Jumaat, 9 Disember 2011

SUP BROKOLI



SUP BROKOLI
Resepi: Rohaisha

Bahan-bahan:

1 biji brokoli
1 ulas bawang besar} Potong halus
3 ulas bawang putih} potong halus
1/2 batang lobak merah} potong pendek memanjang
1 batang saleri} potong serong
Soon secukupnya} rendam seketika
lada sulah secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk memasak

Cara:

1.Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
2.Masukkan air, lobak merah.Biarkan mendidih.
3.Masukkan soon yang direndam tadi, biarkan seketika.Kemudian masukkan brokoli.Perasakan dengan garam dan gula.Masukkan batang saleri.
4.Apabila brokoli sudah agak empuk, matikan api.

Nota:Brokoli tak perlu dimasak terlalu lama.

Buat sup ni memang mudah sangat...Yang bestnya sebab anak-anak saya suka makan sayur brokoli ni.Lebih-lebih lagi kalau saya bubuh soon banyak2.Memang meratah sajalah.Inilah satu-satunya sayur yang mendapat tempat di hati mereka.Nak harap sayur lain?, jangan mimpilah..Susah betul nak train anak-anak makan sayur.Seronok rasanya kalau mereka boleh terima semua jenis sayuran..mmmhh...

Tiada ulasan :