Khamis, 14 Februari 2013

KARI TELUR


Assalamualaikum..
Selamat malam rakan2 maya yang dikasihi.Bersiaran lagi malam ini.Alhamdulillah, kita masih dapat lagi mengecapi sebahagian nikmat yang Allah beri.Semoga bermanfaat.
Sesiapa yang gemarkan kari, pastinya apa jua hidangan berasaskan kari tidak akan menjadi hal.Cuma bezanya, olahan air tangan seseorang dengan yang lain mungkin ada perbezaan, walaupun tak banyak, sedikit pasti ada.Tak kisahlah kan, asalkan kita berpuas hati dengan apa yang kita hasilkan.
Minggu lepas mengidam makan kari telur..opppss!! bukan mengidam betul, mengidam sebab teringin makan je, sebab dah laaaaaama sangat tak buat kari telur.Lagipun anak2 memang suka makan kari, tak kiralah kari apapun.Cuma saya lebih gemar masak kari menggunakan susu cair/ sejat.Resepinya pun biasa2 je, semua orang boleh bikin maaa..Lintas langsung resepinya di bawah ye..
KARI TELUR
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
6 biji telur
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Sedikit udang kering*
1 tangkai cili merah* |  kisar semua bahan (*)
1 labu bawang besar | cincang
1 biji tomato | belah empat
1 tangkai cili hijau | potong dua
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 sudu besar serbuk kari ikan | bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil cili giling
Daun kari secukupnya
2 cawan air
1/2 cawan susu cair (kalau tak suka boleh guna santan pekat kotak)
Sedikit air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar,  daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga terbit aroma.Masukkan bahan kisar dan cili giling.Kacau dan dimasukkan pula serbuk kari.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan air dan bancuhan air asam jawa.Renehkan.Dengan api yang perlahan, masukkan susu cair.Perisakan dengan garam dan gula.Biarkan mereneh sekejap barulah dipecahkan telur satu demi satu.Teruskan mereneh, masukkan hirisan tomato dan cili besar hijau sambil dikacau sedikit kuahnya.
3.Biarkan sehingga  telur masak.
4.Tutup api dan hidangkan.

7 ulasan :

Amie berkata...

Wah! Iki dino bareng2 mecahi endoq yo... aku pun ngendoq jugak tapi didadar...

Cheq Sue berkata...

kalau saya, lauk2 yang berasaskan telur ni memang tak berapa, kena rasa teringin baru boleh masak. banyak songeh sungguh.. :) nampak sedap je kari akak ni

asyifamustaffa berkata...

Penah masak gini kak....tp anak buah kata x penah jumpa kari telur....adoiii...kelakar pun ada....hihi...

Suzana Ibrahim berkata...

bestnyer kari telur ni lama tak makan.biasanya orang kelantan buat guna telur itik.

Gee® berkata...

Ermmm...nmpk menyelerakan... tak pernah msk kari telor cam ini...biasa masak lemak cili padi jer... boleh cuba nih...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, Rohah. Favourite husband akak kari telur ni tapi selalu akak rebus telurnya baru masuk dalam kari. lain kali nak buat lagu gini, mesti kuahnya terus meresap dalam telurkan... eiii, dah rasa2 nak buat balik nanti, hehehe...

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum...nampak bestlah plak kari telur ni...