Khamis, 21 Februari 2013

UDANG MENTEGA VIETNAM


Assalamualaikum.
Semalam nampak Kak Yatie hidang udang, hari ni pulak nampak kak Mamasya kita pun hidang udang....Kita pun ambil peluang nak hidang udang jugaklah..Hehee..Tapi udang kita ni sebenarnya dah terperam sebulan dalam draf, makanya memang tak usah ditanya la erkk ada lagi ke tidak ..yang ada hanya tinggal pinggan je kat rak tu.

Hasil menyelak majalah lama nampak resepi udang ni, simple je kiranya nak menyediakannya.Cuma saya tak ada stock krim masakan, jadinya tukar je dengan mayonis.Walaupun nampak ringkas je kat udang tu, tapi sedap, rasa lemak2 gitu.Bolehlah dicuba kalau teringin ya.Untuk hidangan ni saya gandakan lagi dari sukatan asal kat bawah tu.Selamat mencuba..

UDANG MENTEGA VIETNAM
Resepi:Majalah RASA

Bahan-bahan:
13 ekor udang
Minyak masak secukupnya

Bahan Sos:
10ml susu cair
10gm mentega
10ml santan
10ml krim masakan (saya gantikan dengan mayonis/gm)
Daun kari secukupnya

Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak secukupnya.Goreng udang sehingga garing.(saya goreng separuh masak)Angkat dan ketepikan.
2.Masukkan susu cair, mentega, santan, krim masakan (saya gantikan dgn mayonis) dan daun kari secukupnya ke dalam periuk.Kacau rata diatas api perlahan sehingga mendidih dan pekat.
3.Selepas itu masukkan udang, gaul rata.
4.Angkat dan sedia dihidangkan 

9 ulasan :

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam Rohah
jauhnya dtg ni he he
tengok udang memang mengiurkan tp sayangnya akak x makan

Amie berkata...

Wah! Vietnam pulak dah ye Rohah... ada mayonis, ada daun kari.. tentu enak banget ni!

adda syuhada berkata...

wahhh memang nampak sedap la..teringin plk nak mencubanya...

Unknown berkata...

Assalamualaikum Rohah :D
Wow! terrrliur tengok udang ni...Insya Allah boleh cuba ni...

ady berkata...

as-salam
wonderful dish! So flavorful and refined..love it!!

Mamasya berkata...

Aslmkum Rohah
kita pakat2 tayang menu udang...hi..hi.udang mentega nampak sedapp tu..
byk entry Rohah yg terlepas...tp dah jamu mata.sedap nengok pulut dg rendang itu...mmg favorit kami sekeluarga, buat terasa nak mkn pulut pula.
kek black forest looks yummmy...
dan roti boyan tu berkenan nak mencuba....ringkas sesuai minum ptg.

zila norazila berkata...

Nnt akk plk nk try..mudah dan sedap kan..fav akk jgk nie.

Shiela berkata...

macam macam nama negeri ada eak Rohah.. apa apa pun nampak sodapp.. :P

Furniture Online berkata...

yummmy...patut dicoba nih resep. makannya pakai nasi putih mntap sekali....