.
2.Campurkan minyak masak dan susu cair.Kacau rata.Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.Masukkan kuning telur.Kacau rata.Ketepikan.
3.Pukul putih telur, garam dan krim tartar dengan kecepatan sederhana sehingga setengah kembang.Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga kembang (adunan bertanduk).
4.Tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan perlahan.Ketepikan satu cawan adunan dan beri pewarna hitam untuk corak polkadot (saya guna perisa kapucino & menghasilkan warna coklat), sementara adunan asal diberi sedikit pewarna merah jambu.
5.Tuangkan 1/2 adunan merah jambu ke dalam loyang sifon, kemudian dengan menggunakan sudu makan, sudukan adunan hitam di atas permukaan adunan merah jambu (letak adunan hitam di bahagian tepi, agar maudah kelihatan corak polkadot).Kemudian masukkan lagi sisa adunan merah jambu tadi.
6.Bakar selama 35 minit pada suhu 170'C.Setelah masak segera keluarkan dari ketuhar dan terus telangkupkan kek sifon hingga sejuk, baru lorekkan tepinya dengan pisau dan keluarkan kek sifon dari loyang.

P/S:
*Panaskan ketuhar 15 minit sebelum bakar kek.
*Rahel bakar kek sifon selama 25 minit dalam loyang sifon saiz 18cm. (masa membakar saya sama, cuma saya guna loyang 22 cm)
*Hasilnya terpulang pada oven masing-masing.
*Loyang sifon tak perlu digriskan.