Memaparkan catatan dengan label Kebun Mini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebun Mini. Papar semua catatan
Khamis, 21 November 2013
LOTUS PINK SEDANG MEKAR
Jumaat, 5 Oktober 2012
MANGGA HARUM MANIS @ MANGGA MADU??? AKU & SUAMI PUN DAH KELIRU...
Selamat petang dan bersiaran santai...Tajuk atas tu memang membuatkan saya dan suami tak pasti sama ada pokok mangga yang kami ada ni antara MANGGA MADU @ MANGGA HARUM MANIS.Inilah kali pertama pokok mangga ni menjadi buahnya, setelah mengalami 2 kali keguguran sebelum2 ni (dah macam manusia la pulak..hihi).
Dah masuk 2 tahun lebih kurang 2 pokok mangga ni di tanam di tepi rumah...Tak berapa rimbun tapi dah mula membesar pun pokoknya.Dah 2 kali berbunga dan berputik, tapi asyik gugur je buahnye.Kali ketiga ni baru menjadi, tapi buahnya tak berapa lebat..alhamdulillah jugalah.Maknanya penantian telah berakhir untuk menikmati hasilnya selama ini.
Alkisahya masa mula2 beli pokok ni kat Sg Buloh 2 tahun lepas, kami masih ingat pokok mangga ni jenis apa, tapi dah masuk 2 tahun ni, kami langsung tak ingat jenis mangga apa...hihi..Kuat betul pelupanya!!.Aku tanya suami, suami tanya aku..itu je lah penasarannya.Tapi yang buat kami kisah ialah kemanisan dan bau harum yang terrrrsangat2 harum yang ada pada ciri2 buah mangga kami ni setelah masak..Kesemua mangga yang telah kami kupas memang harum dan manis!! alhamdulillah.
Walaupun kami masih tak ingat jenis pokok mangganya, so kesimpulannya, mungkin pokok mangga ni jenis mangga...????(ada sesiapa tahu tak jawapannya?? hihi..), yang penting MANIS!!Sebab anak beranak suka makan mangga yang dah masak, kalau dapat yang hijau pun memang kami akan tunggu sampai masak..hihi.Selagi kalerr hijau kulit mangga tu, memang tak ada yang berani nak kupas2..KISAHNYA....
Lepas ni kalau pokoknya ni lebat buahnya, bolehlah buat mufin ke..., kek ke..., manggo delight..., jus...., kerabu.... & bla..bla.. bla...hihi.Bye..Wassalam.
ADA SESIAPA YANG KENAL MANGGA NI JENIS APA, BOLEHLAH TOLONG JAWABKAN YE...tapi tak ada hadiah tauu..hihi.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)