Sabtu, 23 Februari 2013

PERIA GORENG BIJAN



Assalamualaikum..
Bagi penggemar peria, di sini saya ingin berkongsi resepi mudah untuk menyediakan peria goreng.Enak dibuat kudapan begitu sahaja.Sesuai dan sedap bila dicicah bersama sambal kicap.Cubalah sendiri jika mahu kelainannya...

PERIA GORENG BIJAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
250gm peria | hiris bulat
1/3 tepung jagung
1/3 cawan tepung gandum
Serbuk lada sulah secukupnya
Garam
Bijan hitam secukupnya
Sedikit air (untuk membancuh tepung)
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Hiris peria berbentuk gegelang dan buang empulur tengahnya.
2.Satukan tepung jagung, tepung gandum, garam, lada sulah dan bijan dalam mangkuk.Bancuh dengan sedikit air.Kacau sebati.
3.Panaskan minyak, ambil peria satu persatu dan celupkan ke dalam bancuhan tepung.Goreng hingga kekuningan.
4.Hidangkan.Enak dimakan begitu sahaja bersama sambal kicap atau dibuat sayuran ketika menjamah nasi.

3 ulasan :

adda syuhada berkata...

lamanya tak makan peria...nk cuba la goreng peria guna resepi akak ni...

ummiaisyah berkata...

walllaaa..kretipnya dia...cun la peria ada pokodot itam..cam buah kiwi plak..nnti kiter try yea! mekacih!

dari dapur nasya berkata...

nampak sedap ni Rohah...makan sambil tgk tv best nie....