Memaparkan catatan dengan label Mihun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mihun. Papar semua catatan

Isnin, 19 November 2012

BAKSO


Assalamualaikum,
Selamat petang dan didoakan semuanya dalam keadaan yang baik2 sahaja.Amin.Bertemu lagi di sini alhamdulillah.Kali ini berkongsi menu Bakso.

Segerrr dapat hirup kuah/sup bakso ni, tambahan pula ada bebola daging yang yang lembut untuk dikunyah2..Sebelum ni memang berhajat nak buat bakso, sebab dok teringat banyak stock daging korban, tambah2 lagi bila nampak Tun yang jauh nun kat Sarawak tunjuk bakso dia, memang skip terus resepinya untuk dijadikan percubaan.Sedap Tun, tq untuk semua yang sudi menjalar-jalarkan resepinya...Yang syoknya bila tak sedar ngap ngap bebola Sapi tu banyak ketul.Saya gentel bebola tu saiz guli batu zaman dolu2 tu tau...bilang punya bilang 7 ketul dah jadi bahagian saya..haiiiishhh...Tak boleh jadi tahap selera masa tu.
Resepi boleh dilihat di bawah tu ye. 

BAKSO KUAH DAGING SAPI
Resepi:Deetha dari Chef Budi Boga@Sutomo
Sumber:Tun, sebelum tu dari Hana & Ika

Bahan-bahan:
60gm sawi | celur dan dipotong 
60gm bihun | celur dan toskan (tak guna)
60gm mee kuning | celur dan toskan (saya guna 1 peket mee)
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup | cincang

Untuk kuah @ sup:
1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
4 ulas bawang putih | cincang
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan batang saderi | cincang
1 sudu makan minyak | untuk menumis
1  sudu teh garam
1 inci halia | ketuk (saya tambah)

Untuk Bebola Sapi@Bakso:
400gm daging lembu hancur
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam

Bahan Sampingan:
Cili padi | tumbuk + air rebusan daging @ air limau
Sos tomato (tak letak)
Kicap manis ABC

Cara-cara:
1.Untuk membuat bebola Sapi@Bakso:Campurkan semua bahan.Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.Rebus dengan air mendidih  hingga terapung, angkat dan toskan.
2.Untuk membuat kuah:Panaskan minyak, tumis bawang putih hingg harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang.Masak hingga mendidih dan matikan api.
3.Untuk hidangan:Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk.Tuang kuah bakso panas.Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis.Hidangkan.

Tips:Rebus bebola @ bakso di dalam air mendidih  dengan api sederhana.Jangan dengan air yang terlalu mendidih.Ini akan menyebabkan bakso @ bebola akan pecah  dan teksturnya tidak halus.



Khamis, 26 April 2012

MIHUN GORENG TAUCU




 Salam mahabbah,
Bersiaran lagi...
Untuk kali keduanya saya buat Mihun Goreng Taucu.Sesimple2 resepi ikut bahan yang ada kat dapur je...jom jalan terus kat resepi..


MIHUN GORENG TAUCU
oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
300gm bihun | direndam dengan air suam selama 1 jam & toskan
3 ekor sotong | potong kecil
½ labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
Sawi secukupnya| potong pendek
4 sudu besar taucu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
½ cawan air (bergantung pada jenis mihun)
Gula secukup rasa
*saya tak bubuh garam sebab masinnya mencukupi

Bahan taburan:
Cili hijau
Daun bawang
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
10-15gm ikan bilis
5 tangkai cili kering | buang biji

Cara:
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik minyak sedikit.Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair  taucu,  sotong dan gula.Biarkan seketika.
2.Masukkan air dan biarkan mereneh sebentar.Selepas itu barulah dimasukkan bihun dan sawi.Kacau sebati hingga bihun lembut.
3.Angkat bihun setelah benar-benar masak.
4.Hidangkan bersama hirisan cili hijau dan daun bawang.




Selasa, 29 November 2011

MIHUN GORENG SINGAPORE



Assalamualaikum....Selamat malam buat semua.Meh kita cerita sikit pasal mihun goreng singapore nie.Bila saya post gambar kat fb tentang mihun ni, rupa-rupanya sahabat kita di Singapura kata di sana mereka tak panggil MIHUN SINGAPORE...aikk?? terkejut juga saya..Kat malaysia mihun putih ni dah sinonim dengan name mihun singaporenya...Mesti ada sejarah yang tercatat disebalik keunikan nama mihun goreng ni kan!!..Yang pastinya rakyat singapura memanggil mihun putih ni sebagai mihun goreng siam..Ehhh, betul ke ni??? kalau salah tolong betulkan ye..Kat bawah ni versi saya sendiri..jomlah!!


MIHUN GORENG SINGAPORE
Resepi:Rohaisha
Bahan:
1 bungkus bihun-direndam dengan air suam selama 1/2 jam
2 -3 bahagian ayam-potong kecil
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air
5 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
10 gm udang kering-kisar
1 batang lobak merah-cincang halus memanjang
7 biji bebola ikan-hiris
1-2 sudu besar lada hitam-kisar halus
miyak utk menumis
garam secukupnya

Bahan taburan:
1-2 tangkai cili merah@ hijau-hiris
daun bawang secukupnya
1-2 biji telur dadar-hiris

Cara menyediakan:

1.Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.Maukkan ayam dan sos tiram.Kacau sebentar.
2.Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.Masukkan lada hitam, lobak merah dan garam.Kemudian masukkan mihun dan bebola ikan. Gaul mihun hingga sebati dengan bahan2nya.
3.Matikan api apabila mihun telah masak sepenuhnya.
4.Hias dan hidangkan.
Memang kami anak-beranak suka masakan mihun putih singapore ni,lebih2 lagi anak sulong saya..
Masak mihun putih ni memang mudah je kan.. takde lah cerewet sangat bahan perencahnya.Tapi bagi saya kalau cukup bahan perencah bilis @ udang keringnya, memang mihun terasa lemak dan tewrangkat gitu..(amboi!!!, macam terror pulak,,,ehehee).