Jumaat, 15 Februari 2013

BATANG KELADI TUMIS TEMPOYAK


Assalamualaikum...
Sayur batang keladi ni biasanya saya masak asam rebus.Baru2 ni balik dari kampung macam biasa kalau ada hasil keladi, memang saya angkut.Alhamdulillah dapat cabut empat rumpun pokok keladi sebab ubinya dah nampak tua, cuma tak berapa besar je ubinya tu.Semuanya adalah hasil tanaman mak.Sejak dari saya kecil lagi memang bonda saya tak pernah ketinggalan biakkan pokok2 keladinya, sampailah sekarang.Alhamdulillah hasilnya bolehlah buat makan2 keluarga time semua adik-beradik balik kampung.

Kali ni saya cuba tumiskan batang keladi ni dengan mencampurkan tempoyak.Bubuh cili api banyak sikit, memang beruap je makannya.Sebab anak2 tak makan pun sayur ni, jadi beranilah nak bubuh cili api tu over sikit, kalau tak, tidak berpeluang juga.Jomlah sama2 mencuba.Resepinya di bawah tu ye...

BATANG KELADI TUMIS TEMPOYAK
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
8 alur batang keladi | siat kulit & potong pendek
1 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang merah* | tumbuk bahan bertanda (*)
1 ulas bawang putih*
8 tangkai cili api*
Sedikit belacan*
15gm ikan bilis*
Sedikit air (sedikit sahaja)
Garam
Gula 
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Siat nipis kulit batang keladi.Potong pendek, cuci dan rebus seketika (jangan sampai layu).Toskan.
2.Tumiskan bahan tumbuk sehingga layu, masukkan tempoyak.
3.Tuangkan sedikit air, kacau dan reneh sekejap.
4.Masukkan batang keladi yang telah direbus tadi.Perisakan dengan garam dan gula.Kacau gaul hingga rata dan biarkan seketika.
5.Matikan api dan sedia untuk dihidang.

7 ulasan :

Amie berkata...

Sedapnya sayur batang keladi... itulah antara sayur yang kami selalu nikmati masa kecik2 dulu... kepingin arek mangan tapi saiki nang endi arek intok batang keladi tu....hu hu huu

Shiela berkata...

wahhh.. sedapnyaaa.. kalau akak mmg ratah ratah gitu jer Rohah..

asyifamustaffa berkata...

Sedapnya batang keladi...masak asam rebus pun dah besyukur dah nie klau dptnya...hihi....

ummiaisyah berkata...

wallaaa...sedapnya ala kampung! sy tak reti msk btg keladi..reti mkn je..hehehe

dZana berkata...

aslmkum rohah.. apa kbr .. sihat n ceria selalu hendaknya.. akk suka ratah2 sayur batng keladi masak tumis lada (cam sambal tumis gitu) pling best bila ada ubinya sekali.. ingat mak masak kecik2 dulu..

Fadzillah berkata...

Assalamualaikum Rohah....
Aduh... sedapnya, sayur tumis batang keladi. Dah lama tak makan sayur ni. Balik kg baru-baru ni tak ingat pun nak ambil keladi. Kalau tak, boleh lah cuba resepi ni.

Marsita Yahya berkata...

tak pernah masak keladi tempoyak...mesti sedap sbb apa2 pun masak tempoyak saya suka.