Memaparkan catatan dengan label Cucur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cucur. Papar semua catatan

Khamis, 28 November 2013

CEKODOK ROTI

Assalamualaikum..
Seringkali ingin membuat cekodok roti, tetiba asyik delay je..maknanya asyik bertukar menu secara tiba2 bila dah turun ke dapur.Cekodok roti yang terhasil ni adalah berdasarkan pelbagai sumber di google, makanya alhamdulillah memang berpuashati.Santai di makan ketika bersarapan pagi..Mudah dan ringkas je bahan-bahannya.Tak terbilang juga dah berapa ketul yang masuk mulut ketika itewww..hi2..

CEKODOK ROTI
Oleh; Rohah
Rujukan ; Google

Bahan-bahan;
10 keping roti, siat kecil
1 cawan air panas
1 labu bawang besar, hiris
Udang kering geragau, secukupnya 
2 biji telur
Daun sup secukupnya, potong halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara;
1.Roti disiat kecil.Rendamkan dengan air panas seketika.
2.Sebatikan rendaman roti tadi dengan udang kering, hirisan bawang,daun sup, lada sulah, garam dan telur.Biarkan sekejap dalam tempoh 15 minit.
3.Panaskan minyak dalam kuali.Jemputkan ke dalamnya dan goreng sehingga kekuningan.
4.Hidangkan bersama sos dan mayonis.

Isnin, 27 Mei 2013

CEKODOK PISANG LEMBUT


Assalamualaikum..
Apa khabar semua, semoga dalam keadaan sihat dan tenang selalu.Selamat menjalani tugas harian dengan penuh keceriaan.


Menu kuih muih tradisi je hari ni, siapa yang tak kenal dengan cekodok pisang kan..Sedap dibuat sarapan.Cekodok pisang ni lembut sangat sebab saya adun dengan tepung naik sendiri...tak perlu bubuh soda bikarbonat, tetap cantik gelembung, gebu lagi strukturnya.Mentelahan pisang awak banyak tempohari, so memang sedap dibuat cekodok.

CEKODOK PISANG LEMBUT
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
10 biji pisang awak - lecek
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam

Cara:
1.Lenyekkan pisang.Masukkan gula dan garam.Sebatikan.
2.Masukkan tepung dan gaul rata.
3.Panaskan minyak dengan api sederhana besar.Jemputkan dengan tangan mengikut saiz yang disukai.
4.Setelah kekuningan dan masak, angkat dan toskan.
5.Ulangi step menggoreng sehingga adunan habis.Pastikan minyak dibiarkan panas anggaran 1 minit setiap kali mengulangi proses menggoreng seterusnya.

Sabtu, 30 Mac 2013

CEKODOK PISANG GEBU

Assalamualaikum..
Kembali bersiaran...semoga kalian semua  sihat semuanya di samping insan2 tersayang.

Bagi penggemar cekodok pisang, bolehlah try resepi Che Mat ni, sedap, gebu...digoreng pun cantek membulat..TQ Che Mat kerana berkongsi resepi.Tq juga kepada Mama Hawa & Saba kerana memanjangkan resepinya.

CEKODOK PISANG GEBU
Resepi:Mat Gebu
Sumber:Mama Hawa, Saba 

Bahan-bahan:
8 biji pisang emas  (saya guna pisang awak)
3/4 camca sudu teh soda bikarbonat
1 camca besar gula perang@ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh garam halus
1/8 sudu teh baking powder
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonat hingga hancur.Masukkan tepung, baking powder, telur dan gaul sehingga sebati.Perap 30 minit.
2.Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana.Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak, sebab ianya akan kembang.Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
3.Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok.Angkat dan toskan.Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.Hidangkan bersama kopi dan teh.


Khamis, 12 Julai 2012

CUCUR UDANG


Assalamualaikum..
Selamat malam....moga rakan2 ceria menjalani kehidupan seharian.
Terus kepada menu yang terbit hari ni, iaitu Cucur Udang yang sangat enak yang mana saya ambil resepinya dari 
kak Norzie Hany.First time pandang N3 cucur udang dia terus jatuh hati...Berbaloi dapat rasa cucur udang yang lembut macam ni, sebiji macam beli kat luar..wahha..thanks ye kak.
Untuk sosnya tu, versi saya sendiri.Mudah dan cepat je nak sediakan.Bolehlah lihat resepinya kat bawah tu..


CUCUR UDANG

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
10 ekor udang
20gm kucai
Segenggam tauge
2 cawan air suam
1 biji telur
1 sudu besar yis mauripan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1.Bancuh tepung gandum, garam, serbuk kunyit, yis dan telur dengan air suam.
2.Masukkan kucai dan tauge dan gaul sebati.Perap sebentar sehingga adunan naik (saya perap 1 jam).
3.Panaskan minyak dan rendam senduk bulat di dalamnya.
4.Masukkan sedikit adunan ke dalam senduk dan bubuh udang di atasnya.
5.Goreng hingga cucur udang masak.
6.Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama sambal kacang atau sos cili.

Sos Merah
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
6 tangkai cili merah (besar)| kisar bersama 1/2 cawan air
2 ulas bawang putih | kisar
1 cawan air
1 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung
Gula secukupnya
Garam

Cara:
1.Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air, gula dan cuka.Didihkan atas api sederhana.
2.Masukkan bancuhan tepung jagung.Perasakan dengan garam pula.Kacau sebati dan tutup api.


Isnin, 26 Mac 2012

CUCUR DAUN BAWANG




Selamat petang dan beristirehat.Hujan2 camni kalau dapat menyantap cucur panas memang best.Jadinya, ambik kesempatan yang ada ni nak kongsi resepi cucur yang mudah2 aje disediakan.Kalau saya buat memang habis licin dikerjakan sama dengan suami & anak-anak.(Itu kalau kamilah...).




CUCUR DAUN BAWANG
Resepi:rohahisha

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung
  • 3 cawan air
  • 1 ½ sudu kecil mauripan
  • ¼ sudu garam
  • 5 tangkai daun bawang
  • 5 tangkai daun sup

 Cara menyediakan:
1.Gaulkan kesemua bahan, kemudian curahkan air sedikit -sedikit sambil dikacau rata.Sebatikan agar tidak berketul.
2.Perapkan adunan selama30-40 minit.
3.Panaskan minyak dan jemputkan adunan menggunakan tangan ke dalam kuali gorengan.Lakukan sehingga habis.
4.Goreng hingga masak.


Bahan Untuk Sos:
  • 2 tangkai cili merah | dikisar bersama sedikit air
  • 2 ulas bawang putih |                    “
  • 1 sudu kecil gula
  • 1sudu kecil cuka
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara menyediakan:
1.Kisarkan cili merah dan bawang putih dengan sedikit air.
2.Satukan bahan kisar tadi bersama air secukupnya ke dalam periuk.Didihkan.
3.Masukkan gula, cuka dan garam secukup rasa.
4.Matikan api setelah masak.



Rabu, 14 Disember 2011

CUCUR JAGUNG


Assalamualaikum...
Selamat malam....
Kalaulah ada sesiapa beli jagung rebus tapi tak habis makan, buatlah style cam saya ni.Manfaatkan je jagung rebus yang tak terusik tu...bikinlah cucur jagung yang simple & sedap untuk santapan di waktu petang..

CUCUR JAGUNG
Resepi: Rohaisha

2 tongkol jagung} Saya guna jagung yg telah direbus & sisir isinya
300gm cawan tepung gandum
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil garam
air secukupnya

Cara:
1.Campurkan kesemua bahan dan pastikan adunan tidak terlalu cair @ pekat.
2.Goreng hingga masak.





CUCUR SOSEJ BERSAYUR

Assalamualaikum...
Dah lama buat cucur ni, cuma nak disharekan resepinya di sini.Tak perlu risau dengan strukturnya yang tampak macam lembik di dalamnya, tetapi sebenarnya tidak,bahkan lembut je dimakan.Kalau tak caye cubalah...!! hehehe
CUCUR SOSEJ BERSAYUR 
Resepi:Rohaisha

Bahan:
3 cawan tepung gandum
4 batang sosej}hiris kecil
4 tangkai daun sup}hiris halus
4 tangkai daun bawang} hiris halus
1/2 batang lobak merah} potong dadu
1/2 biji bawang holland} potong dadu
2 camca garam halus
3 1/2 cawan air panas (secukupnya)
minyak utk menggoreng

Cara:
1-Campurkan kesemua bahan, kemudian curahkan sedikit demi sedikit air panas.Kacau hingga sebati.
2-Goreng sehingga masak.Hidangkan.

Agak rangup diluar, lembut di dalam ..camtulah gambaran pada cucur yang telah saya hasilkan ni.Laju je kami sekeluarga menikmatinya..Cicah ngan sos..UMMMPHH!!



Rabu, 7 Disember 2011

CUCUR BILIS

Assalamualaikum..
Cucur yang simple menjadi hidangan untuk sarapan 2 hari yang lalu.Nampak kat pic macam keras je cucurnya, tapi sebenarnya lembut je dimakan sebab mengandungi telur...Kalau bubuh telur lebih, laaagi lembut tapi syaratnya jangan bancuh adunan terlalu cair.
CUCUR BILIS
Resepi: Rohaisha

3 cawan tepung gandum
6 ulas bawang merah} tumbuk
3 ulas bawang putih} tumbuk
20gm ikan bilis} tumbuk halus
2 biji telur  (boleh tambahkan kpd 3 biji tetapi bancuhan 
                  tepung hendaklah pekat)     
Garam secukupnya 
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1.Campurkan tepung ke dalam satu bekas bersama kesemua bahan tumbuk, barulah sebatikan dengan air sedikit demi sedikit.
2.Pastikan bancuhan tepung tidak cair dan senang dijemput menggunakan tangan ketika menggoreng.
3.Goreng sehingga masak.


Cucur ni sedap dijamah dengan sos cili dan mayonis.Saya selalu mempraktikan dengan memperbanyakkan kandungan ikan bilis tumbuk dalam adunan, memang cucur akan lebih menjadi sedap...