Memaparkan catatan dengan label Pastri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pastri. Papar semua catatan

Rabu, 13 Februari 2013

PAI BLUBERI


Assalamualaikum...
Beberapa hari ni alam maya terasa agak sunyi, maklumnya ramai yang mengambil peluang bercuti balik ke kampung halaman masing2 sempena Tahun Baru Cina, mungkin juga segelintirnya bercuti makan angin bersama keluarga.

Pai ni baru minggu lepas saya buat sebab nak clearkan stock filling bluberi.Dah lama terperam..Dalam angan2nya sebelum ni memnag banyak cadangannya yang nak dibuat dengan filling bluberi ni, kiranya inilah yang tercapai salah satunya.

Untuk resepi Pai Bluberi ni saya ambil sumbernya dari koleksi buku yang saya ada seperti yang tercatat di bawah tu.Resepi asal adalah Pai Buah Pic, saya hanya tukarkan buah pic kepada filling bluberi dalam tin yang ada buahnya sekali tu sebab kat sini susah nak cari stock buah bluberi yang fresh..Yang penting dapat buat pai ni dan merasai dengan nikmatnya kan....pastrinya pun lembut je..

PAI BLUBERI
Sumber:(BUKU KOMPILASI SAJIAN PAI/majalah Karangkraf)
Adaptasi dari:Pai Buah Pic 
Olahan:rohaisha

Bahan pastri:
125gm mentega
60gm gula aising
250gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar air sejuk dari peti ais

Bahan Filling Kastad
Bahan A:
50gm tepung jagung
120gm gula halus (saya kurangkan)
120ml susu sgar
250ml air
2 biji telur
40gm susu tepung
Sedikit esen vanila
1biji telur (ambil kuning sahaja)

Bahan B:
25gm mentega

Bahan hiasan:
Filling bluberi (dalam tin)

Cara membuat:
1.Filling Kastad:Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk.Dengan membuka api sederhana, kacau sehingga sebati dan menjadi pekat.(Saya sejukkan kastad sekejap, kemudian masukkan kastad ke pipping bag barulah picitkan ke atas adunan pastri yg sudah siap dibakar)
2.Apabila pekat, tutup api dan masukkan ke dalam bahan B.Kacau sehingga berkilat.
3.Pastri:Gula aising dan tepung gandum disatukan.
4.Masukkan mentega dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
5.Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air sejuk.
6.Gaul sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 15 minit.
7.Canaikan doh di dalam acuan pai.
8.Bakar pada suhu 150 darjah celcius hingga 160 darjah celcius sehingga masak.
9.Apabila sudah masak, masukkan filling kastad tadi ke atas pastri pai.Tuangkan pula filling bluberi.

Ahad, 13 Mei 2012

PUFF TUNA MAYO



Salam..
Sedap layan Puff Tuna Mayo ni waktu sarapan pagi.Saya buat inti yang simple dan cepat untuk dihidangkan.



PUFF TUNA MAYO
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
10 keping pastri puff | potong 2 (setiap slices)
1 tin kecil tuna (185gm)
1 tangkai cili merah
5 sudu besar mayonis
1/2 biji limau nipis | ambil jusnya
Sedikit garam
Sedikit daun ketumbar | cincang
Serbuk lada sulah secukupnya

Bahan lain:
1 biji kuning telur | sapu
Serbuk coregano secukupnya | tabur


Cara:
1.Hancurkan tuna menggunakan garfu.Gaulkan semua  bahan kecuali telur dan serbuk oregano hingga sebati.
2.Potong setiap slices kulit puff kepada 2 bahagian.Satu bahagian dibuat corak ke atasnya dengan menggunakan pisau (corak ikut suka).Satu bahagian kulit lagi dibubuhkan inti tuna.Kemudian ambil kulit yang dicorakkan tadi dan tutupkan ke atas kulit yang berisi inti.Kemaskan dan kemudian klim / tekan menggunakan garpu disekeliling kulit puff tadi.
3.Sapukan kuning telur ke atas permukaan puff dan tabur dengan serbuk oregano secukupnya.
4.Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 20 minit.Adjust suhu sekiranya puff nampak terlalu gelap permukannya, agar tidah hangit.




                                                      

Khamis, 8 Mac 2012

TARTLET BUAH-BUAHAN




Assalamualaikum..
Dah tercapai juga hajat nak makan tart ni, alhamdulillah..Terlebih rajin pulak hari ni..Cam tulah kalau dah pasang niat, keperluan pula mencukupi, masa pun ada..Ibaratnya
"Bagai mengantuk disorongkan bantal.."
@
"Hendak Seribu Daya, Tak Mahu Seribu Dalih.."



TARTLET BUAH-BUAHAN
Resepi:Juanna Abdul Rahman (majalah SAJI)

Bahan-bahan Pastri:
30 gm gula aising
60 gm marjerin
1/2 sudu kecil esen vanila
120 gm tepung ganum
1 sudu besar susu tepung

Bahan Kastard:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula halus
1 biji kuning telur
250 ml susu rendah lemak
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil mentega

Bahan Hiasan:
1 biji kiwi
5 biji strawberi
1 biji pic ( saya gantikan dgn mangga masak)

Cara menyediakan:
1.Pukul marjerin dan gula aising
2.Campurkan esen vanila dan kacau lagi.
3.Masukkan campuran tepung gandum dan susu perlahan-lahan.Setelah sebati, masukkan sedikit adunan di dalam acuan tat.
4.Bakar tat pada suhu 180 darjah C selama 10 minit hingga 15 minit.Sejukkan.
5.Untuk kastard, panaskan perlahan-lahan bahan-bahan kastard sehingga adunan pekat dan masak.
6.Sejukkan sedikit sebelum dituangkan ke atas pastri tarlet tadi.
7.Boleh dihidangkan dengan hiasan buah-buahan seperti anggur, nenas, oren, ciri atau kiwi.

Selasa, 29 November 2011

PAI KASTARD PEDAS SARDIN



Assalamualaikum...
Selamat malam buat semua, dah makan malam ke belum??.Alhamdulillah, saya dah pun menyantap hidangan mee kari.Tapi yang nak saya masukkan kat sini, "Pai Kastad Pedas Sardin"...

PAI KASTARD PEDAS SARDIN 
Resepi:majalah RASA

Bahan pastri:

225gm tepung serbaguna
100gm mentega bergaram Tatura(sy guna buttercup je)
1 sudu kecil gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu besar krim masam Paul's (sy gantikan dengan yogurt plain)
1 sudu besar salad cream Heinz (sy guna Sos Salad Coleslaw)

Bahan inti:
4 ekor sardin bersos tomato (sy asingkan sosnya)
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar salad cream Heinz (sy guna Sos Salad Coleslaw)
1 sudu besar krim keju Tatura
Sedikit hirisan cili benggala hijau dan merah
2 biji telur
200ml susu segar (sy guna 100ml sahaja; itupun lebih dari mencukupi)
Garam dan serbuk lada hitam (secukupnya)

Cara memasak:

1.Pastri: gaul semua bahan dan jadikan doh lembut.Tambah lebih tepung supaya mudah dicanai.
2.Canai dan tekankan ke dalam acuan kegemaran dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah C selama 15 minit dan keluarkan dari ketuhar.Ketepikan.
3.Inti: Campurkan bawang kisar, salad cream, krim keju, susu, telur, garam dan serbuk lada hitam dan kacau.Ketepikan.
4.Aturkan ikan sardin dan taburkan cili hiris.Tuangkan bancuhan susu dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah C selama 20 minit hingga keemasan.
5.Alihkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum dipotong dan dihidang dengan daun salad.(sy tak guna salad time ni, coz x de).

Tips:

Selain sardin, boleh juga digunakan sotong, ayam, daging atau ikan bilis yang telah sedia dimasak dan boleh terus dimakan.
 
 
Kalau nak lebih pedas bolehlah bubuh banyak sikit tang lada hitamnye..saya tak bewrani nak bubuh banyak2, coz anak2 mesti tak 'berani' nak makan.