Rabu, 20 Februari 2013

RENDANG AYAM RANTAU Vs PULUT KUNING


Assalamualaikum...
Inilah dia rendang ayam yang saya makan dengan Nasi Lemak Seri Pandan tempohari, merangkap sekali dengan Pulut Kuning.Memang betul2 Xtra rajin lagi time tu.Memang betul2 ikut selera tekak ku..hi2.Nasib baik tekak yang lain setuju juga.

Saje letak nama rantau tu sebab almaklumnya saya ni juga merantau, walaupun masih dalam lingkungan negeri sendiri iaitu Selangor ku sayang..Jangan marah ye kawan2 erkkk..saja nak berceloteh, tak ada niat nak beza2kan tau.Macam biasa, perencah rendangnya sama je macam orang lain buat, ada lengkuas, ada kerisek, itulah namanya rendang kan..Resepinya ada kat bawah tu ye..Selamat jamu mata..


RENDANG AYAM RANTAU
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 kg ayam
30gm cili kering | kisar
6 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
4 batang serai | kisar
10cm lengkuas | kisar
3 sudu besar kerisek
1/2 cawan santan pekat
Air secukupnya
Air asam jawa
6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan ayam dan biarkan perencah bergaul rata.
2.Masukkan air dan daun limau purut.Biarkan mereneh bersama ayam.
3.Apabila ayam separa empuk, masukkan santan pekat dan bancuhan air asam jawa.Biarkan kuah menjadi pekat barulah dimasukkan kerisek.Perasakan juga dengan garam dan gula.Taburkan hirisan daun kunyit.Biarkan sekejap.
4.Tutup api setelah masak.

PULUT KUNING
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan pulut* | rendam semalaman bahan bertanda (*)
1 keping asam gelugor*
Serbuk kunyit*
Air secukupnya*
1 cawan santan pekat**
1 sudu besar garam** | satukan bahan brtanda (**)
2 sudu minyak masak

Cara:
1.Rendamkan bersama bahan2 bertanda (*) semalaman.Cuci bersih dan toskan.
2.Didikan air dalam periuk kukusan.
3.Alaskan kukusan yang berlubang dengan plastik yang telah dilubang-lubangkan.Letakkan pulut di atas plastik tadi.Ratakan dan kukus selama 20 minit.
4.Buka penutup kukusan, kacau gaul pulut tadi.Curahkan santan ke atas pulut dan gaul lagi supaya sebati.Sambung semula mengukus selama 20 minit.
5.Sudukan pula minyak ke atas pulut dan gaul lagi.Kukus lagi selama lebih kurang 10 minit.
6.Pastikan pulut masak dan tutup api.


5 ulasan :

Shiela berkata...

Adoyyy.. Terliurnya akak Rohah.. Ada lg tak ni..

Asyifa Mustaffa berkata...

Sedapnya mkn pulut cicah rendang....:-) lama x buat....!

Sheila Shafeareen berkata...

Assalamualaikum Kak harap sihat2 ye pg ni..wahhh sdp tu pepagi npk ada pulut dan rdg aym..hemm kempunan hahah...boleh lah try rendang akk ni..bhn2 pun ada :-) tq resepi

Marsita yahya berkata...

Salam Rohah, maaf tanya..rasanya ukuran halia ngan lengkuas tu silap kot dah nak dekat sekaki lengkuasnya tu:) mesti ngantuk ni...apa2 pun berselera tgk pulut tu...makan lak ngan rendang...perghhhh...nanti nak singgah makan boley?

rahel berkata...

Salam Ka Rohah...kite dah lama tak pekena rendang n pulut kuning....so apa mcm klu pos sikit rendang ngan pulut kuning tu ke sabah....dapat jugak i merasa...