Assalamualaikum..
Selamat petang..Jumpa lagi hari ni alhamdulillah...
Cerah ceria hari ni, bolehlah ambil kesempatan melakukan aktiviti yang sesuai dengannya kan..
Hidangan sotong dari Damai Qalbu sebagai jamuan mata untuk rakan2 maya.Sotong ni pun dah lama habis.Resepinya ala2 masak kicap, cuma ada tambahan rempah ratus.Resepi asalnya adalah menggunakan daging, tapi sebab ada stock sotong je masa tu, makanya jadilah BISTIK SOTONG ANAK BANYAK.Boleh mencuba jika teringin nak rasa kan..
BISTIK SOTONG ANAK BANYAK
Resepi Asal:BISTIK ANAK BANYAK
Oleh:Fauziah Hassan (Majalah SAJI)
Olahan: rohaisha
Bahan-bahan:
400gm sotong (resepi asal ialah daging)
2 biji kentang | hiris & goreng (tak letak)
1 sudu besar rempah | tumbuk (saya kisar)
1 sudu kecil jintan manis | tumbuk (saya kisar)
1 sudu besar cili kisar
1/4 cawan kicap manis
Air secukupnya
1 tin kecil kacang pis | toskan airnya
1 labu bawang besar | hiris
1/4 cm halia tumbuk
3 ulas bawang merah |tumbuk
2 ulas bawang putih | tumbuk
1 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit air
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara menyediakan:
1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
(Nota:Jika menggunakan daging, rebus terlebih dahulu daging dengan air secukupnya hingga lembut).
2.Masukkan rempah, jintan manis dan cili kacau lagi hingga masak.
3.Tuangkan sotong dan renehkan hingga kuah kering sedikit.
4.Tuangkan kicap, kacau rata.Masukkan bawang besar, kacang pis dan lada hitam.Kacau lagi hingga bawang layu.
5.Sebelum diangkat bolehlah dimasukkan kentang dan balik-balikkan sebentar.
6.Hidangkan bersama nasi atau roti.
7 ulasan :
Apasal pulak namanya ada anak banyak ye Rohah...
Nape nmanya anak bnyk?
salam kak Amie dan Syifa,sebenarnya kita pun tak tahu nape dimaksudkan "anak banyak",memang tajuk resepi asal macam tu..tapi kan..pada pendapat kita,yg dimaksudkan anak banyak tu mungkin butiran kacang pis hijau yang banyak dalam resepi ni..
as salam
kenapa nama resepi ni BISTIK SOTONG ANAK BANYAK...sotong ni banyak anak ke rohah..npk pun sedap..
ingatkan camana tadi...kitorang kalau cakap 'anak banyak' ni macam lauk tu banyak kuah ke, ataupun banyak sayur dari lauk, gitulah...
simbolik je tu kan sedap tak Rohah si anak banyak ni????
mcm2 org letak nama resipi utk tarik perhatian kan?
Catat Ulasan