Rabu, 20 Februari 2013

NASI LEMAK SERI PANDAN


Assalamualikum..
Lama tak buat nasi lemak.Hari tu ada buat nasi lemak pandan, tapi terbubuh banyak halba, anak2 tak berapa suka..Menyengat sangat aroma halbanya.Merungut juga mereka supaya tak buat lagi yang macam tu.

Minggu lepas teringin makan nasi lemak pandan, kali ni tak bubuh langsung biji halba sebab mahukan yang asli.Lagipun teringat rungutan anak2 tempohari..Takut tersekat lagi selera mereka.

Kali ni selain berlaukkan sambal ikan bilis, terajin pulaknya ehhh masak rendang ayam sekali..Tapi N3 untuk rendang tu menyusul kemudianlah, lagipun rendang biasa2 je.Walaupun semua orang dah terror masak nasi lemak, namun saya sisipkan juga resepinya di bawah sebagai rujukan.Begitu juga dengan resepi sambal ikan bilisnya.
NASI LEMAK SERI PANDAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan beras
3 cawan santan*
6 helai daun pandan* | kisar bersama bahan bertanda (*)
1/2 labu bawang besar | hiris
3 inci halia | hiris nipis.
2 batang serai | ketuk
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa

Cara:
1.Kisarkan santan bersama daun pandan.Tapis.
2.Cuci bersih beras.Masukkan santan /pati daun pandan,  hirisan bawang, serai, halia, sedikit pewarna hijau dan garam dalam periuk.Kacau rata.
3.Tanak nasi seperti biasa.Sesekali dikacau alih.Biarkan sehingga masak.

Bahan sampingan:
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng
Timun 
Telur rebus

Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan:
50gm ikan bilis | cuci, toskan
30gm cili kering | kisar
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah* | tumbuk bahan bertanda (*)
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Sedikit asam jawa
Air secukupnya
Garam
Gula
Minyak masak   

Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar, bahan tumbuk dan cili kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2.Masukkan ikan bilis dan kacau rata.Biarkan sekejap.
3.Masukkan Air yang dibancuh bersama asam jawa secukupnya.Renehkan.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Biarkan sekejap.
5.Tutup api.




7 ulasan :

mamabusyra berkata...

wow menariknya.. boleh cuba..

# border lace menarik!

http://mamabusyra.blogspot.com/2013/02/border-lace-cantik-dan-murah-single.html

Amie berkata...

Rasaney nasi lemak orak dileboni halba memang enak kok...

Asyifa Mustaffa berkata...

Nak sepinggan kak....buat srapan pgi ni....:-)

Marsita yahya berkata...

salam rohah...emmm geramnyer tgk sambal tu...rasa nak bangun buat sekarang...

hazila berkata...

Akak pun rasanya nak masak nasi lemak hari ini. Ada yang dah request.

Evelyn Gemina berkata...

Salam kak rohah, hidangan akk mmg sentiasa bikin org lapar,hehe...

dZana berkata...

aslkmum hazila.. lama tak buat nasi lemak gini.. sedap sgt tgok samabal rohah tu..