Memaparkan catatan dengan label Pulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulut. Papar semua catatan

Isnin, 11 November 2013

PULUT KUKUS vs SAMBAL IKAN BILIS


Assalamualaikum...
Jamu mata ngan pulut bercicahkan sambal ikan bilis ye..Asalnya nak makan pulut ngan kelapa parut je, tapi terlajak buat sambal pulak propanyerrr..hi2..

Pulut
Bahan-bahan:
1 kg cawan beras pulut | rendam 1 jam
5-6 cawan santan/ secukupnya [sukatan paras permukaan pulut dan lebihkan sedikit]
1 sudu besar garam
2 helai daun pandan
2-3 sudu besar minyak masak

Cara:
1.Panaskan air dalam kukusan.
2.Satukan pulut bersama santan, garam dan daun pandan, kukus beras pulut selama 20 minit.
3.Buka penutup periuk, kacau pulut dan tuangkan minyak masak.Sebatikan.Kukus semula pulut selama 30 minit atau sehingga masak.
4.Siap untuk dihidangkan.

**jika pulut masih peroi, boleh tambahkan santan.

Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan:
50gm ikan bilis | cuci, toskan
50gm cili kering*  
1 labu bawang besar | hiris
6 ulas bawang merah* 
4 ulas bawang putih*
2 cm halia*| kisar bahan bertanda  (*)
Sedikit asam jawa
Air secukupnya
Garam
Gula
Minyak masak   

Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar, bahan kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2.Masukkan ikan bilis dan kacau rata.Biarkan sekejap.
3.Masukkan air yang dibancuh bersama asam jawa secukupnya.Renehkan.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Biarkan sekejap.
5.Tutup api.

Rabu, 20 Februari 2013

RENDANG AYAM RANTAU Vs PULUT KUNING


Assalamualaikum...
Inilah dia rendang ayam yang saya makan dengan Nasi Lemak Seri Pandan tempohari, merangkap sekali dengan Pulut Kuning.Memang betul2 Xtra rajin lagi time tu.Memang betul2 ikut selera tekak ku..hi2.Nasib baik tekak yang lain setuju juga.

Saje letak nama rantau tu sebab almaklumnya saya ni juga merantau, walaupun masih dalam lingkungan negeri sendiri iaitu Selangor ku sayang..Jangan marah ye kawan2 erkkk..saja nak berceloteh, tak ada niat nak beza2kan tau.Macam biasa, perencah rendangnya sama je macam orang lain buat, ada lengkuas, ada kerisek, itulah namanya rendang kan..Resepinya ada kat bawah tu ye..Selamat jamu mata..


RENDANG AYAM RANTAU
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 kg ayam
30gm cili kering | kisar
6 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
4 batang serai | kisar
10cm lengkuas | kisar
3 sudu besar kerisek
1/2 cawan santan pekat
Air secukupnya
Air asam jawa
6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan ayam dan biarkan perencah bergaul rata.
2.Masukkan air dan daun limau purut.Biarkan mereneh bersama ayam.
3.Apabila ayam separa empuk, masukkan santan pekat dan bancuhan air asam jawa.Biarkan kuah menjadi pekat barulah dimasukkan kerisek.Perasakan juga dengan garam dan gula.Taburkan hirisan daun kunyit.Biarkan sekejap.
4.Tutup api setelah masak.

PULUT KUNING
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan pulut* | rendam semalaman bahan bertanda (*)
1 keping asam gelugor*
Serbuk kunyit*
Air secukupnya*
1 cawan santan pekat**
1 sudu besar garam** | satukan bahan brtanda (**)
2 sudu minyak masak

Cara:
1.Rendamkan bersama bahan2 bertanda (*) semalaman.Cuci bersih dan toskan.
2.Didikan air dalam periuk kukusan.
3.Alaskan kukusan yang berlubang dengan plastik yang telah dilubang-lubangkan.Letakkan pulut di atas plastik tadi.Ratakan dan kukus selama 20 minit.
4.Buka penutup kukusan, kacau gaul pulut tadi.Curahkan santan ke atas pulut dan gaul lagi supaya sebati.Sambung semula mengukus selama 20 minit.
5.Sudukan pula minyak ke atas pulut dan gaul lagi.Kukus lagi selama lebih kurang 10 minit.
6.Pastikan pulut masak dan tutup api.


Jumaat, 25 Januari 2013

PULUT KUKUS SERI PANDAN & KUAH DURIAN




Assalamualaikum...
Salam hari jumaat yang penuh barakah..Bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah beri...pertamanya nikmat dapat bernafas di bumi Allah ini, alhamdulillah..


Pagi ni tayang pulut kukus, tapi dah habis lama sebab buatnya   dah masuk 3 minggu yang lepas.Ini antara menu yang memang diingini sementara musim durian masih ada lagi hari tu..Sekarang dah takde, kat gerai buah tu pun dah tukar buah manggis, cempedak, duku dan sebagainya..

Lama mengimpikan buat pulut kukus berkalerkan ijo pandan, dan saya bubuh sekali air kisaran daun pandan.Tapi sebab daun pandan saya tu cenonet2 je sebab tanam dalam pasu kot, jadi aromanya macam kurang powerlah sikit, maybe lain kali kena bubuh daun pandan banyak sikit dan pilih daun yg lebar2..Kalau nak daun macam tu kena tanam pokok pandan kat atas tanah.Alhamdulillah baru menanam pokok pandan kat tepi pagar...selama ni hubby tak kasi tanam kat tanah sebab bimbang merimbun tak sudah dan tanpa kawalan..hehe...(takut ada binatang yang menjalar tu sebenarnya...).Harap2 pokoknya cepat merimbun dan boleh meneruskan aktiviti memasak.

Untuk kuah durian tu sama je ikut resepi yang pernah saya buat sebelum ni, namun saya selitkan juga resepinya kat sini.Boleh juga tengok resepi yang dulu tu kat SINI.
PULUT KUKUS SERI PANDAN & KUAH DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan pulut | rendam, cuci & toskan
5 helai daun pandan*
2 cawan santan cair* | *kisar bersama
1 sudu kecil garam
Pewarna hijau secukupnya
2 sudu besar minyak masak

Cara:
1.Rendamkan pulut selama 2 jam.Cuci dan toskan.
2.Panaskan periuk kukusan, kukus pulut bersama santan campuran pandan, pewarna dan garam selama 20 minit.
3.Buka penutup kukusan, kacau/ gemburkan pulut, kemudian sudukan minyak masak dan tuang rata ke atas pulut tadi.Gaul lagi hingga sebati.Teruskan mengukus selama 10 minit lagi.
4.Matikan api.

Kuah:
2 cawan isi durian
5 cawan air
1 cawan gula 
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
3 helai daun pandan
5 sudu besar tepung gandum | bancuh bersama air

Cara:
1.Masakkan isi durian bersama air, daun pandan dan gula.
2.Setelah mula mereneh masukkan santan dan sedikit garam.Kacau.
3.Apabila kuah telah masak, masukkan bancuhan tepung gandum dan sebatikan.Biarkan sekejap, tutup api.


Ahad, 1 Julai 2012

PULUT KUKUS & BUBUR DURIAN


Selamat malam dan bersua kembali...
Alhamdulillah kita masih diberi nikmat kehidupan, bersyukur atas pemberianNya.Berbicara di sini juga merupakan satu nikmat, kerana  kita masih mampu bermuamalat dan berukhuwah.
O.klah, berbalik pada menu yang ringkas ini, sementara musim durian tengah meriah ni, puaslah jugakan buat macam2 menu berasaskan raja segala buah ni.Ari tu saya asyik membantai durian je, makanya terimalah habuan ; gastrik menyerang.Haaaa...masa makan tak beringat...(bisalah tu..hehhe)


PULUT KUKUS & BUBUR DURIAN
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
Bahan Pulut:
2 cawan beras pulut | rendam 1 jam
1 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 sudu kecil minyak masak

Cara:
1.Panaskan air dalam kukusan.
2.Satukan pulut bersama santan dan garam, kukus beras pulut selama 15 minit.
3.Buka penutup periuk, kacau pulut dan tuangkan minyak masak.Sebatikan.Kukus semula pulut selama 5 minit atau sehingga masak.
4.Siap untuk dihidangkan.
Bahan bubur durian:
20 ulas durian @ 2 biji durian* (kalau isi durian padat, cukup 1 biji)
500ml air* | rebus bersama anggaran 5 minit
1 liter santan dari satu biji kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam
3/4 cawan gula
2 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)* kalau nak lagi pekat boleh tambah 1 sudu besar lagi

Cara:
1.Rebus durian bersama air dan daun pandan anggaran 5 minit.Kemudian masukkan santan, gula dan garam.
2.Kacau sentiasa dengan api sederhana hingga meruap dan mendidih.Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati hingga tanak.
3.Hidangkan bersama pulut atau roti, ataupun boleh dimakan sebagai bubur..

Rabu, 21 Mac 2012

PULUT KUNING

Salam..
Semoga ceria anda semua di luar sana..Pulut Kuning yang dibuat ni adalah sempena menyambut hari kelahiran saya minggu lepas.Biasanya orang padankan dengan kari sama ada telur mahupun ayam, tapi saya saja tukar menu.Saya ambil resepi telurnya dari majalah SEDAP.Untuk resepi telur tu bolehlah lihat kat SINI.




Pulut Kuning
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
  • 1kg beras pulut*
  • 2 sudu besar serbuk kunyit *
  • 1 keping asam gelugur*       
  • Air secukupnya*
      (*)Satukan dan rendam 
  • Sedikit garam | gaul bersama beras pulut (semasa hendak mula mengukus)
  • 2 cawan santan pekat | dijerang bersama
  • Garam secukupnya     |              "


Cara:
1.Rendamkan beras pulut dalam air bersama serbuk kunyit, asam gelugur dan garam selama 3 jam.Toskan.

2.Gaulkan pulut tadi bersama-sama garam sehingga rata.

3.Panaskan kukusan.Kukus beras pulut selama 20 minit di dalam loyang kukusan yang berlapikkan plastik yang telah dicucuk terlebih dahulu dengan pisau.(plastik dilubang2kan sedikit).

4.Setelah cukup 20 minit, kaup balikkan pulut yang telah separuh masak tadi sekadarnya.Dengan perlahan-lahan, curahkan santan yang dijerang ke atas pulut dan kacau rata.(Lakukan sehingga santan habis).

4.Teruskan mengukus selama 30 minit lagi @ sehingga masak.Setelah itu tuangkan sedikit minyak ke atas pulut dan kacau sehingga rata.Biarkan sebentar dan matikan api.