Memaparkan catatan dengan label Roti Jala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti Jala. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mac 2013

ROTI JALA & KARI AYAM



Assalamualaikum..
Selamat malam..jumpa lagi di sini alhamdulillah.
Sudah lama saya tak meroti jala menu pebret saya ni, terbayang bila cicah ngan kari tu yang tak tahan..., apalagi??, bila mahu, terus bikin...


Rasanya semua orang tahu resepinya, juga tahu untuk membuatnya, tapi sebagai rujukan saya abadikan resepinya di sini.Silakan jamu mata..


ROTI JALA 
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk.Kacau sebati menggunakan hand whisk.
2.Tapiskan adunan.
3.Panaskan kuali.Sapukan dengan mentega.Sendukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan tebarkan adunan ke atas kuali.
4.Angkat roti jala apabila kelihatan masak.
5.Ulangi proses menjala hingga habis.
6.Hidangkan bersama kuah kari.

KARI AYAM
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
350gm bahagian isi ayam | potong kecil
4 sudu besar serbuk kari daging* | satukan bahan bertanda (*) dan bancuh bersama sedikit air
1 sudu kecil cili giling*
5 ulas bawang merah**| kisar bahan bertanda (**)
1/2 inci lengkuas**
1 inci halia**
2 biji kentang | potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
3 cawan air
1 inci asam gelugur
1 biji kiub ayam knorr
1 sudu besar kerisek
1/2 cawan santan kotak
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar hingga beraroma bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga.Masukkan bancuhan kari dan pescili giling.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan kentang dan ayam.Kacau rata.
3.Masukkan air dan renehkan sehingga kentang empuk.
4.Kemudian masukkan santan, asam gelugur, kiub ayam, kerisek, garam dan gula.Renehkan lagi.
5.Matikan api.

Sabtu, 5 Mei 2012

ROTI JALA




Assalamualaikum..
Jangan silau mata tengok kombinasi kalerr roti jalaku ini..keh keh keh...pink + oren, kecik bola mata hitam masa edit2 pic ni, berpinar pun ada..tak boleh dah nak ku slow2kan kaler dia.Kedua-dua kalerr memang garang semacam bila disatukan, pastu ditambah pulak dengan studio tak cukup alat (kih3..) tu yang semacam ajee..
Mula-mula bancuh 1 adunan, rupa-rupanya belum habis menjala, rotiku dah mula susut.Makanya bancuhlah 1 trip lagi, alhamdulillah hampir langsai malam itu juga ...baki 3ketul je.



ROTI JALA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur
1sudu besar minyak masak
marjerin | untuk lenserkan kuali

Cara:
1.Satukan kesemua bahan kecuali marjerin dalam satu bekas, kacau menggunakan whisk hingga sebati.
2.Tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian,titiskan warna kegemaran.
3.Masukkan adunan dalam botol muncung.
4.Panaskan kuali dan lenserkan dengan marjerin.Picitkan adunan atas kuali mengikut corak disukai / secara berslang seli.
5.Lipat bahagian kiri dan kanan roti jala,kemudian gulung.





Kari Ayam Roti Jala
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 bahagian ayam | potong kecil
3 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1cm halia | kisar
1/2-1 kentang | potong dadu  
2 sudu besar serbuk kari *
1 sudu kecil serbuk cili * | dibancuh bersama dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
1 kiub ikan bilis knorr
1/2 cawan susu cair
1 1/2 air
1 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar dan daun kari hingga layu.Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.Biarkan hingga naik minyak.Masukkan juga bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.Seterusnya masukkan kiub bilis knorr, ayam dan ubi kentang.Kacau dan masukkan air.Biarkan mereneh sehingga kentang empuk.
2.Setelah ayam dan kentang empuk, masukkan susu cair dan renehkan seketika.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Tutup api.