Assalamualaikum..
Selamat malam dan kembali bersiaran.Bertemu lagi dengan membawakan menu bingka berasakan roti.Lama sudah tak membingka roti rupanya.
\
Kali ni bingka roti yang dikukus.Saya bubuhkan air kisaran pandan yang asli, memang sure harum aromanya.Mentelahan juga ada juga campuran santan, memang terasa lemak2 harum...sedap sangat.Tq untuk penyumbang resepi iaitu Notabilia, juga untuk kak Azlita dan Kak Ummi.
BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi:Notabilia
Bahan-bahan:
8-10 keping roti putih (tak perlu siat kecil)
200 ml santan
200 ml air (saya gunakan air kisaran daun pandan)
1 cawan gula (saya letak 3/4 cawan)
4 biji telur
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan (tak letak sbb dah guna air pandan asli)
2 helai daun pandan | simpul
Sedikit pewarna hijau (resepi asal tak ada)
Cara-cara:
1.Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air (sy guna air kisaran pandan), gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
2.Kemudian rendankam kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
3.Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan mentega).Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
4.Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
5.Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15-20 minit.
6.Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.
Sos Kastard
Sumber:Azlita
Bahan-bahan:
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
Secubit garam
1 sudu besar kastard
Cara:
1.Masak semua bahan dalam periuk atas api yang sedehana hingga kuah pekat.
2.Angkat dan biarkan sejuk.
3.Sedia untuk dihidangkan bersama puding roti pandan coctail.