Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan

Rabu, 8 April 2015

PUDING SIRAP BANDUNG

Assalamualaikum...

Hanya gambar dan resepi yang mampu berbicara...heheeee..salam keceriaan buat semua.Jumpa laagi...bye..,

PUDING SIRAP BANDUNG
Resepi;linapg

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk [saya guna 10 gm agar2 tali]
3 cawan air
1 cawan susu cair
200 ml santan
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
Secubit garam
Sedikit sirap rose/pewarna merah
Sedikit esen rose

Cara-cara
1.Masukkan serbuk agar2 [saya guna agar2 tali], gula, esen rose dan air ke dalam periuk.Masak hingga agar-agar dan gula hancur.
2.Masukkan susu pekat manis, susu cair, santan, sirap rose dan garam.Kacau sebati.
3.Tunggu hingga mendidih.Tutup api.
4.Masukkan ke dalam loyang atau bekas kecil2.Sejukkan.




Isnin, 23 Februari 2015

BUBUR SUM SUM PANDAN


Assalamualaikum..
Dah puas bercuti ke semua sempena CNY.....Mudah-mudahan percuti anda sangat2 bermanfaat dan sentiasa dalam kemanisan...rasanya ramai yang pulang ke kg kan...meriah kan dpt bertemu wajah2 kesayangan terutama yang masih mempunyai ibu bapa tercinta..

Bubur sum sum pandan ni sedia maklum saya dah lama simpan gambar2nya..Memang berderet je tengok senarai menunggu untuk saya buatkan N3 walaupun ringkas.Seringkas resepi Bubur Sum Sum Pandan ni...hiihiiii.Sebelum ni saya dah pernah N3 kan resepi Bubur Sum Sum biasa di Damai Qalbu.Resepinya sama, cuma resepi kali ni saya tambahkan air kisaran daun pandan dalam adunan..Memang sedap disantap terutama ketika cuaca panas macam sekarang ni.

Ok..Selamat mencuba, dan sampai jumpa lagi ye...

BUBUR SUM SUM PANDAN
Oleh:rohah

Bahan-bahan: 
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
5 helai daun pandan, kisar bersama sedikit santan dan tapis
1 helai daun pandan, simpul
Pewarna hijau, jika mahu

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
2.Masak dalam periuk/ kuali atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup supaya tanak.
3.Matikan api.Sudukan bubur sum sum ke  dalam bekas yang sesuai.
4.Hidangkan bersama air gula merah.Sedap di makan ketika sejuk.


Air Gula merah/ Sirap
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2.Tapiskan.

Isnin, 21 April 2014

KOLAK UBI-pengubat rindu


Assalamulaikum..
Semoga sihat semua ye...Rindu saya untuk bersiaran, namun kekangannya terlalu berliku.Menyelitlah sekejap di celah liku2 masa yang yang begitu cemburu, sekurang2nya dapat mengubati rasa rindu untuk berblog seperti dulu.Walaupun sesaat saya menyapa di sini, in shaAllah memberi manfaat buat semua.
Ada kelapangan in sha Allah berjumpa dan bersiaran lagi di Damai Qalbu ni.Semoga ceria-ceria selalu.Selamat jamu mata bersama Kolak Ubi a.k.a Pengat Ubi buat pengunjung semua.Menu ni dah lama tersimpan rapi ....Jumpa lagi..
KOLAK UBI

Bahan-bahan;
1 kg ubi[siap kupas] potong kecil, rebus dengan sedikit air
6 cawan santan
1/4 sagu biji, rendam sekejap
2 helai daun pandan
Gula merah secukupnya
Gula pasir secukupnya

Cara;
1.Rebuskan ubi dengan air separa empuk.Masukkan juga biji sagu dan daun pandan.
2.Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan secubit garam.
3.Kacau selalu hingga meruap dan mendidih.
4.Matikan api.

Sabtu, 30 November 2013

KREP VICO


Assalamualaikum..
Krep Vico permintaan anak-anak..Memang dah lama tak mengkrep pun iye, rasa rindu pulak nak makan..Jamu mata lah ye...

KREP VICO
Resepi Asal;Adaptasi dari Krep Mangga
Oleh;Wendy Kor

Bahan-bahan Untuk Krepe [menghasilkan 24 keping krepe]
100 gm tepung [saya guna tepung gandum]
25 gm tepung kastad
10 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi kentang
2 biji telur
60 gm gula [saya guna gula halus]
100 gm susu cair
250 gm air
10 gm minyak/ mentega cair

Cara Membuat Krepe
1.Ayak semua tepung dalam mangkuk besar.Kemudian masukkan gula, telur , susu cair dan kacau dengan menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
2.Campurkan air, minyak dan gaul hingga sebati.Tapiskan adunan sekiranya adunan berketul.
3.Panaskan kuali pada api sederhana dan sapukan minyak atau mentega.
4.Tuangkan satu senduk adunan ke dalam kuali.Putarkan kuali dengan membentuk krepe yang bulat dan nipis.Setelah masak biarkan sejuk.

Bahan Untuk Inti
300 gm krim putar
Serbuk Vico/Milo secukupnya

Cara Membuat Inti
1.Pukul krim putar sehingga kembang.
2.Sudukan krim putar di tengah-tengah krep.Bubuh serbuk Vico/ Milo secukupnya.Sudukan lagi krim putar untuk menutup serbuk vico tadi.Lipat kedua-dua tepi krep dan gulungkan dengan kemas.






Jumaat, 31 Mei 2013

YOGURT PANNA COTTA BERSAMA STRAWBERI


Asalamualaikum..
Salam ceria dan salam bahagia buat teman2 setia di Damai Qalbu,  juga buat pengunjung2 yang dikasihi di luar sana.Semoga semuanya ceria2 belaka..amin.Dek hampir setiap hari berkemelut dengan cuaca panas sekarang ni, tempohari sempat juga melayan tekak dengan panna cotta yang lembut.Enak sungguh menikmatinya, dingin dan asyik mahu berulang kali menjamahnya.Sehingga mengalami sakit tekak dan serak suara, walaupun saya dah nyahkan sejuknya terlebih dahulu...terima je lah akibatnya kan..hehe..sedap punya pasal katakan..


Kali ni berkongsi resepi panna cotta dari Kevin Lynch, namun saya olah sedikit mengikut citarasa dan bahan yang ada ketika itu.Sedap panna cotta ni bila kita gunakan bahannya dari jenis cream berbanding susu segar biasa.Tampak pekat dan begitu terasa bila dinikmati.Walaupun resepi di bawah ni telah saya olah,  namun saya sisipkan sekali resepi asal dari Kevin sendiri di bawah sekali  tu.Bolehlah rujuk terus ye.


YOGURT PANNA COTTA BERSAMA STRAWBERI
Resepi asal:Kevin Lynch (YOGURT PANNA COTTA WITH STRAWBERRY JELLY)
Olahan:rohah

Bahan-bahan:
2 1/4 sudu teh gelatin
1 cawan UHT whipping Cream
1/3 cawan gula
1 bekas yogurt (140 gm +-)

Cara:
1.Taburkan gelatin ke dalam mangkuk berisi air dan biarkan sehingga lembut anggaran 5 minit.
2.Masukkan whipping cream dan gula ke dalam pan dan renehkan sehingga gula larut.
3.Buangkan haba dan kacau dalam gelatin.
4.Masukkan yogurt guna ke  dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
5.Campurkan krim dengan yogurt.
6.Tuangkan bahan tadi ke dalam ramekins atau bekas yang sesuai dan sejukkan dalam peti ais selama 3 jam.

PURI STRAWBERI
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
200 gm buah strawberi
4 sudu besar air
2 sudu kecil gula

Cara:
1.Kisarkan semua bahan di atas dan sejukkan dalam fridge.
2.Hidangkan bersama Yogurt Panna Cotta.

YOGURT PANNA COTTA WITH STRAWBERRY JELLY
Kredit:Kevin Lynch

Yogurt Panna Cotta

Vanilla yogurt panna cotta.
Ingredients
  • 1 envelope unflavoured gelatin (2 1/4 teaspoons)
  • 3 tablespoons water
  • 1 cup heavy cream
  • 1/3 cup sugar
  • 1 vanilla bean (split and seeds scraped)
  • 1 (16 ounce) container Greek yogurt
Directions
  1. Sprinkle the gelatin into the water in a bowl and let sit until softened, about 5 minutes.
  2. Bring the cream, sugar and vanilla seeds to a simmer in a small sauce pan until the sugar has dissolved.
  3. Remove from heat and mix in the gelatin.
  4. Whisk the yogurt in a bowl until smooth.
  5. Whisk the cream into the yogurt.
  6. Pour the mixture into 6 1/2 cup ramekins (or the equivalent) and chill in the fridge for at least 3 hours.

Strawberry Jelly

Strawberry jelly with fresh strawberry puree.
Ingredients
  • 1/2 envelope unflavored gelatin
  • 3 tablespoons water
  • 1 cup strawberry puree
  • 1 tablespoon lemon juice
  • 1/4 cup sugar
Directions
  1. Sprinkle the gelatin into the water in a bowl and let sit until softened, about 5 minutes.
  2. Simmer the strawberry puree, lemon juice and sugar until the sugar is dissolved.
  3. Mix the gelatin into the strawberry mixture.
  4. Remove from heat, let cool, pour it into what you want and chill in the fridge until set.

Rabu, 22 Mei 2013

PUDING LONGAN SELASIH


Assalamualaikum..
Kembali lagi hari ini..panas  terik cuaca sekarang ni.Macam biasa bila cuaca terik teringinlah nak makan puding atau agar2 yang lembut.




Sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung2 setia yang sudi menyinggah ke sini.2 hari saya tak mengupdate...Rasa rindu pada Damai Qalbu walau baru selewat itu.haaa..  Sungguhpun kita manusia biasa je, tetapi jika tiba masanya telah didatangkan kesibukan walau sedikit, pasti kita tak ada tumpuan kan..sebab tu tak berupdate, nak singgah jenguk kerangkaian maya pun tak berekesempatan.Alhamdulillah dapat juga menyelit sekejap dengan puding longan ni.Layan-layankan tekak dengannya...pasti kehidupan akan rasa tenang dan nyaman...alhamdulillah.. 




PUDING LONGAN SELASIH
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
10 gm agar2 tali-rendam 1/2 jam
4 cawan air     
1/2 cawan gula (boleh tambah, ikut suka)
1 tin longan- asingkan air dan isinya
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar selasih- rendam dalam air panas, biarkan kembang, toskan.

Cara:
1.Rendamkan biji selasih dalam air panas secukupnya.Setelah kembang, toskan.Ketepikan.
2.Rendamkan agar-agar tali dalam air anggaran 1/2 jam.
3.Masukkan 4 cawan air dalam periuk bersama 1/2 cawan gula.Renehkan hingga agar-agar dan gula hancur dan larut.
4.Masukkan air longan dan kacau rata.Matikan api.
5.Ambil satu cawan agar2 dan asingkan ke dalam mangkuk, kemudian campurkan bersama 1/2 cawan susu cair.Kacau rata.Ketepikan.
6.Ambil pula biji selasih yang telah kembang tadi, dan campurkan ke dalam baki agar-agar.
7.Sediakan gelas atau bekas yang bersesuaian, masukkan agar2 yang bercampur susu terlebih dahulu.Bekukan sekejap, kemudian masukkan sedikit buah longan, barulah disiramkan agar2-agar campuran selasih pula.Sejukkan.Boleh juga ikut cara masing2 cara nak menyediakannya.
8.Hidangkan bersama lebihan buah longan. 

Nota; puding ni hanya sesuai di makan terus dari gelas atau bekas yg  sesuai kerana kejadiannya yang lembut.Jika nak hasilkan yang agak pejal, bolehlah dikurangkan airnya ye.

Rabu, 15 Mei 2013

PUDING LAICI DANGDUT

Assalamualaikum..
Salam ceria, jumpa lagi.Kebelakangan ni cuaca agak berbahang, mahunya peluh mengalir agak deras bila beraktiviti terutamanya bila berada di dapur nyata..Alangkah sesuainya jika ada puding yang menyegarkan untuk disua ke mulut, terasa nyaman rasanya.

Bila cuaca berbahang dan agak meresahkan automatik sebenarnya tekak kita menerima signal untuk menyantap yang dingin2 saje, lantas macam2 puding terbayang diminda kita.Masa tu juga kalau boleh nak cepat disediakan puding yang diidam2kan..

Puding Laici Dangdut ni kelihatannya sudah popular di kalangan rakan2 maya, ramai sudah yang mencuba dan memberikan respon yang baik dan menyatakan kesedapannya.Jawapannya memang tepat, enak dinikmati, rasa ingin berulang-ulang kali menjamahnya.Tq buat Chef Hanieliza atas resepinya.Resepinya saya kongsikan dari buku beliau yang bertajuk SenangnyaMemasak...Puding & Desert.
PUDING LAICI DANGDUT
Resepi:Chef Hanieliza
Sumber:Buku Senangnya Memasak..Puding & Desert

Bahan-bahan:
10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
2 liter air (8 cawan air)
2 cawan gula halus
2 tin laici (di dalam tin) } diasingkan airnya
1 tin susu cair (400 mililiter)

Cara membuat:
1.Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2.Tutupkan api.Kemudian masukkan air laici dan susu cair.Kacau rata.
3.Tuangkan ke dalam acuan.
4.Apabila sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
5.Hidangkan denagn buah laici yang diasingkan tadi.

Nota Chef Hanieliza:
Bagi membuat puding yang keras, kurangkan air.

Rabu, 8 Mei 2013

BUBUR PULUT HITAM BERSAMA BARLI

Assalamualaikum..
Jumpa lagi, apa khabar semua??.harap sihat semua ye.Pembuka siaran saya di Damai Qalbu untuk minggu ini dimulakan dengan dessert orang melayu..Siapa yang dah kenal dengan dessert ni, mesti           dah jatuh cinta.Tapi tak mustahil mungkin ada yang kurang menggemarinya.

Kali ni penyediaan Bubur Pulut Hitam saya ni saya campurkannya dengan barli, bagi saya bertambah sedap.Apa yang penting biarlah pulut hitam dan barli tu betul2 kembang, rasa kenyang diperut bila menikmatinya.
BUBUR PULUT HITAM BERSAMA BARLI
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 cawan beras pulut hitam | rendam 1-2 jam
1/4 cawan barli | rendam 1-2 jam
800 air
1000 ml santan sederhana pekat
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

Cara:
1.Rendamkan beras pulut hitam dan barli dalam bekas berasingan selama lebih kurang1-2 jam.Toskan.
2.Masukkan 800 ml air dan daun pandan ke dalam periuk bersama beras pulut hitam dan barli.Didihkan hingga kedua-duanya kelihatan kembang dan empuk.
3.Masukkan gula dan garam agar mesra.
4.Tuangkan santan dan kacau hingga mereneh sekali lagi.Kacau selaluu agar tidak pecah minyak.
5.Matikan api.

Rabu, 17 April 2013

BUBUR SUM SUM


Assalamualaikum..
Panas terik beberapa hari ni,kalau ada dessert yang sesuai seakan reda kepanasan yang dirasai.Minggu lepas saya berkesempatan membuat dessert yang cukup sinonim dengan masyarakat jawa, sedap dimakan ketika sejuk..



Memang kebiasaannya jika ada majlis kenduri kendara, di rumah/kg  saya tak ketinggalan dengan menu ini.Lemak2 pada rasa adunan tepungnya, dan terasa manis beraroma pandan apabila dihirupkan sirap/kuahnya.Yang penting buatlah adunan sirap gula dengan kadar manis yang sesuai untuk menjaga kesihatan.

Biasanya kalau tanya sukatan apa2 resepi tradisi pada bonda saya, mesti dia akan kata;"agak-agak" je..Kalau kena kat saya yang kurang arif dengan ilmu sukat "agak"2 ni memang boleh fail kuih yang kita buat.Tapi alhamdulillah saya cuba adunkan dengan sukatan sendiri (sebab confident kot..), menjadi dengan elok..Selamat mencuba bagi yang teringin nak rasa.


BUBUR SUM SUM
Oleh:rohah

Bahan-bahan: (utk 18 cup saiz INI)
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
2.Masak dalam periuk/ kuali atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup supaya tanak.
3.Matikan api.Sudukan bubur sum sum ke  dalam bekas yang sesuai.
4.Hidangkan bersama air gula merah.Sedap di makan ketika sejuk.

Air Gula merah/ Sirap
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2.Tapiskan.