Khamis, 7 Februari 2013

KEK COKLAT


Assalamualaikum...
Rupa-rupanya begitu lama saya tak buat kek coklat....last buat ialah pada hari raya haji 2011 jika tak silap.Tapi dalam2 tak buat, sata tetap makan kek coklat..hehe..jiran yang membaking.Ok jugalah tu kan..

Berkenan dengan N3 Kek Coklat Asyifa tempohari, dan2 hari tu juga saya membaking selepas meninggalkan jejak diblognya.Sambil masak untuk makan tengahari, sambil mengadun..terkejar2 errrr sebab nak jemput anak balik sekolah.Kes kepingin sangat lah tu...Sanggup!!!

Resepi asal kek ni adalah KEK COKLAT KUKUS LEMBAP oleh Chef Zubaidah.Telah dtry oleh Along Roz, Ha Sue dan seterusnya Linapg dan Asyifa, kira sumber yang berantailah tu kan..Saya hanya linkkan dari kak Lina dan Asyifa sahaja, ambik yang terdekat.Nak cepat siap buat N3, almaklum tak masak lagi untuk menu makan malam ni...Jadi bolehlah sekodeng resepi kek coklat yang giler2 sedap ni kat bawah tu, saya buat dengan mengurangkan gulanya.Kiranya sukatan gula tersebut menepati selera saya, sebab toppingnya dah cukup manis..Tapi terpulang pada citarasa masing2..TQ kepada sumber2  terdahulu yang telah sudi berkongsi resepi..
Untuk topping ganache pula, saya tengok kat fp mamasya yang banyak koleksi kek coklat.Rogerrr..
KEK COKLAT
Resepi Asal:KEK COKLAT KUKUS LEMBAP (Chef Zubaidah)
Sumber:Linapg, Asyifa

Bahan-bahan:
100gm serbuk koko* (1 cawan)
200gm gula pasir* (1 cawan)-saya guna 180gm sahaja
1 tin susu sejat*
200gm minyak sayuran* (1 cawan)
250gm susu pekat* (1 cawan)
4 biji telur | pukul hingga berbuih
150gm tepung gandum (1 1/2 cawan)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara:
1.Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/ mendidih.
2.Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk.Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit-sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan whisk.
3.Masukkan ke dalam tin yang dilapik dan minyakkan.Bakar selama 40-45 minit (saya tambah masa membakar) bergantung pada jenis oven.Kek ini juga boleh dikukus. (Saya bakar pada suhu 160 darjah celcius anggaran 1 jam 10 minit).
4.Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing atau ganache.

Topping Ganache
Sumber:mamasya

Bahan-bahan:
250gm cooking chocholate
1 sudu besar mentega 
1/2 cawan fresh cream/whipping cream (saya guna 1 cawan)

Cara:
1.Cairkan cooking chocholate secara double-boil.
2.Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/ whipping cream dan mentega.
3.Kacau sehingga sebati.
4.Tuangkan atas kek dan hiaslah ikut citarasa sendiri.

10 ulasan :

ady berkata...

as salam
Awww, too delish looking

Marsita yahya berkata...

kena cuba gak resepi ni...kek tu moist giler.

Melly Octaviana berkata...

best nya ada coklat cake topping ganache...anak anak pasti suka yah.. ;)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

peberet Kami sekeluarga kek coklat ni...
kecur tengok kek rohah tu :-)

mama sara nur berkata...

assalam Rohah
sedapnye kek coklat, selalu buat tp org punya he he akak teringin gak ni tp teringin tak nak makan kek coklat yg buat sendirii uwaaaaaa
meh pos kat akak sikit ye

Asyifa Mustaffa berkata...

Kek choc.... Mmg best la....peberet bebudak...ngab mak paknya sekali...hihi....

LinRosly berkata...

Salam...
Kak Lin suka makan kek coklat...mmg dah selalu buat resepi dari Chef Zubaidah ni tapi belum sempat jadikan dia model dah habis kena ngap!!! hahahaha sebab sedap sangat....

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

resepi kek coklat ni pernah menjadi kegilaan kawan2 sekerja SK satu ketika dulu, cuma SK yg tak pernah cuba lagi.. hehe

sHa AhM@d berkata...

ooiiii..sedapnyer kek..dah teringin nak makan kek ni..tapi apakan daya..tahan je dulu nafsu ni...kang makin naik plak diabetis huhuhu...

inahar ali berkata...

perghhh..akak pun br wat aritu..mmg mantopp resipi ni kan rohah!