Khamis, 28 Februari 2013

AYAM MASAK LEMAK CILI API BERKERISEK



Assalamualaikum..
Salam malam jumaat buat rakan2 dikasihi, semoga barakah hendaknya.Slow saya nak bersiaran, kesihatan tak berapa mengizinkan..Tak berkesempatan juga nak menyinggah/ BW ke mana2, insyAllah akan dijejaki juga selepas ni.
Hidangan ni hampir 1/2 bulan berlalu, rezekinya baru malam ni nak disiarkan..Hari tu nampak Kak Yatie hidangkan ayam ni, nampak sedap sangat untuk dicuba.. Kebetulan bahan2nya pun mencukupi masa tu, terus saya buat...TQ Kak Ummi atas sumbangan resepinya, dan Kak Yatie yang sudi berkongsi lagi di Sinar Kehidupanku.
AYAM MASAK LEMAK CILI API BERKERISEK
Resepi:KakUmmi
Sumber:Kak Yatie

Bahan-bahan:
1 ekor ayam | potong 12-14 ketul/ikut suka
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
3 sudu besar kerisek
Garam secukup rasa
Sedikit gula
2 helai daun kunyit | dibuang bahagian tengahnya dan simpulkan
5 batang serai ketuk
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan dikisar atau tumbuk lumat:
8 tangkai cili padi hijau (tak letak, takde stock)
4 tangkai cili padi merah (saya lebihkan sikit)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 cm lengkuas

Cara memasak:
1.Ayam bersihkan dan toskan.
2.Panaskan minyak dalam periuk yang sesuai, tumiskan bahan kisar bersama serai yang diketuk tadi.Kacau hingga naik bau.
3.Masukkan ayam dan balik-balikkan.Masak hingga air ayam sedikit kering.
4.Masukkan santan cair, daun kunyit, dan asam gelugor.Masak hingga mendidih.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak lagi hingga ayam empuk.
6.Kemudian masukkan santan pekat dan kerisek dan masak hingga kuah agak pekat dan seimbangkan rasanya.
7.Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.

3 ulasan :

Unknown berkata...

Salam Rohah...
Kak Lin mmg suka mkn masak lemak cili padi...lg pedas lg sodap...tapi lepas kena gastrik ulser Kak Lin kena kurangkan mkn pedas2 sedihnya...huhuhu

adda syuhada berkata...

sedapnya..adda tak pernah lagi masak lemak cili api cmni..nanti bleh cuba resepi ni..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

amboi.. sedapnya, nampak menyelerakan sungguh. Tak pernah lagi masak lemak cili api letak kerisik, mesti lagi lemakkan...

p/s : hari tu dah buat pecahkan telur dalam kari, sedaplah!!!