Memaparkan catatan dengan label Seindah Taman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seindah Taman. Papar semua catatan
Khamis, 21 November 2013
LOTUS PINK SEDANG MEKAR
Khamis, 12 September 2013
Isnin, 1 Julai 2013
PENYEJUK MATA PENGHIBUR JIWA
Isnin, 15 April 2013
MERAH BERSERI SI AKAR DANI
Assalamualaikum..
Bertemu lagi alhamdulillah.Hari ni bersiaran langsung dengan tanaman yang bisa menyejukkan pandangan mata.N3 sebelum ni SINI mencoretkan bunga Akar Dani saya yang baru belajar berputik setahun yang lalu.Itupun setelah setahun saya menanam pokoknya yang mana saya ambil anak pokok tersebut dari rumah bonda di kampung.Pertumbuhannya agak lambat dan terasa lama untuk menanti bunganya merimbun pula.
Cantik dijadikan sebagai pohon gerbang jika mahu, tapi saya ketepikan niat itu sebab dedaun kering yang bakal berguguran tidak sanggup untuk saya bersihkannya.Saya hanya mencantas jika untaian dahannya sudah terlalu panjang.Bolehlah baca info mengenai Pokok Akar Dani ni yang menghasilkan bunga yang cantik dan mengeluarkan keharuman yang mengasyikkan.
Sumber:Wikipedia (POKOK AKAR DANI)
Pokok Akar Dani merupakan penjalar Asia yang memiliki rumpun-rumpun bunga merah yang menarik.Boleh didapati di belukar atau hutan sekunder Filiphina, India dan Malaysia serta di banyak kawasan lain di dunia, baik sebagai pokok hiasan yang ditanam mahupun sebagai pokok liar.Nama botaninya ialag Quisqualis yang membawa pengertian sebagai "Apakah itu?" dalam bahasa Latin.
Pokok ini dikategorikan sebagai pokok menjalar berlignin yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya.Antara ciri-cirinya ialah:
1.Daunnya berbentuk elips dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat.Daun tersebut yang panjangnya 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan.
2.Bunganya wangi dan berbentuik tiub, dengan warnanya berbeza-beza dari putih ke merah muda hingga merah.
3.Buahnya 30-35 milimeter panjangnya, dan rasanya seakan-akan buah badam apabila matang.Ia berbentuk elips dan memiliki lima sayap yang ketara.Buah ini disebarkan melalui air.Pokok ini juga dikenali sebagai "Drunken Sailor".
Kegunaannya boleh dikhususkan untuk dijadikan perubatan tradisional.Rebusan akar, biji atau buahnya boleh digunakan sebagai antihelmintik serta juga mengurangkan cirit birit.Rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam.Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dan lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.
Khamis, 16 Februari 2012
Orkid Ungu
Langgan:
Catatan
(
Atom
)