Rabu, 13 Februari 2013

PAI BLUBERI


Assalamualaikum...
Beberapa hari ni alam maya terasa agak sunyi, maklumnya ramai yang mengambil peluang bercuti balik ke kampung halaman masing2 sempena Tahun Baru Cina, mungkin juga segelintirnya bercuti makan angin bersama keluarga.

Pai ni baru minggu lepas saya buat sebab nak clearkan stock filling bluberi.Dah lama terperam..Dalam angan2nya sebelum ni memnag banyak cadangannya yang nak dibuat dengan filling bluberi ni, kiranya inilah yang tercapai salah satunya.

Untuk resepi Pai Bluberi ni saya ambil sumbernya dari koleksi buku yang saya ada seperti yang tercatat di bawah tu.Resepi asal adalah Pai Buah Pic, saya hanya tukarkan buah pic kepada filling bluberi dalam tin yang ada buahnya sekali tu sebab kat sini susah nak cari stock buah bluberi yang fresh..Yang penting dapat buat pai ni dan merasai dengan nikmatnya kan....pastrinya pun lembut je..

PAI BLUBERI
Sumber:(BUKU KOMPILASI SAJIAN PAI/majalah Karangkraf)
Adaptasi dari:Pai Buah Pic 
Olahan:rohaisha

Bahan pastri:
125gm mentega
60gm gula aising
250gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar air sejuk dari peti ais

Bahan Filling Kastad
Bahan A:
50gm tepung jagung
120gm gula halus (saya kurangkan)
120ml susu sgar
250ml air
2 biji telur
40gm susu tepung
Sedikit esen vanila
1biji telur (ambil kuning sahaja)

Bahan B:
25gm mentega

Bahan hiasan:
Filling bluberi (dalam tin)

Cara membuat:
1.Filling Kastad:Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk.Dengan membuka api sederhana, kacau sehingga sebati dan menjadi pekat.(Saya sejukkan kastad sekejap, kemudian masukkan kastad ke pipping bag barulah picitkan ke atas adunan pastri yg sudah siap dibakar)
2.Apabila pekat, tutup api dan masukkan ke dalam bahan B.Kacau sehingga berkilat.
3.Pastri:Gula aising dan tepung gandum disatukan.
4.Masukkan mentega dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
5.Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air sejuk.
6.Gaul sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 15 minit.
7.Canaikan doh di dalam acuan pai.
8.Bakar pada suhu 150 darjah celcius hingga 160 darjah celcius sehingga masak.
9.Apabila sudah masak, masukkan filling kastad tadi ke atas pastri pai.Tuangkan pula filling bluberi.

7 ulasan :

Amie berkata...

Nasib baik aku teko ndisek... intuk pai akeh sitik... terpikat daku Rohah, nanti aku arek njajal jugak!

asyifamustaffa berkata...

Apa yg k.amie tuliskan tu....? Jawa ke. ??

Kak...bak mai sepotong....terliur oooooo....

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

dulu akak suka sgt buat mcm2 jenis pai atau tat (byk resepi dok dlm fotopages je).. skrg ni entah kenapa malas betul dah nak gentel crustnya tu.. heee..

nampak sedap betul tu meleleh2 filling bluberrynya..

hazila berkata...

Akak pun plan nak buat pai. Barang dah beli, tunggu sampai seru je....

Mamasya berkata...

Aslmkum Roha
nampak sedapnya pai blueberri itu...teringin nak buat pai tp asyik bertangguh...tumpang jamu mata pai Rohah..

ibundo berkata...

salam rohah. bundo ni cukup lama tak mengepai hehe. Mintak sepotong.

Tanpa Nama berkata...

wow

yg saiz mcm ni mesti puas makan kan, terliurnya tgk hihi