Friday, 8 February 2013

KETAM GORENG TELUR MASIN


Assalamualaikum...
Ya Allah, sedapnya ketam dimasak begini...Memang saya tak pernah mencuba lagi resepi ni, makan pun tak pernah.Nampak kat blog kak Zila hari tu, berbunga2 hati nak try juga.Alhamdulillah, beres sudah..baru hari ni muncul N3nya.


Sedapnya masakan ni ialah tang perencah kuning telur masin yang menyaluti kulit ketam tersbut.Menjilat jari..memang tak puas makan  sikit2 je..maklum je hari tu saya buat ikut sukatan yang tertera.Sekilas rasa macam cukup je..tapi bila dah jamah betul2..eeehhh...rasa tak cukup pulak!!siap nak tambah nasi lagi.Penangan betul..len kali bolehlah buat lagi,insyaAllah.TQ kak Zila berkongsi resepi...


KETAM GORENG TELUR MASIN
Sumber:Zila

Bahan-bahan:
3 ekor ketam bunga
10 biji cili api
2 tangkai daun kari
3 sudu besar butter
5 biji telur masin | ambil bahagian kuningnya
1 sudu kecil gula
3 sudu besar susu cair
2 biji bawang putih | diketuk
3 sudu besar tepung jagung
Garam
serbuk lada sulah secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:
1.Rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan.
2.Bersihkan ketam, potong 2 bahagian, goreng dengan tepung jagung.
3.Goreng deep fried, asingkan.
4.Panaskan kuali masukkan butter,tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi.
5.Masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
6.Masukkan susu segar, gula dan lada sulah, perasakan kesemuanya.
7.Kacau rata, tunggu kuah tu sampai sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.

6 comments:

ady said...

as-salam
wow!!sungguh menyelerakan...yummy

Amie said...

eneng jeruk eh mbarang...royo cino dolan mareng endi... enak temen mangan ketem!!!

Nuwairani Ismail said...

adoi...kecur liur tengok ketam tu...suke!!

Fadzillah said...

Dah lama tak makan ketam. Terliur lah pulak lihat masakan Rohah.

zulaikha megat said...

masa saya BW saya terjumpa blog ni..belek2 saya tgk resepi resepi didalam nya amat memikat hati saya..terus saya letak dekat bloglist..saya minta dihalalkan andai saya telah menggunakan mana2 resepi dari blog ini yer..terima kasih..

zila norazila said...

salam rohah,
alahai agak terlewat akk kemari..maaf yer..almaklumlah mood masih pudar lg nie..h ehhee trima kasih sudi mencuba resepi ketam nie..akk pun dh lama x buat..aiishhh terasa2 dh kt tekak nie..he hhee