Entah mengapa minggu lepas selepas terajin buat nasi lemak, teringin pulak makan Roti Boyan...hhmmmm, banyak betul teringinnya tu kann!!.Rentetan sambal nasi lemak yang masih berbaki, tak berlengah terus saya capai kentang dan mulakan projek apa yang terlintas diminda ketika itu.
Pernah buat Roti Boyan ni dulu, sedap pulak..walaupun masa tu saya tak buat sambal cicahnyanya, makan begitu saje.Tapi cam biasa, anak2 saya memang tak akan sentuh sambal.Penyelesaiannya mereka cicah dengan mayonis...Sedap juga!!.
Kiranya sukatan di bawah ni memang mengenyangkan, saya buat untuk hidangan makan malam, menggantikan suapan nasi.Tapi tu lah, bab uli menguli ni memang saya tak berapa nak terlebih rajin, jadinya kulit tu tak nipis..tebal semacam.Nak sedap memang kena nipis macam buat karipap tu, kalau boleh lagi nipis.Walaupun dah pernah dN3kan di Fb satu ketika dulu, saya sisipkan lagi sekali respinya di sini untuk mudah buat rujukan.Untuk sambalnya pula boleh rujuk di SINI.
ROTI BOYAN
Resepi:Majalah RASA
Bahan Untuk Kulit:
500gm tepung gandum
50ml minyak masak | dipanaskan sekejap
Sedikit garam
Air panas suam secukupnya
Bahan Untuk Inti:
1/2 kg kentang | direbus dan dilecek hingga halus
2 biji bawang besar | hiris halus (saya kurangkan)
2 biji telur rebus
Beberapa helai daun sup dan bawang | hiris halus
Lada sulah dan garam scukup rasa
Cara:
1.Kulit:Campurkan tepung bersama minyak dan garam.Gaul rata.
2.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut.
3.Ambil sedikit untuk dibulat-bulatkan sehingga adunan habis
4.Inti:Gaul dan lecekkan kentang bersama bawang, daun sup, daun bawang, lada sulah, garam dan juga telur.Gaulkan hingga sebati.
5.Canai doh seperti membuat roti dan letakkan bahan inti ke atas doh dan tutup seperti membuat murtabak.
6.Panaskan sedikit minyak dan goreng dengan api sederhana.
6 ulasan :
Ala ala karipap gak adunan tpungnya ye kak...
Dapat rasa la sedapnya bila cicah sambal.....nnti klau ada kerajinan...mau dicuba ni...:-)
sedap nampak si boyan tu, kalau dpt time panas2 mmg tak cukup rasa nya semua kat dalam gambar tu Rohah heee
wahhhhhh...sedap ni roti boyan..dtng nak tumpang makan ni..ada lagi ke...lapor ni..
emm menarik...tak pernah dengar roti boyan ni...
Laaa... kok wes metu roti boyan pulak yo... aku iki asyik ketinggalan keretapi vaey...
Sekadar kongsi kenangan..1st saya mkn..arwah kk angkat dr singapore bwakn utk saya..sedp rasenya..mkn cicah sambal.Thn lps saya berbuka di rumah dia..kk nya belikn roti boyan lagi..hmmm waduhhh tertelan air liuq ni..terima kasih kongsikn cara buat intinya..
Catat Ulasan